Thursday, March 1, 2012

JAGA DEDAK KITA!

Salam tuan tuan pembiak kambing,



Bagi penternak yang tidak banyak menggunakan dedak, aku galakkan penyimpanan dedak dalam tong kedap udara sepertimana gambar di atas. Kenapa bersusah payah simpan dalam tong? Dah beli dedak, letak ajelah di tengah kandang, takde le kena hujan, atau pun letak jelah guni dedak dalam stor?

Dedak mudah rosak, dedak mudah basi. Apalagi dalam cuaca kita yang berkelembapan tinggi. Tikus dan tupai pun sentiasa bersedia merosakkan dedak.

Apa nak takut dedak basi, masam sikit sikit? Kambing makan melahap juga?

Aflatoksin adalah ancaman serius yang selalu kita terlepas pandang. Aflatoksin adalah toksin yang terdapat pada dedak yang berkulat. Kambing boleh mati, gugur, dan sakit berpanjangan. Kambing kita juga boleh jadi gila disebabkan aflatoksin. Yaa bukan terlebih rumput brachiaria decumbens saja yang boleh buat ternakan jadi gila, dedak berkulat juga boleh buat perkara serupa. Masalah metabolisme juga boleh terjadi – kambing senantiasa kurus walau pun makan dipam pam.

Cerita pasal kambing yang mengalami masalah metabolisme ni – banyak orang kata kat aku bahaya kambing baru beranak makan uri dia sendiri. Jangan dibiarkan katanya, cepat cepat buang uri kambing tu. Nanti kambing kurus kurus tak mahu gemuk.

Setahu aku, kambing makan uri ni perkara yang normal. Ruminan liar dalam hutan akan makan uri dia 'automatically' demi mengelakkan pemangsa tahu dia baru melahirkan anak. Pengalaman aku pun takde kambing betina yang kurus setelah makan uri sendiri. Tapi kalau kambing aku kurus tak mahu gemuk gemuk pasal makan dedak berkulat memang ye, memang jadi, memang sahih.

Perkara ni jadi dulu dulu masa aku masih mentah, masih tidak tahu ancaman aflatoksin ni.

Jangan pandang ringan perkara simpan dedak ni tuan tuan. Aku dah terkena so aku share la pengalaman aku.

Kalau operasi jenis yang guna banyak dedak, mana praktikal simpan dalam tong?

Bila operasi jenis makan tanggung, banyak guna dedak, sebaik baiknya beli dedak fresh simpan tak lebih seminggu. Jangan beli dedak banyak banyak buat stok 2 bulan atau stok 3 bulan. Stok seminggu je? Ya, praktikallah tu. Kalau ikutkan hati aku, hari hari beli dedak fresh dari kilang dedak, bukan lagi tahap hari hari beli dedak dari kedai dedak. Tapi kerja susah(gila pun ye) kalau buat macam tu kan..

Sampai macam tu sekali?

Ancaman aflatoksin adalah ancaman serius yang banyak penternak tidak sedar. Prestasi produktiviti ladang yang rendah boleh jadi disebabkan pencemaran dedak oleh aflatoksin. Banyak kambing yang yang mengalami kerosakan/kecacatan kekal disebabkan aflatoksin.

Itu dedak komersil, kalau buat sendiri, atau guna silaj, atau hampas soya basah?

Lagi berisiko sebab wujud lebih banyak kelembapan yang meningkatkan risiko pencemaran aflatoksin. Kelembapan bukan elemen yang senang diuruskan dalam pembuatan makanan ruminan. Memang kena hati hati. Lagi lembap, lagi bahaya, lagi mudah kulat membiak.

Ada penternak cakap kat aku, ada kilang dedak yang keluarkan dedak tahan lama. Simpan lama lama 5 – 6 bulan kat kandang ok je takde masalah. Boleh ke guna dedak macam tu?

Aku tak berani dan aku tak rekemen. Pasalnya banyak sangat pengawet yang ditambah ke dalam dedak tersebut. Banyak pengawet pun bawa masalah kepada kambing kita. Mandul tak mahu beranak, jenuh membela dan menunggu.

So kalau nak meminimumkan risiko pencemaran aflatoksin yang boleh membawa kerosakan kekal kepada kambing kambing kita, beli dedak segar rangup rangup, simpan dalam tong kedap udara.

Jaga dedak kita baik baik..

Salam.

10 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth, TErima kasih tuan. Alhamdulillah banyak info yang dikongsi yang tiada di tempat lain. Yang pasti tiada dalam kursus penternakan dan manual penternakan.

    Keep on coming insyaallah

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak berbeza antara kursus ternakan yang kita hadiri dengan realiti kita membiak. Ada yang terbalik 180 darjah. Ada yang disorok, ada yang dimake up tebal tebal, dan ada yang dipalsukan. Kita memang kena hati hati.

      Delete
  2. Salam..,,

    Saya setuju 100%, bende yang paling kiter amik ringan ni lah yang paling bahaya... Dan sy sendiri pun dah terkena.. produktivi drop giler2.. sampai terduduk rasanya... teruskan info berguna untuk perkongsian.. bagi baka tempatan dan yang sewaktu denganya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barangkali saudara boleh kongsi cerita lebih lanjut?

      Delete
  3. Assalamu'alaikum wrmbth tuan,

    semoga cepat sembuh demam dan boleh mula menulis topik bermanfaat lagi insyaallah


    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Saya kerap terbaca istilah "high nutritient diet" dalam post tuan. Dedak ni dah kategori high nutritient diet kan? Foraj segar termasuk tak?

    UMM BARAQAH RESOURCES

    ReplyDelete
  5. Atas nashihat tuan dalam blog sekarang ni alhamdulillah saya dah simpan pellet dalam tong. Insyaallah boleh lihat perbezaan. Kandang pun nampak lebih teratur. CUma kena keluar modal sikit. Hehe. Janji dedak tahan lama dan kambing sihat walafiat.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salam

    Nak tanya pendapat memandang kan sekarang dedak kambing harganya mahal ada sesetengah penternak memberi nasihat dedah untuk lembu boleh di beri syaratnya basahkan dgn air ada effect pada produktivity tak atau masaalah lain?

    ReplyDelete
  7. Nak Tanya mana boleh saya dapat tong untuk simpan dedak

    ReplyDelete