Sunday, March 11, 2012

KAMBING SUSAH JUAL?

TAK.

Kambing pedaging senang jual, apalagi yang jantan. Paling senang jual kambing baka tempatan, saiz sederhana, yang ada warna. Lagi berwarna lagi menarik di mata pembeli. Kalau nampak sihat, tegap, berkilat memang berlumba lumba orang nak membeli.

SEKARANG import kambing lembu dari australia bukan opsyen yang menarik kerana dolar australia yang makin mencanak tinggi. Harga kambing import adalah lebih mahal daripada harga kambing tempatan. Orang berebut cari kambing tempatan.

Sebab itu sekarang ni pasaran kambing pedaging memang cantik bergetah. Sape sape yang membiakkan kambing pedaging tak kisahlah baka apa pun (kacang, kacukan, boer, jamna) sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menjual kambing sebagai pedaging. Masa ini ialah 'golden period' setelah sekian lama kita terpaksa bersaing dengan lambakan kambing import.

TETAPI pasaran kambing baka buat masa ini sememangnya slow sikit. Sape sape yang nak menceburkan diri ke dalam usaha pembiakan untuk baka (terutamanya boer dan jamna) kena hati hati. Banyak penternak yang tutup kandang kerana kos operasi yang tinggi termasuklah yang modal juta juta. Bila banyak yang tutup kandang maka mengecillah pasaran untuk baka kerana yang nak beli baka ni adalah golongan pembiak. Masa ini adalah 'low point' dalam 'cycle' pasaran baka. Tetapi janganlah risau sangat kerana nanti naik balik kitarannya.

Hmm.. bagi pembiak kambing pedaging yang masih baru, risiko kegagalan memang tinggi walau pun pasaran cantik. Ini perkara biasa dalam mana mana usaha bisnes pun. Sebab?

Yang aku nampak banyak sangat pembiak baru yang syok sendiri, yang merasakan cara dia bela kambing tu dah cukup baik, susah nak pergi kandang orang lain. Bila kurang melawat kandang pembiak lain, network takde, sumber ilmu macam air paip yang selalu dicatu. Perlahan sangat ilmu baru dan betul yang masuk ke dada. Sebab tu tumbang. Dah la ilmu yang ada datang dari importer/trader yang tak membiakkan, baru pula dalam industri. Kalau nak dapatkan ilmu pembiakan yang betul, kena cari pembiak tulen, sekurang kurangnya lebih 4 tahun usaha pembiakannya.

Bila kita jarang lawat kandang pembiak lain, orang pun susah nak datang kandang kita. Exposure tak cukup, reputasi tak naik naik. Ada satu undang undang bisnes yang kita kena tahu. 7 prospek, 1 akan beli. Aku dulu pernah jual teddy bear, buku cerita kat kaki lima, kedai makan, kat mana mana tempat yang banyak orang. Approach 7 orang, biasanya 6 akan reject tetapi 1 pasti beli. Malu memang malu, tapi masa mula mula je. Rasa nak bungkus kepala dalam suratkhabar. Tapi aku belajar satu undang undang bisnes yang sangat penting, yang tak diajar masa ambil degree perniagaan masa kat u. (Sebenarnya sekolah dan universiti mengajar kita bagaimana menjadi pekerja yang baik, bukannya macam mana nak jadi majikan atau usahawan). Bila cerita bab marketing ni yang penting jangan putus asa. Teruskan usaha pasti berhasil.

Bila kita dah ada reputasi barulah semakin mudah nak jual. Dari 7 prospek : 1 pembeli dia jadi 5 prospek : 1 pembeli. Lama lama 2 prospek : 1 pembeli. Kalau dah kuat reputasi, dah berjenama tak payah susah susah cari pembeli. Orang datang cari kita.

Tempoh masa yang biasa untuk jadi 'berjenama' atau stabil?

7 tahun. Mana mana bisnes pun sama. Tak boleh lari dari tempoh ini.

Face to face marketing (berkenalan dengan penternak lain) untuk pembiak macam kita ni (livestock breeder) adalah lebih baik dari promosi di media (suratkhabar, tv, majalah), dari tegakkan iklan sana sini, dari guna internet (blog, facebook) atau mana mana cara lain.

Bagi aku cara lama ni masih sangat relevan sebab ianya membentuk kepercayaan yang lebih kuat antara kita dengan potential customer. Memang lebih banyak masa, tenaga, wang diperlukan tetapi kesannya lebih ketara dan tahan lama.

Sebenarnya bila kita biakkan kambing ni, majoriti customer kita pembiak lain. Tambah tambah bila kambing kita dah banyak. Pernah dengar 'pareto principle'? Dalam bisnes ni 80% jualan datangnya dari 20% pembeli. Yaa.. prinsip pareto ini sangat penting untuk diketahui oleh semua usahawan. Sebahagian besar jualan kita datangnya dari sebilangan kecil pelanggan.

Dan 'business to business market' adalah lebih besar daripada 'business to retail market'. Rakan rakan pembiak nilah yang menjana sebahagian besar income dan reputasi kita. Bukannya menjadi pesaing yang perlu ditakuti.

Lagi banyak kandang orang kita pergi, lagi baik. Aku galakkan setiap pembiak baru pergi sekurang kurangnya 21 kandang. Banyak network, banyak ilmu. Susah la sikit nak terlingkup. Lebih senang nak bawa usaha pembiakan kita ke tahap yang lebih tinggi.

Jadi rakan rakan pembiak sekalian,

Tak susah nak bela dan jual kambing sekiranya kita tahu cara yang betul. Pasaran sentiasa ada. Dan ada lagi beberapa perkara yang dapat membantu pemasaran kita. Tapi aku akan cerita dalam post yang mendatang. Tak larat dah nak menulis ni. Ok.

Salam.

35 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth, Pahit ditelan tapi itulah ubat.

    Betullah apa diatas ni. Hehe, cuma ramai yang tak dapat bertahan untuk 7 tahun pertama ni. Perancangan tidak diikuti atau tak da perancangan langsung. Apa lagi cara lain selain cara diatas ni ya?

    Hukum alam kata, lebih baik ikut jalan bahaya dan berliku daripada jalan singkat. Cepat naik tapi cepat juga turunnya.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar lagi tepat hukum alam tu..

      Bilamana orang sangsi, mengejek, menyindir, dengki, bermakna kita berada di landasan yang betul. Lagi banyak sangsi, sindiran lagi bagus sebab kita makin hampir dengan kejayaan. Kena bersyukur jangan marah bila dapat kutukan, ejekan, sindiran pasal ini semua mempercepatkan kejayaan kita. Memang kena susah dulu sebelum senang.

      Kalau mula mula start operasi dah banyak orang memuji (sampai ke langit plak tu),bertepuk tangan,bantu sana sini, alamat tumbang tak lama lepas tu.

      Delete
    2. assalamualaikum....menarik bidang ternakkan kambing ni...7 tahun...wah...mohon tunjuk ajar...agknya kalau nak bina kandang utk 12 ekor kambing berapa ya?

      Delete
  2. Lupa nak sebut, Nama baik atau bernama aka goodwill & branding ni susah dibuat. Kualiti kena baik dan sebagainya tapi senang nak dihancurkan.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. Reputation rely on the quality we produce. And quality is only possible with relentless pursuit of knowledge and implementation of discipline.

      Delete
    2. Under promise over deliver. Hehe. It's all according to the current standards of services offered by other goat breeders. Benchmarking plays an important role to ensure continuous improvement.

      Knowledge+implementation-->Result

      Mbeekk.. Mumbling of some idealistic breeders

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com

      Delete
  3. Trbce statistik di Fb Arraudhah(tp cr hari ni hlang dah)..tepat or x fakta ni xtahula..jmlah ternakn kmbng n biri2 2011 (sem.malaysia)=450ribu,jmlah kelahiran bayi baru=500ribu,kire 20% dr jmlah bayi bt aqiqah=100ribu kmbing diperlukan,kire 8% dr jmlah kmbing bleh di aqiqah=36ribu,import(baka n slaughter)=45ribu,baki dprlukn 100ribu-81ribu=19ribu..19ribu ekor msih dperlukan.huhu..

    itu untk aqiqah shja..blum kira untk bkalan daging..jd dr segi market sptutnye xde mslah.cume nk mncari psaran awal tula yg sush cket bg newbie2 cm aku.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti aku post tip baik punya. (Banyak betul kena buat post ni, ayo amma!)

      Delete
    2. Hehe ENcik Feral, statistik tu betui ka? Campur kelahiran kaum lain selain islam sekali ke? HEhe. Diorang mana buat aqiqah kan2..

      Terima kasih kerana rajin kongsi. Insyaallah jadi saham akhirat ni. Alhamdulillah jumpa blog ni, jadi tempat berbincang untuk penambahbaikan

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com

      Delete
  4. aku tnggu post akhi alwi..akhi fairul,lpas semak2 balik figure tu bleh dipakai n mgkin lebih lg.coz 60% dr rkyt Msia Islam n bhgian aqiqah laki 2bhgian.haha..tp kalu ade silap pngiraan mnta maafla.tu kre kajian bdak skolah je.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhi?

      By the way, baru tahun ni dan tahun sudah aku jual untuk aqiqah. Sebelum ni, trader trader atau india yang banyak beli kambing aku. Tak larat nak simpan lama lama pasal dulu memang nak pakai duit memanjang. Tak sempat gemuk pun dah jual.

      Tahun ni aku simpan lama sikit utk aqiqah. Pasaran ada walaupun lokasi ladang jauh susah nak cari. Rasa nak buat trading tapi duit pun dah habis buat kandang, kambing pun memang susah nak cari.

      akhi?

      Delete
    2. Akhi tu bahasa arab untuk saudara lelaki, untuk perempuan ukhti. Keratong ni serambi mekah dan kandang kambing KK mesti bercahaya. Kandang al munawwarah.. kandang yang bercahaya. Hehe

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com

      Delete
    3. Haha..tq akhi fairul ats pnjlasan.kalu prgi arraudhah lg brchaya coz bcaan ayat suci alquran dpsang stiap msa..itula nme bsar mmg customer cri,mcm brand trknal.sbut je nme alwi dh tau jnis kmbing n kualiti kmbing beliau..

      Delete
    4. CEO arraudhah tengok la siapa. CEO lama MAS. Orang besar cam dato' pun minat bela kambing.

      Ingatkan DATUK je yang layan kambing, rupa2 nya DATO' lain pun sama

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com

      Delete
    5. CEO adik dia. Owner dia Tan sri lah! hehe

      In terms of private investment, arraudhah is the largest. And in terms of public investment, i believe pondok tanjung stands out.

      hmm.. ayat quran memang terbukti membuatkan ternakan berasa selesa. Justeru meningkatkan produktiviti.

      Delete
    6. Ohoho.. penternak pun kena ambil pengajaran daripada ayat quran. Lagi2 yang muda2 macam kita ni. Short temper, silap haribulan kambing jadi mangsa.

      Oh, adik dia rupanya. Hehe. Malam tadi ada orang telefon nak lembu 1000 ekor dari kuantan. Sekarang ni dah la banyak penipu.

      kalau sekor lembu RM1000 (mana dapat) darab 1000 dah sejuta. Hati2 banyak2 ya semua. Insyaallah jangan rambang dan gelap mata dengar amaun besar2 ni.


      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com

      Delete
    7. Betul betul.. memang kena hati hati.. tak boleh rambang mata dan telinga..

      Delete
    8. telinga pun bleh drambangkn erk akhi alwi.tp kalu 1000ekor xde la pelik akhi fairul..kn nk dkat plihanraya dh nih..mstila byk majlis2 jamuan nih.nak2 dkat area Pekan n Kuantan.hehe..

      Delete
    9. Aku dah alah dengan janji kosong ni. mana ada lembu RM1000, anak lembu adalah, paling kurang RM1800 untuk yang besar sikit x 1000 = FUHHH..

      Kalau orang baru mesti semangat gila dengar ni. Hehe.

      Aku tgh lepaskan kambing ni, siap boleh baca artikel blog alwi. Bekas simpan pellet pun dah digunakan untuk menjauhi Aflatoxin.

      Tuan Alwi, mana jumpa term tentang Aflatoxin ni? Baca journal ke? Dah macam doktor veterinar ni

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com

      Delete
  5. 100% orang ternak kambing,
    80% tutup kandang. 20% survival.

    dari 20% yang survive, cuma 4 yg ternak betul2 berjaya. Lagi 16 atau 80% masih hidup, tapi cam tu lah.

    Dari 4 itu, cuma sorang yang akan bagi kesan besar pada industri.

    ...ironinya, 100 ekor kambing, 20 ekor kematian.

    Pareto Principle.

    ReplyDelete
  6. salam, bro pernah keluarkan buku panduan menternak kambing ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. tak pernah lagi keluarkan buku panduan, atau memoir seorang penternak. Mmm... mana tahu suatu hari nanti..

      Delete
  7. salam,sy berminat untuk membuka kandang kambing.ade tak sesape kenal penternak kambing yang ade di sekitar kajang atau klang yang boleh dijadikan sifu?

    thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fazrin ilham. boleh jadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia, dan daripada situ boleh kenal semua ahli satu malaysia.

      aku orang bangi. area kajang biasalah. kat mana nak buka ladang tu?

      Delete
  8. Assalamualaikum... saya iskandar ada menjual barbados dan boer rm 300 dan lembu LID, BRAHMAN, KK 0142373361 0196945827

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum .. sy bagi pihak ayah sy ingin menjual kambing kacung(boer+kg) jadi ade sape2 yang berminat utk membeli kambing dalam 40 ekor secara lelong bole berhubung di 01123047438 or bole whatUp 0132472405 ..

    ReplyDelete
  10. saya nasrul..berminat sangat nak menjadi pternak lembu atau kambin ni..harap pihak otai2 dapat membantu saya jadi pternak cam korang gak...

    ReplyDelete
  11. Saya ada 3 ekor kambing jantan tempatan untuk dijual pada harga borong RM2500 ... berumur antara 2-3 tahun ... sihat dan berkilat ... PM 0135287234 WhatApps pun boleh

    ReplyDelete
  12. saya nak tahu ada sesiapa yang pernah ekpot kambing atau lembu ke sarawak? nak tahu cara dan kos penghantaran.

    ReplyDelete
  13. As salam wrt... Saya ada lebih kurang 250 ekor kambing kampung. Saya ingin jual dengan harga borong. Jika ada sesiapa yang berminat untuk ternakan kambing, boleh hubungi saya. 017-7945425.

    ReplyDelete
  14. salam mohd mazlan...encik mazlan nak jual harga berpa jika boron?

    ReplyDelete
  15. Salam. Saya nak jual kambing kampung 54 ekor secara borong.unt. lebih lanjut hubungi saya di 010-8405372

    ReplyDelete
  16. Salam..sy nk jual kambing boer cross jamna ckup umur dgn harga rm799 sekor..klau beli borong boleh dapat murah lg..pm 0145057235-din

    ReplyDelete
  17. Salam. Mencari pembeli/buyer kambing dan biri-biri dlm 100ekor. Pelbagai baka. Hubungi 0145232636.
    terima kasih tuan2.

    ReplyDelete
  18. Salam..saya mencari pembeli utk kambing biri² ada 2 anak...
    Kandang nak tutup dah..call 0172865060

    ReplyDelete