Tuesday, July 23, 2013

UNDERCAFFEINATED

Undercaffeinated.

Brain dead.

aiii... bulan puasa ni tak cukup tinggi tahap kafein dalam darah. Langsung jammed neuron neuron. Otak aku dilanda kemarau. Kering. Sekering padang pasir atacama di chile, atau juga sekering antartika.

Aku takde mood nak menulis. Lebih banyak habiskan masa di ladang bersama kambing. Lebih banyak habiskan masa membaca tafsir dan berfikir. Baca dua tiga potong ayat kemudian terpaksa tutup kitab, kerana banyak sangat buah fikiran menerjah.

Aku dah lama tak baca emel, blog dan facebook. Tak respon pada sms dan sebarang query. Aku berdiam diri. Lebih selesa mengasingkan diri buat sementara.

Dulu aku baca quran tanpa tafsir. Setakat sebut keluarkan suara tanpa memahami apa yang aku baca. La ni bila baca bersama makna atau terjemahan, ah sudah langsung tak habis baca. Terus merenung dan berfikir sedalam dalamnya.

Sebenarnya kan, aku tengah takjub dengan alquran. Benar benar terpesona. Especially bila sampai cerita pasal alam dan penciptaannya. Bumi, langit, alam semesta, dan makhluk yang menghuninya. Aku minat sungguh bab bab ni.

Heyy.. adakah kita tahu satu pertiga alquran adalah sains?

Satu per tiga.

Fakta tentang alam, sains, dan penciptaan.

Tuhan mahu kita memerhati alam, memerhati tanda tanda kewujudanNya. Dan bukan setakat memerhati, tapi memburu. Tuhan mahu kita memburu ilmu alam sederas derasnya menggunakan segala kemampuan yang ada.

Bukan sahaja ia akan mendatangkan manfaat buat manusia, tapi yang sangat penting ialah kita dapat menghayati berterusan kebesaran Tuhan sepanjang pemburuan tersebut.

Sekarang aku tahu kenapa manusia suka memerhati angkasa, kenapa manusia ingin menjelajah angkasa tanpa putus asa, kenapa manusia berterusan mengeluarkan belanja besar untuk meneroka angkasa raya.

Naluri kita ialah mencari Tuhan.

Tuhan mencipta sifat gemar kembara, mencipta explorer gene dalam DNA kita (it really exist! yes it is), dan sifat ketagih pengembaraan ini diwariskan kepada keturunan manusia. Manusia adalah satu satunya makhluk yang paling nampak sifat ingin tahu dan menjelajah berbanding makhluk makhluk lain. Semua sifat ini agar memastikan manusia terus berhasrat mencari Tuhannya, walau pun tidak boleh dirasai dengan lima pancaindera akan zat Tuhannya.

Walau kita tidak akan nampak Tuhan kita, tetapi Tuhan telah memastikan kita manusia anak anak Adam akan terus ketagih mencari tanda tanda kewujudanNya dan kebesaranNya.

Dengan sains.

Ok. Berdasarkan sedikit ayat alquran yang aku baca, aku ada banyak hipotesis yang mahu ditulis. Bermakna siri hipotesis akan terus dikeluarkan, walau tiada kaitan dengan kambing. Dan ada antara hipotesis ini sifatnya 'audacious' lagi 'daring'. Mungkin ada antara tuan puan akan terkebil kebil sukar percaya. Takpelah aku tak kisah pun.

Tapi semua hipotesis ini adalah berdasarkan keterangan alquran, dan sains. Ada antara hipotesis ini memerlukan cerapan cerapan lebih baik yang hanya wujud pada masa akan datang.

Generasi akan datang dengan teknologi yang lebih tinggi, dan ilmu yang lebih dalam, boleh memastikan samada hipotesis aku ini betul atau salah.

Ok. Cukuplah setakat ini. Nanti aku cerita lagi.

Salam!


No comments:

Post a Comment