Wednesday, July 31, 2013

BENING

Salah satu 'part' yang paling aku teruja dalam bab bela kambing ialah ketika mengembala. Berjalan kaki. Walau pun letih berjalan, tetapi mengembala mendatangkan kepuasan yang unik.

Puas dari segi jiwa, puas dari segi tubuh badan. Badan kepenatan, tapi jiwa jadi segar bugar, macam bateri dapat 'full recharge', kerana dapat merasai betapa dekatnya diri dengan alam.

Aku ni 'introvert' - suka bersendirian, suka mengasingkan diri, tak suka bising bising, tak suka situasi orang ramai - tenggelam dalam dunia sendiri. Dan dalam kehidupan seharian aku, gembala mendatangkan satu kesempatan untuk 'menjadi diri aku sendiri'. Fitrah.

Aku akan bawa kambing ke suatu tempat yang sunyi sepi, jauh dari kehadiran manusia, jauh dari jalan, jauh dari bunyi kenderaan, jauh dari peradaban. Kalau boleh aku nak off handphone aku, tapi mana tahu ada pula situasi kecemasan. Seboleh bolehnya aku nak betul betul 'silent mode', bebas dari belenggu 'gadget', dan hanya bertemankan alam dan kambing kambing aku.

Aku suka ketenangan. Aku suka diam. Aku suka cuma mendengar gemersik angin, aliran anak anak sungai, dan aku suka memerhati kambing kambing tekun meragut rumput. Aku memang damba akan keterasingan.

Ketenangan membolehkan aku berfikir. Ada inspirasi. Lebih baik daripada caffeine. Banyak 'eureka moment' adalah ketika mengembala. Dan kadang kadang aku suka berangan angan macam budak kecik. Aaa selalu aku berangan aku jadi green goblin naik anti gravity board. Atau berada dalam sut ironman. Selalu sangat berangan jadi ironman. Kan senang gembala kambing kalau jadi iron man ye tak? Tapi tu lah sut harga 2-3 billion, nak jaga kambing meragut 100 ekor aje ($65,000), apa cerita ni :) :)

Anyway cerita pasal ketenangan ni, aku ada seorang pelanggan tetap kambing. Tiap tiap tahun dia beli kambing untuk kegunaan keluarganya. Tua setahun je dari aku. Class A contractor. Jutawan. Dah bergelumang dalam dunia construction hampir 20 tahun. Masa sekolah lagi dah terjun dalam bidang ni. Jadi dia kata kat aku, dia nasihat kat aku, sebenarnya construction ni high pressure career.

Banyak deal dengan manusia. Dia kena pressure orang lain, dan dipressure oleh developer. Pressure sana pressure sini betul betul macam pressure cooker. Pasal tu muka nampak macam 46 padahal umur baru 36 tahun.

Lebih baik bela kambing katanya. Takde deal dengan manusia lain. Betul juga ye, aku bela kambing ni memang takde banyak urusan dengan manusia lain. Banyak masa dengan kambing je. Tenang. Banyak tenang. Padan lah geng kontraktor kontraktor ni minat bela lembu kambing, nak mencari ketenangan.

Adapun katanya lagi, ada lima perkara yang memelihara kewarasan dirinya semenjak jadi kontraktor ni - solatnya, zikirnya, keluarganya, binatang peliharaannya, dan madrasah tahfiznya. Kalau takde lima 'destressor' ni, mau nampak 56 tahun mukanya. Mau tua 20 tahun dari umur asal.

Hmmm... pengembala kambing memang dapat ketenangan. Dan dalam banyak banyak career, aku rasa gembala kambing yang paling tinggi 'calm factor' nya. Gembala ye, aku tak kata penternak. Penternak dapat juga keseronokan dan ketenangan, tetapi siapa yang mengembala boleh dapat lebih ketenangan.

Rasul rasul adalah pengembala. Pengembala kambing.

Hadis Nabi riwayat Abu Hurairah:

"Sesungguhnya kekufuran ada pada arah matahari terbit. Sifat megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta. Mereka yang bersuara nyaring lagi bising ialah pemilik haiwan berbulu (kucing, arnab, ayam), dan ketenangan itu ada pada pengembala kambing".

Haa tenang bila mengembala. Seperti yang aku rasa. Benar tiada lagi keraguan. Ketenangan. Kedamaian. Peace.

Bening.


Salam!

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth Sahabatku Alwi,

    Selamat berpuasa dan selamat hari raya.

    Taqbbalahu Minna Wa Minkum.

    Semoga Allah Menerima amalan kami dan kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fairul,

      Selamat berpuasa enam, dan selamat hari raya.

      Semoga kita semua terus tabah mengharungi cabaran dalam usaha membiakkan kambing kita.

      Delete
  2. as salam prof..
    selamat hari raya maaf zahir batin. setuju sangat dgn artikel prof ni. ketenangan dan kedamaian yg tak terungkap bila melihat kambing2 meragut dan anak2nya yg nakal2. lagi bnyk jalan, badan sihat otak cergas, kambing gemuk. he,he.

    ReplyDelete