Monday, March 12, 2012

KENTUT NON STOP 9 HARI?

Menurut pakar pakar yang mengkaji kentut dan apa apa yang sewaktu dengannya, seorang manusia melepaskan lebih kurang 33,000 liter gas kentut sepanjang hayatnya. Ini bersamaan dengan kentut berterusan non stop selama 9 hari. Fuhh memang pencemaran yang hampir menyamai kebocoran loji nuklear fukushima daichi. Bayangkan penderitaan makhluk makhluk yang berada di sekitar kita...

Dan menurut pakar pakar omputih yang mengkaji kentut yang keluar dari lembu mereka, purata lembu omputih ni melepaskan 500 liter kentut sehari. Katakanlah umur lembu lembu ni 12 tahun, maka kentut yang dilepaskan adalah 500x365x12 = 2,190,000 liter!! mak aihh... ini tahap hiroshima dan nagasaki..

Dasat betul lembu omputih ni, dan aku rasa lembu kedah kelantan (KK) kita lebih mesra alam. Cuma takde sapa sapa yang nak mengkaji kuantiti dan kualiti kentut lembu kk kita ni.

Dan menurut pakar pakar kentut ni, penggunaan serbuk kari mengurangkan pelepasan gas kentut dengan ketara iaitu 30% - 40%. Yaa sekali lagi herba tempatan kita menjadi penyelamat dunia. Serbuk kari ni meningkatkan kecekapan penghadaman (merendahkan feed conversion ratio). Bukan sahaja kentut berkurang drastik, tetapi meningkatkan kadar kenaikan berat badan, kesihatan yang lebih baik, susu yang lebih banyak dan banyak lagi fadhilat fadhilat lain.

Itu baru serbuk kari, belum lagi bawang putih, halia, halba, lada hitam, kayu manis, bunga lawang dan macam macam lagi. Khazanah herba kita memang belum diterokai sepenuhnya. Omputih plak yang sibuk sibuk terkejar kejar mengkaji kehebatan herba kita.

Dan bagi sistem semi intensif, aku lebih percaya keberkesanan herba berbanding effective microorganism (bagi meningkatkan kecekapan penghadaman) berdasarkan pengalaman aku. Pengalaman tuan tuan macam mana? 

2 comments:

  1. pngajaran entry kali ni adlh bg daun kari kt kmbing utk mningktkn kecekapan penghadaman kmbing yela bro..haha..

    aku tgh duk study EM nih..kalu trbukti brkesan bleh gak aplikasikn coz kos xmahal.hehe..

    ReplyDelete
  2. Serbuk kari lagi senang daripada daun kari. Kambing makan kari perghh.. apa rasa dagingnya ye..

    EM sebagai feed supplement lebih berkesan untuk kambing intensif. Kambing semi intensif perutnya dah cukup prebiotik dan probiotik, jadi mikrob dalam perut dah cukup cantik. Masuk EM jadi kacau bilau.

    EM untuk environment takdak masalah. Cuma aku tak pernah guna lagi untuk sembur kandang etc. Pasal kandang aku jauh dari penempatan manusia. Lantak je bau tengik mcm mana pun hehe..

    ReplyDelete