Wednesday, March 14, 2012

KANDANG AKU TAK PERNAH BERASAP!

Ya aku tak pernah 'mengasapkan' kandang aku bila dah dekat maghrib seperti kelaziman banyak penternak lain. Nyamuk memang banyak pasal bawah sawit tapi memang aku tak cukup rajin nak menyalakan unggun api ni. Ada juga penternak yang siap pasang fumakilla keliling kandang pasal nak menghalau nyamuk, tapi ini semua tak perlu kalau kita tahu apa yang betul. (Dulu dulu masa kambing 5 ekor pernah juga aku pasang fumakilla, punyalah kesiankan kambing, hahaha...)

Yang tak bestnya bila perasap ni (tambah tambah ada taik kambing tu sendiri), sakit mata menjadi jadi (pinkeye infection). Jenuh pula nak mengubat mata tu. (Aku dah bertahun tak guna terramycin spray, tapi inject terramycin LA bila kena pinkeye ni – lagi senang beb!).

Setakat ini dah masuk tahun ketujuh operasi aku, takde masalah tak perasapkan kandang.

Akan tetapi menurut petua orang tua tua, bila kita perasap bubuh kemenyan, maka kutu kutu dan hama hama akan lari dari kandang. Kalau bubuh serbuk kari, asap yang bercampur serbuk kari ni akan memulihkan kambing kambing yang bermasalah pernafasan (pneumonia, semput, hingus asyik meleleh). Tu dia.. hebat tak hebat serbuk kari kita ni, bukan takat mengurangkan kentut je.

Aku baru dapat hadiah kemenyan dari Puan Fatimah Boden. Kemenyan dari dubai lagi tuu. Nanti aku nak try tengok apa jadi. Dan aku ada seekor kambing yang asyik meleleh hingus (walau dah diberi dewormer yang cover lungworms), so nanti try juga perasap serbuk kari.

Tuan tuan pun try lah juga, mana tahu pengalaman kita berbeza. Boleh tukar tukar experience points!

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Kawasan ladang ada pagar tak? Macam mana aktiviti pengawalan kambing semasa lepaskan. Pemantauan 100%?

    Betul ke kalau hidung berair tu tanda2 Lung worms? Dulu selalu juga perasapkan kandang. Sekali dengan kita terbatuk2.

    Satu perangai kambing yang cukup baik dengan tuannya, masa kita duduk bawah kandang berebut2 mereka lari atas kandang tu nak duduk tepat2 atas kita. Lebih hebat lagi siap kencingkan tu.

    Memang makhluk mithali, makan bersuap hehe

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. gembala 100%, sebab kawasan ragut takde pagar. Memang kena disiplin, konsentrasi, dan stamina tinggi.

    Biasanya masalah paru2 disebabkan imuniti rendah dan lungworm ambil kesempatan. My exp - kambing ok lepas bagi dewormer yg cover lungworm (ni kes terpencil ye, kambing berhingus bukan perkara biasa walau pun musim hujan di kandang aku).

    Kambing memang kambing. Yang kita tak nak dia buat, itulah yang dia buat. Sebab tu para nabi jadi gembala kambing. Nak biasakan diri dengan pengikut yang selalu buat berbeza dengan apa yang disuruh.

    Dulu aku cepat naik angin, sekarang ok lah sikit bila dah sedar kenyataan tu.

    ReplyDelete
  3. Hehe. Memang banyak sabar jadi gembala ni. Rumput kebun aku segar2 dia boleh lari kebun orang lain pulak.

    Hari tu kita ada bincang tentang bawang putih, lung worm ni boleh dibasmi dengan bawang putih tak? Apa cara nak ajar mereka ni makan bawang putih ya. Sekarang ni asyik nak disuap je. Manja super.

    Terima kasih sebab banyak kongsi ilmu dan banyak jawab pertanyaan, belajar banyak juga, semoga Allah swt balas usaha murni ni. Teruk juga masa mula2 bela kambing sebab kiri kanan depan belakang macam2 teori dapat tapi bila dipraktikkan banyak yang terbalik.


    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawang putih sahaja aku tak pasti. Kombinasi herba ye.

      Kalau nak commercial herbal preparation, kmvet ada. Nama ubat dah lupa. Kandungannya adhatoda vasica. Berkesan untuk selsema dan batuk. Masalahnya adhatoda vasica boleh gugurkan kandungan walau pun dinafikan oleh salesperson.
      Jadi jangan bagi untuk yang mengandung.

      Kalau commercial dewormer, group macrocyclic lactone (ivermectin, moxidectin dsb).

      Yang senangnya matahari, exercise, cukup makan. 2 - 3 ekor selsema biarkan aje. Memang ada kambing tertentu dalam herd kita yang senantiasa susceptible to lungworm.

      Boleh cuba kapsul bawang putih, atau cuba campurkan serbuk kari dalam dedak dia, mana tahu?

      Delete
    2. Ok, dah bagi dia exercise dan cahaya matahari. Kari adabi pun dah diberikan. Tak sabar nak lihat perubahan. Wallahu'alam. Hehe. Kambing aku ni lepas 3 hari dah tak nak bawang putih. Memilih sangat ni.

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com

      Delete
  4. Assalamualaikum..tadi saya baru balik kandang,nyamuk ya Allah beribu, dh mcm lebah,itu badu yg lepak kat pelepah sawit,yg kat kawasan keliling rumput xtau lagi.almaklumlah..petang tadi hujan lebat.klu boleh terasa nk bg kelambu kat kambing...tak bawa mudharat ke nyamuk ni kat kambing.sekor nyamuk kutip sikit2 darah, klunsemalam ada la beratus eko nyamuk kot.parah kambing...

    ReplyDelete