Tuesday, July 23, 2013

BURNOUT

Salam ramadhan kepada semua pengembala kambing di setiap tujuh lapis langit alam semesta,

Ada seorang rakan penternak aku nak surrender bela kambing. Mmm dah surrender. Penternak yang mewarisi lembu dan kambing daripada datuk dan ayahnya.

Ok, dia bukan surrender sepenuhnya. Dia downsize. Drastik.

Dulu ada 400 ekor kambing dan bebiri, lembu adalah ratus ratus ekor. La ni dia stop kambing dan bebiri punya breeding program, fokus pada trading. Adalah sikit kambing dan bebirinya.

Lapan tahun dah dia cuba biakkan kambing tetapi hasil kurang memuaskan. Takde untung walau dah lapan tahun cuba kembangkan operasi warisan ke tahap medium scale. Masa datuk dan ayahnya small scale, adalah untung. Lumayan juga, boleh la besarkan anak anak sampai habis sekolah.

Tapi bila sampai tahap expansion - tak lepas, padahal dari segi reputasi dan kuasa pemasaran, dia lebih hebat dari datuk dan ayahnya. Famous wei. Selalu juga menang kambing punya show. Pejantan pejantan dia semuanya 100kg ke atas. Berotot otot kembang dua tiga mangkuk.

Now, sebelum ada di kalangan tuan puan yang cepat cepat buat kesimpulan kata kambing susah bela banding lembu - biar kita teliti dulu operasinya. Jadikan panduan untuk kita semua.

Dia mengaku kat aku, lapan tahun bela kambing dan bebiri, takde untung. Duit keluar aje, nasib baik ada lembu dan bisnes lain tolong support kambing.

Fuh handal dia ni, memang dalam juga poketnya hampir mencecah saiz poket roman abramovich, lapan tahun bela baru surrender operasi pembiakan. Biasa orang tahun kedua dan ketiga dah surrender.

Ok. Dia bela kambing dan bebiri pelbagai baka. Ada jamna, ada boer, ada kacukan, ada bebiri, domba, kibasy dan lain lain. Maknanya ada baka eksotik, dan ada baka campur. Trading pun buat juga. Susu pun buat. Sembelih, lapah, dan masak pun buat.

Rojak - tak fokus. Mana satu core competency nya ni?

Pembiak pedaging ke?, pembiak baka eksotik ke?, pengeluar susu ke? kelam kabut sungguh aku nengoknya.

Lets be frank here. Bagi aku sapa sapa penternak yang dah mencecah medium scale, dah 100 induk - lebih baik fokus pada satu trait atau core. Fokus betul betul, buat betul betul, khusus betul betul. Tinggalkan revenue stream yang lain. Bila dah betul betul establish atau mantap kita punya core competency, baru kita bergerak untuk diversify.

Small scale takpelah nak sebat semua possible revenue stream. Yang bela 20 - 30 ekor takpelah dia nak buat susu, nak masak masak atau buat apa sahaja demi memastikan survivability nya. Itu aku tak kisah. Sebab bersesuaian dengan sifatnya.

Tapi kalau yang bela 1500 ekor kambing, dan masih sibuk nak masak masak barbeku aqiqah - ini menunjukkan tak cukup mahir dalam operasi pembiakan. Low breeding skill. Low breeding knowledge.

Itu satu aspek. Yang berikutnya ialah input yang dikeluarkan tidak padan dengan ouput.

Tuan puan bayangkan, sistem sama dengan aku, sistem semi intensif. Maknanya sebahagian besar kambing dan bebiri untuk pembiakan pedaging dilepaskan meragut. Yang baka eksotik buat intensif. Guna motor bila mengembala. 3 jam ke 4 jam lepas sebelah petang, tak berani lepas pagi. Tapi bila kambing dan bebiri balik ke kandang - masih lagi beri makanan tambahan. Soya basah + pkc + molasses.

Peh ini bukan baka eksotik. Ini baka crosses. Pedaging. Apa pula sibuk sibuk nak bagi makanan tambahan. Lainlah kalau beranak dua dan keatas. Kenapa tak cukup yakin kambing dan bebiri boleh kenyang dengan sistem gembala?

Dari segi aspek nurition, tak lepas juga ni. Main sebat aje bikin ramuan sendiri. Takde test makmal pun. Agak agak je, janji kambing nampak bulat perutnya. Long term breeding ability kita kena ambilkira, jangan sekali kali syok sendiri ingat kita pandai buat makanan sendiri. Short term memang la nampak gemuk ternakan, tapi long term macam mana pula. Kena ada independent verification.

Ok, bila sampai bab pemakanan ternakan, elok kita betul betul buru dan upgrade ilmu kita semantap mantapnya. Jangan ingat murah, jangan ingat cepat gemuk, jangan ingat nak cepat berkilat bulu kambingnya. Kalau short term thinking, habis punah long term punya projek.

Hmmm... dari segi pembiakan, memang tak menjadi kambing dan bebirinya. Kurang nisbah anak kambing dan anak bebiri berbanding ibu kambing. Rekod? Takde beb. Ahhh payah payah. Macam mana nak tahu dan bandingkan prestasi ladang tahun ke tahun? Menang macam macam anugerah pertanian ni, tapi rekod takde macam mana?

Memang biasa anak anak kambingnya dilanda wabak penyakit yang menyebabkan kematian besar besaran. Pasal pemakanan pun ye, pasal kandang overcrowded pun ye, pasal kambing trading tak diasingkan - bercampur campur dengan kambing pembiakan pun ye; ahh senang cerita pasal tak cukup breeding knowledge.

Nah sekarang cerita pasal labor input pula. Mula mula dia guna bini dan ahli keluarga untuk maintain operasi kambing. Dari pukul 7 pagi dah mula kerja sampai pukul 11 malam baru habis. Botol susu. Banyak anak kambing di botol susukan. Anak bebiri kurang bagi botol susu sebab biasanya bebiri beranak single. Kambing beranak banyak, biasanya tak cukup susu, jadi dia bagi botol susu. Beli susu tepung yang $250 per beg 25 kilo tu.

Pelik sungguh la. Macam mana kambingnya tak cukup susu. Baka eksotik ada. Baka susu pun ada. Makanan tambahan pun bagi. Rumput tambahan pun bagi. In fact dah terlebih input. Ini semua terjadi kerana nutrition mismanagement.

Selain itu, banyak labor input habis pada pemantauan semasa kelahiran. Biasalah baka baka eksotik yang besar besar ni, banyak masalah bila beranak. Sangkut lah, songsang lah, rahim jatuh lah, macam macam pe'el nya. Kena perhati betul betul. Kena bangun tengah malam tengok kambing dan bebiri bila nak beranak.

Bila tengok ahli keluarga tertekan, ambil pekerja dua tiga orang untuk support. Hmmm... masih lagi mula kerja pukul 7 habis 11 malam. Penat penat pekerjanya.

Sahih burnout.

Banyak pekerjanya lari kerana tak tahan dengan jumlah manhour yang diperlukan. Sebab itu aku langsung tak galakkan guna botol susu. Kambing sepatutnya cukup susu untuk anak dua ekor. Kalau tak cukup, dimana kita kena guna botol susu, maknanya kita tak cukup breeding knowledge. Kena upgrade lagi.

So bagi pembiak kambing pedaging, jangan guna botol susu. Jangan beli susu tepung. Tak perlu pun semua ni. Target kita low input husbandry. Baru senang, baru mudah kerja kita. Baru untung usaha pembiakan kita.

Hmmm... rakan aku ni, bila cerita bab lembu dia, boleh pula dia buat low input. Bela baka kacukan tempatan saiz sedang sedang, lepas dalam estet, bagi garam jilat sentiasa; bila ada orang nak lembu, baru dia pergi tangkap. Tembak.

Pasal tu operasi pembiakan lembu dia untung. Low input. Tapi bila sampai bab kambing, boleh pula bantai high input. Apa mimpi ntah.

Sebenarnya kan, bukan susah nak untung biak kambing ni. Buru ilmu senantiasa, disiplin tahap besi waja masa mengembala, dan sedekah berterusan - insya allah boleh.

Selain itu pastikan kita ada darah tempatan dalam ternakan kita, dan guna pendekatan low input. Oh juga simpanlah rekod ternakan.

Baru tak jadi situasi burn out.

Baru seronok biakkan kambing.

Kambing terloncat loncat, kita pun terloncat loncat.



Mbekkkk!!

5 comments:

  1. tkasih diatas perkongsian ilmu perkambingan ni prof. tak sabar nak tunggu entry terkini.

    ReplyDelete
  2. I think he did the right thing..downsizing..and start looking/analyze again..stay focus on breeding..

    kalau dah lapan tahun, aku rasa dia dah tahu apa sebab..aku pun dah masok tahun ke 5, breeding rate expected to go down..as predicted, cause not by seasoned ewe (these ewes still perform), but new/young ewe..
    banyak sebab..
    kandang sesak
    penyakit, I think the main reason..bebiri tak mati banyak tahun ni..tapi aku tau bebiri carry one type of backteria/mycoplasma..i eliminated many bacteria that why mortality going down except for this one
    called dry sheep (bebiri takde susu/ ada susu tapi jadi bengkak ambing)..anak bebiri mati sebab ni

    feed factor is also a problem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ternakan bercampur campur, pembiakan tak diasingkan dengan trading, bebiri pun bercampur kambing.

      kandang sesak sangat. misfeeding.

      penyakit mudah datang.

      banyak betul guna ubat.

      Delete
  3. ini mcm den punya style ni.biri,kambing,lembu smua ada.haha..tp btul la prof.biri n kambing xleh duk skandang mmg ada mslah kt kambing.sjak den asingkn biri n kambing kndg lain2 Alhamdulillah barulah kambing tu ok cket..pengajaran brguna utk penternak baru,jangan tamak sangat,fokus betul2 pd pembiakan masing2..den xpe.try n error.hehe..

    ReplyDelete