Friday, March 16, 2012

SOYA BASAH MANDULKAN KAMBING?

Ada kontroversi sikit posting kali ini. Mesti ramai geng soya basah tak setuju dengan aku.

Hampas soya basah datangnya dari pemprosesan kacang soya untuk air soya atau pun taufufa. Sekarang hampas soya basah ni aku tengok popular juga di kalangan penternak baru. Maklumlah kambing yang diberi makan hampas soya basah ini memang pantas kenaikan berat badannya, gemuk gemuk berkilat.

Sebenarnya perasan tak nenek moyang kita selama ribuan tahun tak pernah minum air soya walau pun teknologi pemprosesan air soya adalah mudah? Kenapa?

Perasan tak nenek moyang kita dalam mana mana budaya semuanya akan peram/ferment dulu kacang soya sebelum dimakan? Tempe, miso, kicap, taucu, tofu, natto semuanya adalah kacang soya yang diperam? Kenapa?

Perasan tak budaya minum air soya/soymilk ni baru saja diwujudkan 30 – 40 tahun yang lalu? Bilamana amerika membuka ladang kacang soya secara besar besaran untuk dapatkan minyak kacang soya (pasal sawit tak boleh tanam kat sana)?

Tahukah kita yang sami sami yang bertapa banyak makan kacang soya untuk mengurangkan secara drastik libido(syahwat) mereka?

Yaa tuan tuan yang dihormati,

Nenek moyang kita memang bijaksana kerana mengetahui sifat pil perancang kacang soya. Jadi untuk mengurangkan risiko kemandulan, mereka peram kacang soya sebelum makan. Pemeraman (fermentation) ni bukan sahaja memudahkan penghadaman tetapi mengurangkan phytoestrogen dalam kacang soya. Nenek moyang kita tak pernah minum air/susu kacang soya.

Kacang soya ni sebenarnya banyak antinutrient,termasuk phytoestrogen yang serupa pil perancang manusia. Ianya bukan sahaja berisiko menjarakkan kelahiran atau memandulkan, tetapi mengganggu perembesan hormon dari kelenjar tiroid dan hormon testosterone dari testikel.

Lemah sendi, tulang cepat reput, yang jantan jadi pondan, yang betina tak boleh atau lambat sangat beranak, goiter (beguk, bengkak leher), lemah berterusan, dan ada lagi penyakit lain.

Sifat utama kacang soya yang aku nak tonjolkan ialah mengganggu hormon pembiakan. Sebab itu nenek moyang kita peram, tak pernah ambil direct kerana mereka mengetahui sifat sebenar kacang soya. Bila peram, mikrob yang terbentuk meneutralkan sebahagian (bukan semua) antinutrien ni. Dan kalau kita perhatikan nenek moyang kita ambil kacang soya diperam sebagai condiment bukannya makanan utama.

Zaman kita digalakkan jadi vegetarian, dan banyak makanan vegetarian dari kacang soya. Habis kacau bilau kesuburan dan keturunan kita. Dan Tuhan yang Maha Bijaksana tidak pernah suruh kita jadi vegan, sebaliknya menyuruh kita mengambil manfaat dari haiwan ternakan yang diciptakanNya dan ditundukkanNya untuk kita manusia.

Apa kesan hampas soya basah kepada kambing kita?

Sama seperti kesannya kepada manusia, yang utamanya merendahkan kadar pembiakan. Ini kerana pemprosesannya masih meninggalkan banyak antinutrien dalam hampas soya basah.

Bagi penternak yang menggemukkan/trading/import kambing mereka dengan menggunakan hampas soya basah, ianya tidak menjadi masalah. Sebab tempoh penggunaan sekejap, setakat 3 – 4 bulan. Walaupun setahun guna, atau 2 tahun, atau 20 tahun sekali pun memang le tak jadi masalah pasal kambing duduk dalam kandang tu sekejap. Memang le tak nampak simptom2nya.

Tetapi bagi mereka yang cuba membiakkan kambing jangka panjang menggunakan hampas soya basah sebagai makanan utama, akan berlaku kegagalan pembiakan besar besaran setelah 4 tahun, dan ada yang lebih awal dari itu. Ini kesimpulan yang aku buat setelah memerhati dan berinteraksi dengan pembiak pembiak berpengalaman.

Tetapi seperti biasa ada juga 'old timer' yang menafikan. So aku nak cerita sikit.

Aku pergi kandang old timer ni, antara yang jadi strong advocate (penyokong kuat) penggunaan hampas soya basah ini. Banyak kambingnya 500 ekor, sistem makan tanggung, semua kambing makan hampas soya basah. Dah lama pun makan, bertahun tahun. Dia kata elok je kambing makan, takde masalah pun, berat cepat naik, kos operasi jadi murah.

Yang dia tak tahu, aku tahu 100 ekor je yang dibiakkan. Lagi 400 ekor diimport atau trading, duduk sekejap je dalam kandang. 100 ekor yang dibiakkan tu anaknya sikit sangat, tak padan langsung. Kambing banyak yang berhingus, ada kaki lembik. Maknanya pembiakan dia tak menjadi, takat jadi showcase saja. Bila aku tanya macam mana kadar pembiakan, old timer ni jawab 'kambing aku beranak tiap tiap 6 bulan, atau 2 tahun 4 kali beranak'.

Dalam hati aku, amendenya jawab macam ini. Itu bukan jawapan yang betul. Maknanya takde simpan rekodlah, main cakap je. Berkokok bukan main. Balik dari kandang dia, aku termenung panjang. Kalau banyak old timer macam ni, susah nak maju industri kita nih.

Habis cerita pasal dia.

Itu hampas soya basah, kalau soybean hull (kulit kacang soya)?

Soybean hull/soya hull tak banyak antinutrient, kira oklah kurang risiko ketidaksuburan, malangnya sifat dia yang tak best ialah transit terlalu cepat dalam perut ruminan. Belum sempat hadam, dah banyak keluar jadi tahi. Memang banyak membazir. So kalau nak guna soya hull kena combine dengan bijiran/grain macam jagung, barley, gandum, padi. Baru pergerakan dia dalam perut ruminan slow sikit, sempat dihadamkan.

Soybean meal?

Mil kacang soya adalah hampas dari pemprosesan kacang soya untuk minyak kacang soya. Terhasil setelah melalui banyak peringkat/pemanasan. Jadi banyak antinutrient dah dineutralkan, walau pun bukan semua. Energy dan protein conversion ratio adalah lebih tinggi dibandingkan dengan soyahull atau hampas soya basah (pasal dah banyak kurang antinutrient). Risiko ketidaksuburan jauh lebih rendah berbanding hampas soya basah. Yang tak bestnya kos tinggi sikit.

Kesimpulannya, atau

The verdict : Hampas soya basah memang cukup cantik atau 'excellent' untuk gemukkan kambing (short term fattening), tapi tidak sesuai sebagai long term feed untuk program pembiakan. Ada risiko benar (real risk) peningkatan ketidaksuburan, baik kambing betina mahu pun yang jantan.

Itu pandangan aku. Terpulanglah kepada tuan tuan untuk menilai.

Salam.

Wednesday, March 14, 2012

KANDANG AKU TAK PERNAH BERASAP!

Ya aku tak pernah 'mengasapkan' kandang aku bila dah dekat maghrib seperti kelaziman banyak penternak lain. Nyamuk memang banyak pasal bawah sawit tapi memang aku tak cukup rajin nak menyalakan unggun api ni. Ada juga penternak yang siap pasang fumakilla keliling kandang pasal nak menghalau nyamuk, tapi ini semua tak perlu kalau kita tahu apa yang betul. (Dulu dulu masa kambing 5 ekor pernah juga aku pasang fumakilla, punyalah kesiankan kambing, hahaha...)

Yang tak bestnya bila perasap ni (tambah tambah ada taik kambing tu sendiri), sakit mata menjadi jadi (pinkeye infection). Jenuh pula nak mengubat mata tu. (Aku dah bertahun tak guna terramycin spray, tapi inject terramycin LA bila kena pinkeye ni – lagi senang beb!).

Setakat ini dah masuk tahun ketujuh operasi aku, takde masalah tak perasapkan kandang.

Akan tetapi menurut petua orang tua tua, bila kita perasap bubuh kemenyan, maka kutu kutu dan hama hama akan lari dari kandang. Kalau bubuh serbuk kari, asap yang bercampur serbuk kari ni akan memulihkan kambing kambing yang bermasalah pernafasan (pneumonia, semput, hingus asyik meleleh). Tu dia.. hebat tak hebat serbuk kari kita ni, bukan takat mengurangkan kentut je.

Aku baru dapat hadiah kemenyan dari Puan Fatimah Boden. Kemenyan dari dubai lagi tuu. Nanti aku nak try tengok apa jadi. Dan aku ada seekor kambing yang asyik meleleh hingus (walau dah diberi dewormer yang cover lungworms), so nanti try juga perasap serbuk kari.

Tuan tuan pun try lah juga, mana tahu pengalaman kita berbeza. Boleh tukar tukar experience points!

Tuesday, March 13, 2012

MESYUARAT AGUNG PERTAMA PPKM

1Ohb Mac yang sudah telah berlangsung AGM pertama Persatuan Pembiak Kambing Malaysia (PPKM). Bertempat di Petaling Jaya. PPKM ini ditubuhkan untuk memelihara dan memajukan kepentingan para pembiak kambing (bising bising kepada sesiapa yang patut dibisingkan).

Mengikut undang undang pendaftar pertubuhan, AGM pertama harus dilakukan dalam tempoh 60 hari setelah selesai urusan pendaftaran. Jadi kita pun ikut aje rule tersebut. AGM pertama ini dibuat untuk pendaftaran ahli ahli baru, penerangan tujuan PPKM, penerimaan perlembagaan, pemilihan jawatan pegawai persatuan, dan perbincangan usul usul yang akan diketengahkan.

Ahli ahli dijemput dari seluruh malaysia (tapi tak jemput banyaklah kerana pelbagai kekangan). Biasalah modal kecik, bukannya kitorang dapat dana kerajaan, tetapi bergantung sepenuhnya kepada sumbangan (yuran) ahli.

Bawah ni gambar semasa 1st AGM sedang berlangsung. Aku takde dalam gambar pasal aku yang ambik gambar. Ada juga yang tak nampak dalam gambar ni. Sori lah ye kamera kecik takdak wide angle.

(Kalau silap ejaan dan fakta, sori banyak banyak, aku tak ingat semua dan tak merujuk senarai)

Pengerusi : Tn Hj Zainal Ghani (Boden N9, pembiak boer +-1200 ekor)

Timbalan Pengerusi : Datuk Razhi Yahaya (Perfect Agro – pelbagai produk hiliran kambing)

Setiausaha : Alwi (alwigoatfarm – pembiak local cross +-300 ekor)

Pen. Setiausaha : Huzaimi (Perfect Agro)

Bendahari : Shahrudin (membelakangi gambar)

AJK : 
Hj Zeid Ismail (Wawasan Manis kat melaka +-500 ekor)
Dr Ramli Abdullah (UM – popularkan baka jermasia)
Datuk Aziz Yahya (Medifish Tech hulu langat +-700 ekor)
Dr Johari Jiken (ARB kluang, nukleus boer +-1500 ekor)
Hj Mat Taib Yasin ( ladang di sungkai, katerer)

Pemeriksa kira2 : 
Izan (Naluri Jalur Mas hulu langat, 11 tahun main kambing)
Ghazali ( ladang boer di kalumpang, bisnes lanskap)

Ahli ahli yang hadir : 
Juhari Ahmad (seberang perak +-80 ekor)
Abd Rashid Hassan (seberang perak +- 150 ekor)
Al Asas Abd Razak (Best Goat n Sheep kat bentong pahang)
Arraudhah (pembiak boer +-2000, @+-3000 ekor – tak ingatlah)
SBBC (boer +-3500 ekor kat pondok tanjung – pun tak ingat yg sbnrnya)
Isal (feral kk, Kratong mari – jauh oii, memang semangat!)
Rizal Affendy (RDS farm kat kg gajah perak, boer +-100 ekor)
Cikgu Ismail (sabah mari, buat EM, bacaan doanya memang kelas!!)

Terima kasih kepada ahli ahli  yang hadir pada 1st AGM ni, bersedia menjadi ahli terawal (pioneer), diharapkan komitmen tuan tuan berterusan dan dapat merekrut geng geng pembiak kambing lain di sekitar kawasan kita.

Ada juga bakal ahli ahli yang tidak dapat hadir kerana pelbagai komitmen. Takpa takpa diharapkan tuan tuan cepat cepat mendaftar menjadi ahli rasmi. Best oo dapat berkenalan sesama geng pembiak ni, memang laju information exchange, jadi cepat sikit kita upgrade kita punya knowledge. Selain daripada itu kita boleh menggelegak ramai ramai, yaaa suara kita lebih berkesan dan bergema lebih jauh. Yelah dah ramai ramai tinggilah desibelnya.

Sebenarnya banyak lagi kerja kita ni tuan tuan. Ini baru langkah pertama. Nak buat langkah pertama ni pun bukan senang, memang payah. PPKM sememangnya menuntut komitmen tinggi drpd ahli ahlinya.

Hmm.. mesyuarat itu hari banyak juga usul usul yang dibentangkan. Nanti kita akan teliti dan prioritize. Terima kasih kepada ahli ahli mesyuarat yang memberi usul. Oh ya apa yang aku tulis kat sini bukannya suara rasmi PPKM, semua pandangan rasmi PPKM adalah daripada pengerusinya. Kat sini pandangan aku sendiri je.

Terima kasih kepada semua ahli ahli terawal Persatuan Pembiak Kambing Malaysia!

Monday, March 12, 2012

KENTUT NON STOP 9 HARI?

Menurut pakar pakar yang mengkaji kentut dan apa apa yang sewaktu dengannya, seorang manusia melepaskan lebih kurang 33,000 liter gas kentut sepanjang hayatnya. Ini bersamaan dengan kentut berterusan non stop selama 9 hari. Fuhh memang pencemaran yang hampir menyamai kebocoran loji nuklear fukushima daichi. Bayangkan penderitaan makhluk makhluk yang berada di sekitar kita...

Dan menurut pakar pakar omputih yang mengkaji kentut yang keluar dari lembu mereka, purata lembu omputih ni melepaskan 500 liter kentut sehari. Katakanlah umur lembu lembu ni 12 tahun, maka kentut yang dilepaskan adalah 500x365x12 = 2,190,000 liter!! mak aihh... ini tahap hiroshima dan nagasaki..

Dasat betul lembu omputih ni, dan aku rasa lembu kedah kelantan (KK) kita lebih mesra alam. Cuma takde sapa sapa yang nak mengkaji kuantiti dan kualiti kentut lembu kk kita ni.

Dan menurut pakar pakar kentut ni, penggunaan serbuk kari mengurangkan pelepasan gas kentut dengan ketara iaitu 30% - 40%. Yaa sekali lagi herba tempatan kita menjadi penyelamat dunia. Serbuk kari ni meningkatkan kecekapan penghadaman (merendahkan feed conversion ratio). Bukan sahaja kentut berkurang drastik, tetapi meningkatkan kadar kenaikan berat badan, kesihatan yang lebih baik, susu yang lebih banyak dan banyak lagi fadhilat fadhilat lain.

Itu baru serbuk kari, belum lagi bawang putih, halia, halba, lada hitam, kayu manis, bunga lawang dan macam macam lagi. Khazanah herba kita memang belum diterokai sepenuhnya. Omputih plak yang sibuk sibuk terkejar kejar mengkaji kehebatan herba kita.

Dan bagi sistem semi intensif, aku lebih percaya keberkesanan herba berbanding effective microorganism (bagi meningkatkan kecekapan penghadaman) berdasarkan pengalaman aku. Pengalaman tuan tuan macam mana? 

Sunday, March 11, 2012

KAMBING SUSAH JUAL?

TAK.

Kambing pedaging senang jual, apalagi yang jantan. Paling senang jual kambing baka tempatan, saiz sederhana, yang ada warna. Lagi berwarna lagi menarik di mata pembeli. Kalau nampak sihat, tegap, berkilat memang berlumba lumba orang nak membeli.

SEKARANG import kambing lembu dari australia bukan opsyen yang menarik kerana dolar australia yang makin mencanak tinggi. Harga kambing import adalah lebih mahal daripada harga kambing tempatan. Orang berebut cari kambing tempatan.

Sebab itu sekarang ni pasaran kambing pedaging memang cantik bergetah. Sape sape yang membiakkan kambing pedaging tak kisahlah baka apa pun (kacang, kacukan, boer, jamna) sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menjual kambing sebagai pedaging. Masa ini ialah 'golden period' setelah sekian lama kita terpaksa bersaing dengan lambakan kambing import.

TETAPI pasaran kambing baka buat masa ini sememangnya slow sikit. Sape sape yang nak menceburkan diri ke dalam usaha pembiakan untuk baka (terutamanya boer dan jamna) kena hati hati. Banyak penternak yang tutup kandang kerana kos operasi yang tinggi termasuklah yang modal juta juta. Bila banyak yang tutup kandang maka mengecillah pasaran untuk baka kerana yang nak beli baka ni adalah golongan pembiak. Masa ini adalah 'low point' dalam 'cycle' pasaran baka. Tetapi janganlah risau sangat kerana nanti naik balik kitarannya.

Hmm.. bagi pembiak kambing pedaging yang masih baru, risiko kegagalan memang tinggi walau pun pasaran cantik. Ini perkara biasa dalam mana mana usaha bisnes pun. Sebab?

Yang aku nampak banyak sangat pembiak baru yang syok sendiri, yang merasakan cara dia bela kambing tu dah cukup baik, susah nak pergi kandang orang lain. Bila kurang melawat kandang pembiak lain, network takde, sumber ilmu macam air paip yang selalu dicatu. Perlahan sangat ilmu baru dan betul yang masuk ke dada. Sebab tu tumbang. Dah la ilmu yang ada datang dari importer/trader yang tak membiakkan, baru pula dalam industri. Kalau nak dapatkan ilmu pembiakan yang betul, kena cari pembiak tulen, sekurang kurangnya lebih 4 tahun usaha pembiakannya.

Bila kita jarang lawat kandang pembiak lain, orang pun susah nak datang kandang kita. Exposure tak cukup, reputasi tak naik naik. Ada satu undang undang bisnes yang kita kena tahu. 7 prospek, 1 akan beli. Aku dulu pernah jual teddy bear, buku cerita kat kaki lima, kedai makan, kat mana mana tempat yang banyak orang. Approach 7 orang, biasanya 6 akan reject tetapi 1 pasti beli. Malu memang malu, tapi masa mula mula je. Rasa nak bungkus kepala dalam suratkhabar. Tapi aku belajar satu undang undang bisnes yang sangat penting, yang tak diajar masa ambil degree perniagaan masa kat u. (Sebenarnya sekolah dan universiti mengajar kita bagaimana menjadi pekerja yang baik, bukannya macam mana nak jadi majikan atau usahawan). Bila cerita bab marketing ni yang penting jangan putus asa. Teruskan usaha pasti berhasil.

Bila kita dah ada reputasi barulah semakin mudah nak jual. Dari 7 prospek : 1 pembeli dia jadi 5 prospek : 1 pembeli. Lama lama 2 prospek : 1 pembeli. Kalau dah kuat reputasi, dah berjenama tak payah susah susah cari pembeli. Orang datang cari kita.

Tempoh masa yang biasa untuk jadi 'berjenama' atau stabil?

7 tahun. Mana mana bisnes pun sama. Tak boleh lari dari tempoh ini.

Face to face marketing (berkenalan dengan penternak lain) untuk pembiak macam kita ni (livestock breeder) adalah lebih baik dari promosi di media (suratkhabar, tv, majalah), dari tegakkan iklan sana sini, dari guna internet (blog, facebook) atau mana mana cara lain.

Bagi aku cara lama ni masih sangat relevan sebab ianya membentuk kepercayaan yang lebih kuat antara kita dengan potential customer. Memang lebih banyak masa, tenaga, wang diperlukan tetapi kesannya lebih ketara dan tahan lama.

Sebenarnya bila kita biakkan kambing ni, majoriti customer kita pembiak lain. Tambah tambah bila kambing kita dah banyak. Pernah dengar 'pareto principle'? Dalam bisnes ni 80% jualan datangnya dari 20% pembeli. Yaa.. prinsip pareto ini sangat penting untuk diketahui oleh semua usahawan. Sebahagian besar jualan kita datangnya dari sebilangan kecil pelanggan.

Dan 'business to business market' adalah lebih besar daripada 'business to retail market'. Rakan rakan pembiak nilah yang menjana sebahagian besar income dan reputasi kita. Bukannya menjadi pesaing yang perlu ditakuti.

Lagi banyak kandang orang kita pergi, lagi baik. Aku galakkan setiap pembiak baru pergi sekurang kurangnya 21 kandang. Banyak network, banyak ilmu. Susah la sikit nak terlingkup. Lebih senang nak bawa usaha pembiakan kita ke tahap yang lebih tinggi.

Jadi rakan rakan pembiak sekalian,

Tak susah nak bela dan jual kambing sekiranya kita tahu cara yang betul. Pasaran sentiasa ada. Dan ada lagi beberapa perkara yang dapat membantu pemasaran kita. Tapi aku akan cerita dalam post yang mendatang. Tak larat dah nak menulis ni. Ok.

Salam.

Thursday, March 1, 2012

JAGA DEDAK KITA!

Salam tuan tuan pembiak kambing,



Bagi penternak yang tidak banyak menggunakan dedak, aku galakkan penyimpanan dedak dalam tong kedap udara sepertimana gambar di atas. Kenapa bersusah payah simpan dalam tong? Dah beli dedak, letak ajelah di tengah kandang, takde le kena hujan, atau pun letak jelah guni dedak dalam stor?

Dedak mudah rosak, dedak mudah basi. Apalagi dalam cuaca kita yang berkelembapan tinggi. Tikus dan tupai pun sentiasa bersedia merosakkan dedak.

Apa nak takut dedak basi, masam sikit sikit? Kambing makan melahap juga?

Aflatoksin adalah ancaman serius yang selalu kita terlepas pandang. Aflatoksin adalah toksin yang terdapat pada dedak yang berkulat. Kambing boleh mati, gugur, dan sakit berpanjangan. Kambing kita juga boleh jadi gila disebabkan aflatoksin. Yaa bukan terlebih rumput brachiaria decumbens saja yang boleh buat ternakan jadi gila, dedak berkulat juga boleh buat perkara serupa. Masalah metabolisme juga boleh terjadi – kambing senantiasa kurus walau pun makan dipam pam.

Cerita pasal kambing yang mengalami masalah metabolisme ni – banyak orang kata kat aku bahaya kambing baru beranak makan uri dia sendiri. Jangan dibiarkan katanya, cepat cepat buang uri kambing tu. Nanti kambing kurus kurus tak mahu gemuk.

Setahu aku, kambing makan uri ni perkara yang normal. Ruminan liar dalam hutan akan makan uri dia 'automatically' demi mengelakkan pemangsa tahu dia baru melahirkan anak. Pengalaman aku pun takde kambing betina yang kurus setelah makan uri sendiri. Tapi kalau kambing aku kurus tak mahu gemuk gemuk pasal makan dedak berkulat memang ye, memang jadi, memang sahih.

Perkara ni jadi dulu dulu masa aku masih mentah, masih tidak tahu ancaman aflatoksin ni.

Jangan pandang ringan perkara simpan dedak ni tuan tuan. Aku dah terkena so aku share la pengalaman aku.

Kalau operasi jenis yang guna banyak dedak, mana praktikal simpan dalam tong?

Bila operasi jenis makan tanggung, banyak guna dedak, sebaik baiknya beli dedak fresh simpan tak lebih seminggu. Jangan beli dedak banyak banyak buat stok 2 bulan atau stok 3 bulan. Stok seminggu je? Ya, praktikallah tu. Kalau ikutkan hati aku, hari hari beli dedak fresh dari kilang dedak, bukan lagi tahap hari hari beli dedak dari kedai dedak. Tapi kerja susah(gila pun ye) kalau buat macam tu kan..

Sampai macam tu sekali?

Ancaman aflatoksin adalah ancaman serius yang banyak penternak tidak sedar. Prestasi produktiviti ladang yang rendah boleh jadi disebabkan pencemaran dedak oleh aflatoksin. Banyak kambing yang yang mengalami kerosakan/kecacatan kekal disebabkan aflatoksin.

Itu dedak komersil, kalau buat sendiri, atau guna silaj, atau hampas soya basah?

Lagi berisiko sebab wujud lebih banyak kelembapan yang meningkatkan risiko pencemaran aflatoksin. Kelembapan bukan elemen yang senang diuruskan dalam pembuatan makanan ruminan. Memang kena hati hati. Lagi lembap, lagi bahaya, lagi mudah kulat membiak.

Ada penternak cakap kat aku, ada kilang dedak yang keluarkan dedak tahan lama. Simpan lama lama 5 – 6 bulan kat kandang ok je takde masalah. Boleh ke guna dedak macam tu?

Aku tak berani dan aku tak rekemen. Pasalnya banyak sangat pengawet yang ditambah ke dalam dedak tersebut. Banyak pengawet pun bawa masalah kepada kambing kita. Mandul tak mahu beranak, jenuh membela dan menunggu.

So kalau nak meminimumkan risiko pencemaran aflatoksin yang boleh membawa kerosakan kekal kepada kambing kambing kita, beli dedak segar rangup rangup, simpan dalam tong kedap udara.

Jaga dedak kita baik baik..

Salam.