Friday, January 30, 2015

THE POCONG TRANSPORTER

Rilek sat cerita lembu fidlot Amerika. Dua hari yang sudah aku 'shipped out' tiga ekor kambing bungkus. Biasanya bila aku kena transport kambing kepada pelanggan, aku bungkus habis si kambing dalam guni. Cuma tinggal kepala.

Tapi kali ni, pasal dekat je jarak perjalanan, takpelah jadi malas pulak. Try bungkus kepala aje. Ringan sikit kerja. Dah siap siap bungkus, aku tengok macam hantu pocong pula kambingnya. Mesti sapa sapa yang ikut belakang keta aku seram sejuk saspen mapen tengok apa yang diangkut. 

Ada satu masalah bila kambing bungkus kepala aje. Sepanjang perjalanan..... bisinggg!!! Mbek!! Mbek!! Memekak sungguh!

Dan dalam usaha aku untuk 'mengharmonikan frekuensi sonik' dalam keta aku, aku pasang lagu Metallica. Kuat kuat. Mana tahu kambing buleh jadi tenang buehehe..

Malangnya lagu Metallica yang aku ada cuma 'Fade to Black' - yang syahdu lagi slow tempo nya.... Damn! Jadi aku beralih arah ke sebuah lagu lain. Eagle Eye Cherry punya lagu. Save Tonight.

And surprise! Kambing jadi rilek dan senyap. Ahhhh program 'active noise cancellation' aku berjaya! Tahniah! Tahniah! (Ni masuk bakul angkat sendiri nih hehehe)..


The pocong guys..

Monday, January 26, 2015

GEMUK LEMBU STAIL AMERIKA

Kali ni kita pi 'feedlot capital of the world' - Texas Panhandle. Kita korek sikit operasi penggemukan lembu disana. Dalam satu satu masa, lebih 500,000 ekor lembu digemukkan disini selama 4-6 bulan. 

Ok. Kita zoom kepada satu feedyard dari sekian banyak feedyard disini. Wrangler Feedyard, dimana ada 43,000 ekor lembu sedang digemukkan. Ada 49 pekerja untuk jaga 43,000 ekor lembu. Huii.... nisbah 1 orang jaga 877 ekor lembu. Kira efisyen juga lah ni.

Setiap ekor lembu dalam operasi penggemukan ini diberi peruntukan kawasan seluas 150 - 200 kaki persegi. (Aku peruntukkan setiap ekor kambing 16 kaki persegi). Bila feedlot luas macam ni, situasinya ialah - sesak tapi bukan penuh sesak. Crowded but not overcrowded. Jadi risiko meletusnya wabak penyakit berkurang banyak. 

Kemudiannya, objektif penggemukan ialah - mengepam sebanyak mungkin tenaga ke dalam rumen (perut besar lembu) agar lembu tersebut naik berat sebanyak mungkin secepat mungkin tanpa membuatkan lembu itu jatuh sakit.  

Tenaga. Bukannya protein. Haaaa kena ingat baik baik ni.

Bukan apa, pasal kita disini ada banyak debat nak bagi lembu kambing lebih tenaga atau lebih protein semasa penggemukan. Jadi bila tengok contoh professional feedlotter, kita nampak sikit kaedah yang sebenar. Dan observasinya - mereka fokus kepada amaun tenaga.

Untuk mendapatkan tenaga sebanyak mungkin, feedlotter ini menggunakan jagung. Dan... ianya dimasak terlebih dahulu demi membebaskan lebih banyak tenaga dan memudahkan penghadaman. 

Jagung ini dimasak dalam bentuk flake (sebijik macam corn flake) kerana saiz sebegini didapati sesuai dengan ruminan dan mengurangkan risiko acidosis. Biasanya 'steam flaked corn" ini meningkatkan tenaga sebanyak 18% (signifikan nih!).

Kalau kita masak jagung dalam bentuk bubur, atau diberi halus halus kepada lembu kambing, memang lagi cepat gemuk tapi risiko acidosis melonjak terlalu tinggi.

Tak pasal pasal banyak yang kembung lepas tu KO. 

(Pasal tu kalau tuan puan tengok pemilihan dedak aku - semenjak sekian lama, aku pilih dalam bentuk pallet. Bukannya serbuk atau tepung. Dan aku juga tak memilih super high protein. Aku cenderung kepada amaun tenaga dan jenis bijirin. Tapi realitinya pasaran kita belum ada dedak skala komersial yang spesifik untuk pembiakan kambing pedaging tropika dan juga penggemukan kambing pedaging tropika). 

Orait. Di Wrangler Feedyard ni, ration bijirin (flaked corn) mencapai 92%. Roughage cuma 8%. Uh oh.... berbeza sungguh dengan operasi pembiakan kambing pedaging aku. Breeder 100% foraj, yang  beranak dua dan tiga baru bagi dedak. Itu pun 30% aje. 70% lagi pandai pandailah meragut cari foraj sendiri.

Dan bagi yang anak anak jantan dalam 'penggemukan' (ok ok ok sebenarnya aku punya stail tak buleh panggil dan tak cukup syarat untuk penggemukan), cuma 55% sahaja dedak digunakan. Lagi 45%? Kome pi turun kandang, cari rumput sendiri. Jangan harap aku nak cari rumput untuk kome.

woww... 55% nak pergi kepada 92%? Ermmmm... nope I don't think so for now. Masa depan? Barangkali. Kalau dedak turun harga lah. 

Ok. Bersambung.... Kopi dah habis.... 




Steam flaked corn


SEBELAS PLANET

Pada 2006, International Astronomical Union (IAU), suatu badan astronomi yang berautoriti, telah bermesyuarat dan bersetuju dengan takrifan baru planet dalam sistem solar. Maka hasilnya, Pluto telah dinyahsenarai sebagai planet, dan dimasukkan ke dalam kategori baru - dwarf planet. 

Begitu juga dengan Ceres, dan Eris - yang baru dicerap. 

Jadi sekarang dalam sistem Matahari ada 8 planet dan 3 dwarf planet. Jumlah keseluruhan ialah 11 planet.

Sebelas........

Dan ini membawa aku kepada Surah Yusuf ayat keempat. Terjemahannya :

"When Joseph said unto his father: O my father! Lo! I saw in a dream eleven planets and the sun and the moon, I saw them prostrating themselves unto me."

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas planet dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"

Uh oh.... dalam AlQuran yang diturunkan lebih 1,000 tahun dahulu, dah cerita pun pasal 11 planet. Kita la ni baru je sedar ada 11 planet (8 planet + 3 dwarf planet).

Aiseymann.... ketinggalan betul kita ni hehehe...

Cepat cepat cepat!!! Pasang banyak banyak observatori! Dalam bumi, luar angkasa, dan hantarlah sebanyak mungkin proba proba pencerap ke seluruh penjuru alam! Banyak lagi kita nak belajar daripada Quran nih!




Sunday, January 25, 2015

SYURGA ITU PLANET,NERAKA ITU PLANET

Hipotesis.

(Minta maaf kepada mereka mereka yang tidak selesa dengan pandangan aku ini. Ketahuilah yang aku tetap, dan mahu tetap, dalam berTuhankan Yang Maha Abadi, dan Muhammad SAW itu RasulNya. Dan aku sangat sangat gembira apabila mengetahui perkara perkara baru dalam sains apabila membaca KitabNya). 

Dalam aqidah atau tauhid, aku tahu satu sifat Tuhan yang tidak tersangkal. Hanya Dia yang kekal abadi. 

Semua ciptaanNya akan mati atau musnah. Semua makhlukNya memiliki jangka hayat. Sebaik sahaja mereka lahir atau tercipta, bermakna kematian sudah menunggu. Dan kematian besar besaran lagi total pasti akan melanda semua ciptaanNya ketika Hari Kiamat.

Tiada ragu ragu. Termasuklah kepada syurga, dan neraka. 

Syurga dan neraka juga adalah makhluk ciptaanNya. Maka adalah pasti dan pasti mereka juga akan mengalami saat saat kemusnahan. Syurga dan neraka hanya kekal abadi setelah Hari Kiamat, dan setelah mereka dicipta semula. Begitu juga dengan kita manusia, yang kekal abadi menjadi penghuni syurga atau neraka, setelah Hari Kiamat dan melalui proses penciptaan semula. 

Dan kita tahu Adam dan Hawa bukannya berasal dari Bumi, tetapi dari sebuah syurga di luar Bumi. Dan kita juga tahu dalam Mikraj, baginda Rasulullah SAW dibawa melawat ke tujuh syurga dan tujuh neraka oleh AdiMalaikat, Jibril Alaihissalam. 

Cerita syurga Adam dan Hawa, dan cerita syurga dan neraka dalam Mikraj, adalah benar sebenar benarnya... kerana ia disebut dalam AlQuran. Maka syurga dan neraka... telah pun wujud, sedang wujud, sedang menanti saat kemusnahan, dan...... sedang menanti untuk dijumpai oleh kita umat manusia, anak anak Adam dan Hawa. 

Ya. Aku hipotesiskan yang syurga dan neraka adalah sebilangan planet planet yang diam menanti cerapan kita daripada sekian banyak planet planet dalam alam semesta.

Para saintis pengkaji kosmos dengan bantuan pencerap Kepler, sehingga kini, telah menemukan lebih 4,000 planet yang seakan akan Bumi, atau memiliki kemungkinan untuk memiliki kehidupan, dan planet planet ini dipanggil planet Goldilocks. Mereka semua ini berada dalam 'habitable zone' sesebuah bintang.

Telah dianggarkan ada lebih 40 billion planet dalam galaksi Bimasakti kita, dan kita baru mengkaji sebahagian kecil daripadanya. Belum lagi dimasukkan planet planet yang berada dalam galaksi galaksi lain - dan setakat ini saintis anggarkan ada lebih 500 billion galaksi dalam alam semesta. Dan aku sangat sangat pasti bilangan galaksi ini (seterusnya planet planet) akan terus meningkat sejajar dengan bertambah baiknya pencerapan kita. 

Ok. Mari kita ingat kembali apa yang Rasulullah ceritakan pada kita berkenaan sifat syurga dan neraka. 

"Satu hari di syurga atau neraka, bersamaan 1,000 tahun di Bumi".

...................
...................
.....................

Surprise! Surprise! Surprise!!!!!

Para saintis kosmos menemukan satu perkara yang sangat mengejutkan. Mereka dapati hampir semua planet planet Goldilocks adalah 'tidally locked', dan sebilangannya memiliki putaran yang sangat sangat perlahan. 

Sama seperti Bulan kita yang sentiasa menghadapkan wajah yang sama kepada Bumi sepanjang orbit nya mengelilingi Bumi dan Matahari, planet planet Goldilocks juga memiliki sifat tersebut. Wajah yang sama senantiasa menghadap bintang masing masing. Separuh planet senantiasa siang, manakala separuh lagi senantiasa malam. Maknanya mereka tidak berputar. Tiada matahari terbit, tiada matahari terbenam pada langit planet planet ini. 

Tetapi ada sebilangan kecil planet planet Goldilocks, terutamanya yang bersaiz Super Earth atau berkali ganda besar dari Bumi - memiliki putaran yang sangat sangat perlahan. Kitaran siang dan malam mereka ini bergerak terlalu perlahan sehinggakan.......

satu hari di planet mereka bersamaan seribu tahun di Bumi.

Ada yang kurang, ada yang lebih, tetapi apa yang PASTI...

Memang wujud planet planet yang mungkin sesuai didiami kehidupan, dan satu hari disana bersamaan seribu tahun Bumi. 

Buat masa ini kuasa pencerapan kita masih pada tahap awal dan 'primitif'. Kita sememangnya memerlukan lebih banyak observatori kosmos, samada luar Bumi atau pada Bumi, yang lebih berkuasa dan lebih canggih, dalam usaha kita lebih memahami planet planet diluar sistem solar ini.

Kita sebenarnya... masih jauh ketinggalan dengan berita yang dibawa AlQuranul Karim, dan berita yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW. Berita yang mereka bawa adalah benar, dan ada yang terlalu jauh ke hadapan. Ada yang diluar kemampuan kita untuk memahaminya disebabkan ilmu kita yang sangat cetek. Termangu mangu kita dibuatnya apabila sampai berita tersebut.

Samalah juga halnya dengan seluruh umat Islam yang terpinga pinga tidak percaya apabila Rasulullah menyampaikan cerita Isra' dan Mikraj, melainkan Saidina Abu Bakar yang membenarkan kisah pengembaraan aneh tersebut. 

Harapnya kita semua semakin bersungguh mengejar ilmu kosmos, dan kita semua bergerak semakin hampir dengan kebenaran yang dikhabarkan oleh Alquran dan Rasulullah. 

In sha Allah!

Assalamualaikum!





Saturday, January 24, 2015

MORE FACEBOOK FRIENDS ----> MORE STRESS!!

Oppsss.... itu kenyataannya.

Semakin banyak kajian sosial mendapat kesimpulan serupa - lebih banyak kawan facebook, lebih tinggi tahap stress seseorang. Yep. Walaupun bilangan kawan yang banyak adalah mengkagumkan, tetapi hakikatnya semakin panjang senarai kawan facebook, semakin tinggi risiko kita membuatkan lebih ramai orang marah. Dan kita menjadi semakin risau dan khuatir akan hal tersebut.

Kajian kajian sosial juga mendapati antara 'kelakuan' dalam facebook yang paling mengundang risiko tinggi kemarahan 'rakan rakan facebook' ialah - maki hamun, carut mencarut,  dan memaparkan gambar sedang mabuk atau merokok.

Hmmm... nasib baik aku punya bukan jenis personal. Jenis company. Dan aku tak ambil pusing berapa banyak 'likes' atau 'friends'. Dan aku juga tak ambil pusing dengan komen komen dalam facebook juga blog. Dan aku juga takdak sibuk sibuk nak baca page orang lain, atau sibuk sibuk nak  komen itu ini.

Aku juga dapati semakin banyak masa aku dihabiskan dengan melayar blog atau facebook, semakin stress aku dibuatnya. Lebih baik aku bercakap atau bermain dengan anak bini aku. Haaaa yang ni tak menambahkan stress. Confirm 100% mengurangkan stress. 

Tidur lebih lena...

Jangan habiskan terlalu banyak masa di blog dan facebook!


ANOTHER QUOTE

"We can kill a man, but we can't kill an idea."

Friday, January 23, 2015

THE SHRINKING GOAT OF THE ALPS

Dulu aku pernah post pasal "The Shrinking Sheep of Hirta". Sekarang kajian sebuah universiti Eropah menemukan fenomena serupa pada kambing kambing yang menghuni Banjaran Alps. 

Kajian ini dibuat Universiti Durham. Diterbitkan pada tahun sudah. 2014. Dalam jurnal 'Frontiers in Zoology'. 

Kajian mengambil masa 30 tahun. Dan fokus kajian ialah kambing gunung dari jenis Alpine Chamois. Para saintis mengkaji kesan perubahan cuaca ke atas saiz dan berat badan kambing Alpine Chamois ini.

Yep. Inilah anak kambing jenis Alpine Chamois. Geram betul aku tengok telinganya. 

Hasil kajian selama 30 tahun mengejutkan para saintis. Didapati saiz dan berat badan kambing gunung ini menurun 25% dalam tempoh 30 tahun. Semakin panas cuaca (dalam tempoh 30 tahun cuaca naik 3-4 darjah celsius di banjaran ini) - semakin kecil saiz kambing. 

Tiada perubahan signifikan pada vegetation atau pastura dalam persekitaran pergunungan Alps. Yang saintis nampak, bila semakin panas, kelakuan kambing berubah. Kambing gunung ini lebih banyak berehat justeru semakin kurang masa meragut.

Adakah ini mempengaruhi survival baka ini? Ya. Kerana saiz yang semakin kecil bermakna anak  anak Alpine Chamois kurang simpanan lemak untuk menghadapi musim sejuk yang mencabar.  

Kesimpulannya - Cuaca sememangnya sangat mempengaruhi produktiviti ternakan dan pertanian. 

Dan.. aku perasan mana mana penternak yang bela baka boer atau dorper atau saanen (baka baka asing yang menghadapi masalah adaptabiliti dengan cuaca tropika) pada kawasan pergunungan yang lebih sejuk - produktivitinya lebih tinggi dan lebih mudah diuruskan berbanding usaha membiak pada tempat yang panas. 

Yep. Keep it cool babehhh....

(Untunglah mana mana penternak yang ada bekalan letrik di kandang - buleh pasang kipas di siang hari, dan lampu penghangat di malam hari -----> survivabiliti ternakan meningkat).

Thursday, January 22, 2015

AT 50%

Dah hantar anak ke sekolah. Dah beli sarapan. Dah beli ikan dan sayur. Dah basuh pinggan. Dah kemas dapur. Dah siang ikan...

Sebelum sarapan, tulis blog sekejap. Dan masa yang ada sangat pendek, pasal jap lagi kena pi ladang. Ada banyak keroje...

Ok. Terima kasih kepada semua pelawat demi pelawat. Kepada yang ditangguhkan ke lain waktu, harap jangan berkecil hati. Aku tengah kelam kabut sikit, ok tunggang langgang sebenarnya. Bini aku masih berpantang, dan mak aku dah balik ke Bandar Baru Bangi. 

Tiba tiba aku dan bini aku rasa kehilangan.... yang besar.... 

Apa pun, terima kasih mak atas segala penat lelah menjaga kami semua, dan terima kasih juga kepada abah aku kerana memahami. Jasa mak dan abah sememangnya tidak terbalas..

Orait. Masuk cerita kambing. Kepada semua pelawat pelawat, aku kena tekankan disini apa yang tuan tuan lihat sekarang di ladang aku adalah, atau hanyalah, tahap 50%. Bukannya prestasi puncak.

Aku masih dalam proses recovery daripada kesilapan menggunakan garam jilat yang salah, dan aku pikir aku sudah semakin hampir dengan sebab musabab kenapa berlaku kejatuhan prestasi.

Ianya bukan sahaja disebabkan oleh garam jilat yang salah, tetapi perubahan cuaca ditambah dengan kehadiran kambing kambing luar (trading dan sebagainya) tanpa langkah biosekuriti yang sewajarnya - turut menjadi ancaman kepada kambing kambing aku. 

Aku berpendapat ada satu penyakit yang sedang menular pantas ke seluruh ladang ladang pembiak di seluruh negara. Kerana aku tahu bukan aku seorang sahaja menghadapi hal sebegini, tetapi banyak rakan rakan pembiak turut mengalami situasi serupa. 

Pencerobohan kambing kambing dari luar ini sememangnya sering membawa bencana penyakit kepada industri tempatan. Ditambah pula cuaca aneh tahun ini yang memudahkan penyebaran wabak penyakit bawaan kambing kambing luar ini. 

A strange malady is inflicting its fury upon all of us, and I urge the authorities to investigate this matter urgently. Please..

Alwigoatfarm is still at 50% performance.. uh oh..


Wednesday, January 21, 2015

DIMANA ALLAH?

Semalam anak perempuan aku yang sulung, umurnya 6 tahun, bertanya kepada umminya - "Ummi, Allah kat mana? Kat langit ke? Kalau pergi langit boleh jumpa Dia?".

Dan Umminya membalas, "Orang dah mati je yang dapat jumpa Allah".

Hmmm.... soalan budak budak memang boleh buat kita yang dewasa termangu mangu untuk memberikan jawapan yang sesuai dengan peringkat umurnya. Dan sebenarnya sampai sekarang aku masih terfikir fikir bagaimana untuk memberikan jawapan yang lebih baik.

Aku tahu Tuhan tidak menampakkan Dirinya atau Zatnya kepada seluruh penghuni alam alam semesta dari bermula ciptaan hinggalah sekarang, melainkan kepada baginda Muhammad SAW semasa Mikraj. Tuhan hanya menampakkan tanda tanda kewujudanNya, dan ini pun hanya sampai kepada mereka mereka yang mahu berfikir. Kepada yang tidak mahu berfikir, sampai bila bila pun gagal nampak tanda tanda kewujudanNya walau tanda tanda itu jelas terang benderang. 

Dan aku tahu kenapa umat manusia berbondong bondong berhempas pulas mendaki gunung tinggi, dan meneroka alam angkasa tanpa henti henti, berbanding meneroka apa yang ada dalam lautan dan perut bumi - kerana di langit sangat menampakkan tanda tanda kewujudanNya, dan telah tercipta dalam sanubari setiap manusia akan keinginan untuk pulang ke syurga asalnya serta kembali kepada pangkuan Tuhannya.

The search for God is built-in in every soul, even for an atheist.

Tapi kita tidak akan berjumpa dengan ZatNya, kita tidak akan tahu dimana SinggahsanaNya, kita tidak akan tahu bagaimana WajahNya. Kita cuma akan nampak dan mengutip semakin banyak tanda tanda kewujudanNya.

Kita rindu dan semakin rindu kepadaNya, kita kutip segala apa yang akan mengurangkan kerinduan tersebut, tetapi rindu kita hanya terubat....

apabila kita menjadi ahli syurga. Dan saat itu nikmat yang terbesar bagi semua ahli syurga ialah melihat zat Tuhannya.

Bagaimana menerangkan hal ini kepada sang budak?

Tuesday, January 20, 2015

HIDUP MATI DALAM ALAN'AM

Aku percaya apa yang dilakukan oleh semua para rasul, bersusah payah berpenat lelah berhempas pulas menjadi pembiak kambing, menjadi contoh yang terbaik untuk kita semua dalam melakukan persembahan kepada Yang Maha Agung. Nilai Qurban dan Aqiqah yang mereka lakukan memiliki nilai penundukan yang sangat tinggi sebagaimana yang terjadi kepada Habil Alaihissalam. Persembahan Habil menjadi pilihan Tuhan. Dan kisahnya berterusan diturunkan kepada generasi demi generasi.

Rasul rasul yang menjadi penyampai kebenaran kepada kita semua telah menunjukkan kepada kita bagaimana mereka sebagai tuan kambing (master) sentiasa ada bersama sama kambing saat kambing mencari makanan, bagaimana mereka sentiasa ada ketika kambing kambing diberi makan. Bukannya tuan kambing cuma hadir semasa acara penangkapan atau pengumpulan atau penuaian kambing kambing.

Jelas kepada kita betapa berat dan berkuasanya mesej yang ingin disampaikan oleh para rasul pengembala dan pembiak kepada  kita. 

Jelas kepada kita betapa kambing kambing ini bukan alan'am untuk sehari, bukannya alan'am untuk sebulan, bukannya alan'am untuk setahun tetapi bertahun tahun. Malah kambing kambing biakan mereka ini alan'am untuk sepanjang hayat.

Mereka lahir sebagai alan'am, mereka sakit sebagai alan'am, dan mereka mati sebagai alan'am.

Mereka hidup, dan mati senantiasa dalam penundukan kepada tuan mereka. Hidup dan mati dalam senantiasa berkhidmat kepada tuan mereka. Hidup dan mati dalam senantiasa menurut perintah tuan mereka. 

Mereka abdi kepada tuan mereka. Mereka tenggelam dalam penundukan dari saat lahir hinggalah saat  kematian mereka.

Betapa tingginya nilai penundukan mereka.

Dan aku percaya inilah yang cuba disampaikan oleh para rasul dalam ibadah Qurban mereka. Simbol pengabdian kepada Tuhan  bagi sesiapa sahaja yang mengucap syahadah. 

Oleh itu, marilah kita berhempas pulas membiakkan dan menghasilkan kambing kambing yang paling tinggi nilai penundukannya. Dan kepada pengguna, berhempas pulaslah mencari cari kambing yang paling tunduk kepada tuannya.

Yang paling alan'am. Yang hidup dan matinya dalam alan'am. Yang sepanjang hayatnya tetap dalam alan'am. 

Marilah kita semua berhempas pulas berpenat lelah memberikan persembahan terbaik buat Tuhan dalam ibadah Qurban dan Aqiqah! Marilah kita semua berhempas pulas berpenat lelah menghasilkan simbol pengabdian yang paling baik!

Marilah kita semua berdoa agar  Tuhan kita menerima Qurban kita dan  gembira dengan penat lelah pengabdian kita kepadaNya!

Terima kasih para rasul kerana menunjukkan jalan!

Al'anam sepanjang hayat!




Monday, January 19, 2015

MEH TENGOK BALIK HUKUM QURBAN KEPADA HAIWAN IMPORT YANG TIDAK DIKETAHUI UMURNYA

Confuse aku.

"Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun."

Dalam perenggan yang sama wujud pertentangan. Menimbulkan kekeliruan buat aku.

Anak kambing muda umur genap setahun dan masuk tahun yang kedua - boleh dijadikan qurban. Dalam masa yang sama kambing memasuki umur tiga tahun (atau genap dua tahun dan masuk tahun ketiga) pun boleh dijadikan qurban.

Aiseyman... apa beza anak kambing muda dengan kambing yang membolehkan takrifan umur untuk qurban berbeza?

Musykil aku dibuatnya.

Ada sapa sapa yang memiliki kefahaman lebih mendalam?

DON'T BE OVERZEALOUS

Ada komen komen yang provoke aku untuk mengatakan tidak sah menggunakan kambing feral untuk qurban atau aqiqah. Dan ada juga komen komen dari mereka yang overzealous mengatakan kambing feral haram atau tak boleh dibuat qurban atau aqiqah.

Yang sebenarnya, kalau kambing feral/liar dijinakkan, atau capai status alan'am, - maka ianya tidak jadi masalah. Ia sah untuk qurban dan aqiqah. 

Dan yang afdalnya lebih sempurna untuk qurban dan aqiqah  sudah tentu kambing kambing yang dibiakkan sebagaimana yang para Rasul tunjukkan. Kita umat Islam sendiri jadi pengeluar.

Kita sebagai tuan kambing sentiasa ada semasa kambing mencari makanan atau semasa memberi makanan. Setiap hari kita ada dengan kambing. Kita dapat elak kambing kita makan apa yang boleh membawa kepada syubhah. Dan sekiranya termakan tanaman orang, kita mohon kemaafan atau bayar ganti rugi. 

Jadi tiada keraguan tiada was was tiada risiko dipermainkan orang kafir - kalau kita biakkan kambing samada secara gembala atau pun intensif. Inilah persembahan yang tinggi nilainya kepada Tuhan.

Kambing umat Islam, cara Islam, untuk Sang Maha Perkasa!


Sunday, January 18, 2015

HUKUM QURBAN DAN AQIQAH KE ATAS HAIWAN IMPORT YANG TIDAK DIKETAHUI UMURNYA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Qurban dan Aqiqah telah disyariatkan dalam al-Quran dan Sunnah dan kedua-duanya merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah s.w.t.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun.

Muzakarah juga menasihatkan para pengimport haiwan ternakan untuk tujuan ibadah Qurban atau Aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mempastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana Qurban dan Aqiqah merupakan satu amal ibadah yang bersifat ta’abbudiyyah yang perlu dilaksanakan secara sempurna.

Hmmmm..... mari kita semua penternak - pembiak, trader, dan pengimport renung renungkan.

Assalamualaikum!!

Saturday, January 17, 2015

NOT IN THE MOOD TODAY

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Pagi ini aku bukan dalam 'combative mode'. Tapi 'fatherly mode', dan 'hubby mode'. Kemas dapur basuh pinggan, bawak mak aku pi shopping kat pasar basah, dan menghabiskan masa yang panjang untuk sarapan. Mendengar cerita ceriti mak dan bini aku. Dan bermain main dengan anak pompuan aku yang tiga orang. 

Daughters are talkative, maybe too talkative, but it's ok. Since I don't talk much, and I prefer to listen. 

Jadi bila dah selesai semua ni, baru aku bukak laptop tengok blog dan facebook. Dan... walaupun banyak komen panas panas meletup - aku takde mood nak respons. Atau pun buat post baru.

Ok. Terima kasih atas semua komen dan input. Yang positif dan negatif, takdak masalah. Perbezaan pandangan itu perkara biasa. Cuma aku berharap tiada kata kata kesat digunakan. Sepatutnya tiada 'name calling' atau 'verbal abuse'. Tiada carutan atau yang seumpamanya. Samada dari pihak sebelah sana mahu pun yang sebelah sini. 

Tapi seperti biasa, golongan 'overzealous' mudah masuk 'overdrive mode'. Cepat panas, cepat tembak. Membuta tuli. Lari habih dari tajuk. Hmmm.... tak kisahlah mana mana pihak pun. 

Aku harap kita semua dapat menjaga emosi. And keep it civil.

Ok. Aku nak bawak anak anak aku jalan jalan dulu. Terima kasih semua!

Peace on you all!




Friday, January 16, 2015

THE KING OF FERAL IN WONDERLAND

I thought it was just Alice that slipped into Wonderland. But apparently the King of Feral also tumbled into Wonderland following her.

"Feral tidak sesuai diternak... utk trading sahaja".

Ouch! Ouch! Ouch!

Arrogance will come back to haunt us. No doubt.

Hello King of Feral!!!  Are you ok down there??

Hmmm.... don't worry. I think he is fine. Very fine. Very very fine. There is the Hatter, the Dormouse, the White Rabbit, the Knaves of Heart, the Gryphon, and wait!!!!! ..... there is pretty Alice just by herself down there. 

Ahhhh... things can get hot and frisky here. So I'll just let the King of Feral alone to have his moment.

Thank you King of Feral! Have a nice day!

KENAPA TAK BIAKKAN SANG FERAL?

Adakah wujud di Malaysia ini mana mana ladang yang berjaya membiakkan (makmur dengan anak anak dan keturunan serta menguntungkan) kambing liar atau kambing feral atau kambing hutan?

Adakah wujud di Malaysia ini mana mana ladang yang berjaya membiakkan (melimpah ruah keturunannya) lembu liar atau seladang atau bison atau apa jenis baka liar sekali pun?

Adakah wujud di Malaysia ini mana mana ladang yang berjaya membiakkan unta liar?

Adakah wujud di Malaysia ini mana mana ladang yang berjaya menundukkan binatang liar menjadi al'anam (ternakan) yang sesuai dibuat qurban dan aqiqah?

Ada?

Orang kafir sendiri tak mahu bersusah payah menundukkan kambing atau binatang liar, tetapi sanggup bersusah payah membiakkan kambing kambing yang terpilih - kenapa kita termakan dengan tipu daya mereka?

Mereka sendiri tak mahu makan kambing feral atau kambing liar yang dianggap sebagai bushmeat dan lebih sesuai untuk bushmen. Tak sesuai untuk 'civilised people'. Kenapa kita sanggup ambil apa yang mereka reject dan mempersembahkan kepada Tuhan kita sebagai hadiah untuk qurban dan aqiqah?

Kita hilang harga diri kerana terlalu bergantung kepada kafir nasrani dan yahudi. Kita malukan nabi nabi dan rasul rasul kita dengan tidak mengikut jalan yang mereka tunjukkan. Kita jemput kemarahan Tuhan dengan mempersembahkan apa yang tidak menepati kemahuan dan perintahNya.

Apa sudah jadi dengan kita? 

Apakah kita hanya mahu menurut perintah Allah dan RasulNya bilamana perintah tersebut memberi kesenangan dan kemewahan, tetapi resah gelisah bantah membantah mencari alasan demi alasan bilamana perintah Allah dan rasulNya membawa beban dan mengurangkan kekayaan kita?

Dan kalau benar feral itu boleh diternak atau ditundukkan justeru memenuhi syarat al an'am, kenapa tidak sahaja golongan pro feral ini membiakkan feral sebanyak banyaknya bergerombolan gerombolan pada tanah kerajaan luas yang mereka dapat di utara tanah air?

Kenapa tidak berani membiakkan feral kalau benar feral itu al an'am?

Kenapa tetap memilih boer dan dorper atau apa sahaja baka selain feral? 

Biakkanlah feral itu sebanyak banyaknya. Bukankah itu yang kamu golongan pro feral bermati matian mempertahankan?

Dan baru sahaja pro feral yang paling kanan paling mahsyur dalam Malaysia ini memberi kenyataan "feral tidak sesuai diternak... utk trading sahaja".

Dia sendiri beri kenyataan tersebut, dan kita yang berpengalaman juga turut tahu feral tidak boleh diternak tidak mampu ditundukkan tidak sesuai dibiakkan.

JELAS. TERANG. BENDERANG. TIDAK LEPAS TAKRIFAN AL AN'AM.

Berhujahlah dengan Allah dan ayat ayatNya. Kerana Allah akan memperlihatkan kebenaran. Kebenaran tetap akan muncul walau ditahan tahan, dan kebatilan akan padam. 

Pilihlah Allah dan RasulNya!


Tuesday, January 13, 2015

TINGGALKAN KAMBING FERAL KEPADA SANG KAFIR

Dengan nama Allah, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi tujuh lapisan, dan Tuhan yang mengilhamkan pengembalaan kambing kepada Habil dan para rasul rasul sesudahnya.

Dalam surah AlHajj ayat ke 34 (tafsirannya) :

"Dan bagi tiap tiap umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih qurban (dan lain lainnya), supaya mereka menyebut nama Allah dan bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka akan binatang binatang TERNAK yang disembelih itu."

Jelas. Terang. Benderang.

Allah beritahu kita semua yang amalan qurban dan aqiqah hendaklah menggunakan binatang TERNAK atau Al An'am. Binatang berkaki empat (unta, lembu, bebiri, kambing) yang dijinakkan. Yang ditundukkan. Yang dibiakkan. Sepertimana yang ditunjukkan oleh Habil Alaihissalam dan semua rasul sesudahnya, termasuklah Nabi junjungan kita Muhammad SAW. 

Mereka bersusah payah membiakkan kambing kambing. Dan bila sampai masanya mempersembahkan kepada Tuhan, mereka mempersembahkan apa yang terbaik dari peliharaan mereka. 

Tiada binatang liar, atau kambing feral, atau kambing liar yang digunakan. 

Syarat utama sah qurban dan aqiqah ialah binatang TERNAK. Wajib gunakan binatang TERNAK. Bukannya binatang liar. 

Dan ada pihak yang mempersoalkan (pihak pihak yang pro feral, atau pihak pihak yang senantiasa berpusing pusing mencari dalil mempertahankan kebergantungan kepada kambing feral atau kambing liar), mereka katakan kepada kita : Masalahnya kambing kat Malaysia tak cukup. Nak cari kambing cukup umur payah. Kambing feral dah gerenti cukup umur. Dah bersalin tersalin salin berpasang pasang terpasang pasang giginya itu.

Ketahuilah, Nabi Muhammad SAW menunjukkan kepada kita dalam hadis yang bermaksud:

"Memadai kambing biri biri yang berusia lapan ke sembilan bulan untuk dibuat qurban" (Riwayat Ibn Majah dan Imam Ahmad)

"Jangan sembelih qurban kecuali yang berusia setahun. Jika menjadi kesukaran kepada kamu, maka sembelihlah kambing biri biri (yang berusia lapan ke sembilan bulan). (Riwayat Muslim drpd Jabir RA).

Jelas. Terang. Benderang.

Nabi kita memberi kelonggaran untuk berqurban dan beraqiqah dengan kambing yang tidak cukup umur. Al An'am tetap Al An'am.  Binatang ternak tetap binatang ternak. Kambing biak tetap kambing biak. Walaupun..... tak cukup umur. Ini kerana mematuhi perintah yang Allah telah keluarkan dalam surah AlHajj ayat 34. 

Syarat prinsipal sah qurban tetap binatang ternak. Kambing yang diternak. Kambing yang dibiakkan. 

Kambing feral bukan alternatif. Kambing feral bukan pilihan. Kambing feral bukan opsyen. Walaupun bekalan feral/liar melimpah ruah.

Nabi tak pernah perintah gunakan kambing liar sebagai ganti kepada masalah kekurangan kambing cukup umur. Nabi masih menyuruh kita menggunakan kambing yang diternak untuk upacara qurban dan aqiqah. Tiada tapi tapi. Tiada lencongan kepada kambing liar.

Kita di Malaysia ini sebenarnya dilekakan dengan isu cukup umur tak cukup umur. Sedangkan isu yang jauh lebih penting, isu yang sepatutnya overriding factor, atau isu kritikal yang menentukan sah qurban atau tidak - Al An'am. Itu yang terkandung dalam surah AlHajj.

Cukup umur tak cukup umur adalah perkara kedua. Yang ada kelonggaran. Status Al An'am - tiada kelonggaran. Jelas sejelas jelasnya Tuhan mahukan bintang yang diternak, yang bersusah payah dibiakkan sebagai persembahan untukNya. 

Kalau masih ada antara kita yang bercerewet mengerewet soal kambing cukup umur tak cukup umur, tanyakan diri kita soalan yang jauh lebih penting, soalan yang bakal menentukan sah atau tidak sah ibadah qurban dan aqiqah kita - "Kambing yang aku nak beli ni kambing feral/liar ke atau kambing yang dibiakkan?"

Itu soalan prinsipal yang sepatutnya ditanyakan kepada diri kita. Soalan cukup umur tak cukup umur itu soalan sekunder. Kalau kambing dibiakkan dan cukup umur tiada, tetapi kambing feral ada - jangan sekali kali beli kambing feral untuk tujuan qurban dan aqiqah. Tetaplah dalam memilih kambing yang dibiakkan walau pun tak cukup umur bagi ibadah qurban dan aqiqah. Nabi dah tunjukkan kepada kita jalan tersebut.

Tinggalkan kambing feral/liar kepada golongan kafir.

Pilihlah kambing yang dibiakkan. Pilihlah Allah dan RasulNya. Itulah yang terbaik. 

Hey meaty buddy! I'm sorry but you are totally disqualified for presentation to God. Hopelessly disqualified.

Yep. Tinggalkan saja si feral kepada si kafir. 

Wednesday, January 7, 2015

DIEGO IS NOW A KILLER

Samada secara eksiden, atau bukan eksiden, ntah la aku tak tahu. Tapi bukti yang ada jelas menunjukkan kuda aku si Diego terlibat dalam pembunuhan si anak kambing ini. 

Into the court of justice then! Bad bad Diego!

Si bantut ini ada kembarnya. Dua dua budak kambing ini langsung tak reti makan dedak. Cuma tahu makan rumput keliling kandang. Bebas turun naik kandang. Jadi 'exposure' tinggi kepada Diego. 

Ntah la aku pun tak tahu macam mana peristiwa sebenar. Tapi pekerja beritahu kembarnya ini mati diinjak Diego. 

Budak ini selalu bising panggil kembarnya yang sudah tiada. Mak nya pun selalu bising memanggil manggil anaknya. Aiiii.... sedih betoi..

Diego sedang makan friskies. A very gentle horse. Yet capable of killing. I just hope it was an accident.


Tuesday, January 6, 2015

THE IRON LAW

Semenjak aku isytiharkan Iron Law kepada rakyat kambing, - dimana garam jilat low iron dinyahtendang, dan garam jilat high iron digunakan, dan iron dextran digunakan untuk anti anemia - kesuburan datang kembali, mortaliti menurun mendadak, dan kadar kelahiran naik (petak beranak yang kosong sedang diisi kembali).

Sedang kembali kepada normal. Sedang kembali kepada high performance. 

Aku akan berterusan memastikan Iron Law ini berlangsung. Menjadi Standard Operating Procedure (SOP). Bahkan menjadi Perlembagaan AlwiGoatFarm. Yep. Kerana aku nampak ini adalah salah satu teknik maha penting dalam pembiakan kambing pedaging tropika yang pantas dan menguntungkan. 

Utamanya untuk sistem semi intensif bawah sawit. Aku perhatikan, berdasarkan pengalaman sendiri, dan rakan rakan, yang membiakkan kambing pedaging bawah sawit - keperluan kepada garam jilat high iron adalah  kritikal untuk prestasi biak yang tinggi.

Sapa sapa yang bela kambing bawah getah, atau tanah lapang, atau kawasan selain sawit - barangkali tidak memerlukan kepada garam jilat high iron. Yang bawah sawit ni je yang jelas ada keperluan spesifik untuk intake iron yang tinggi. 

Mungkin kerana rumput rampai yang tumbuh bawah lindungan sawit tak dapat cukup matahari, ditambah pula copper tinggi pada seluruh bahagian sawit, justeru kandungan iron dalam rumput rendah, dan lebihan copper mengganggu penyerapan iron. Hmmm... rasa rasa aku lah.

Jadi sekarang SOP aku, bila ada kambing yang perlu dideworm, aku bagi sekali dengan iron dextran. Lepas dua tiga minggu, check balik kambing tadi ikut Famacha. Kalau masih ada simptom anemia, bagi sekali lagi iron dextran. Dua tiga minggu berikutnya, kalau masih anemik (kelopak mata masih pucat lesi), aku deworm sekali lagi. Mungkin deworm kali pertama tu salah bagi atau underdose. Dan itu memang boleh terjadi.

Dua kali deworm dalam masa dua bulan bagi kambing anemik dah cukup (Watch out!!! Kambing yang nampak sihat, apalagi yang bunting - tetap ada risiko anemia. Please be aware!! Apalagi kepada yang bela bukan 100% genetik tempatan). Kalau kena bagi tiga kali dalam masa tiga bulan - terus di blacklist masuk kategori daging. Bukan lagi breeder. 

Anyway, aku perasan simptom beban cacing tinggi dan simptom anemia tinggi ketika musim basah. Mungkin hujan yang banyak turun ini 'mencairkan' kepekatan iron dalam rumput rampai bawah sawit. Jadi bila sampai musim basah di kawasan aku - Oktober hingga Januari - kena rajin sikit check kambing. 

Perhati betul betul kambing. Mana yang nampak kepala tunduk semacam (drooping head), atau kurus semacam boleh nampak tulang rusuk --->  deworm + iron dextran.

Ok. Sebenarnya walaupun banyak kerja sikit (deworm + iron dextran), tapi input ini berbaloi kerana magnitud output lebih besar. Takdak rugi. Tak masuk langsung dalam zon hukum pulangan berkurangan.

Ya. Pasalnya sebarang usaha deworm akan merendahkan vitamin dan mineral lain dalam tubuh kambing. Dewormer ni sebenarnya racun. Dan untuk 'metabolise' racun tersebut, zat zat vitamin dan mineral akan ditarik dan terkorban. Justeru adalah sangat baik setiap kali deworm, bagi sekali iron dextran. Dan kalau boleh multivitamin dan multimineral.

Kalau betul betul rajin lah. Berdasarkan observasi aku, iron dextran dah cukup untuk diguna bersekali dengan dewormer. Itu kombinasi yang cukup mantap.

Ok. Teknik dewormer + iron dextran biasanya kerap digunakan ketika musim hujan dimana kambing meragut banyak anemik dan kecacingan. Kalau musim kering, kambing ok sikit. Cukup dengan menjilat garam high iron untuk maintain tahap iron dalam darah. 

Dan aku rasa sebenarnya garam jilat high iron yang ada dalam pasaran sekarang (3000mg ferum/per kg) tidak cukup atau kurang sesuai untuk kambing pedaging tropika bawah sawit. Kita perlukan formulasi garam jilat yang lebih tinggi iron nya. Yang lebih sesuai dan spesifik dengan keperluan kita.

Sapa nak buat ye?




Monday, January 5, 2015

KAMBING IS THE DRUG OF CHOICE

Bila aku lama tak masuk ladang jenguk kambing, aku perasan yang aku resah gelisah. Khuatir. Restless. And depression sets in. 

Sebaik sahaja aku menjengah ladang walaupun sebentar (semalam), walaupun diasak dengan masalah baik kambing atau pekerja, - resah gelisah aku hilang. Khuatir aku hilang. Tekanan perasaan aku hilang.

Ya. Bila aku masuk ladang, aku dapat 'sense of accomplishment'. Walaupun cuma buat sedikit kerja. Walaupun cuma dapat belek seekor kambing. Tak kisahlah. Janji ada kerja. Janji buat kerja.

Kambing juga aku perasan hilang, dan kurang stress bilamana tuan dia masuk kandang memperlihatkan kelibat dirinya kepada seluruh rakyat kambing. Yeah, it is a massive moral support to them. 

Kambing akan maintain high performance bila  ada figura yang sama mereka nampak setiap hari. Walaupun figura tersebut sebenarnya garang asyik pegang tongkat, atau dok main kejar kejar tangkap nak bagi ubat pada mereka.

This is the effect of domestication. This is the effect of domestication genes inside every domestic animal.

The presence of a master ACTIVATE the domestication switch.

Dan berterima kasihlah kita sebanyak banyaknya kepada Tuhan Yang Maha Bijaksana kerana menyelitkan gen domestikasi ini kepada haiwan haiwan yang terpilih. Kewujudan gen domestikasi ini memudahkan kita umat manusia untuk menundukkan seterusnya mencari pelbagai manfaat dari binatang domestik tersebut.

Atas sebab itu semua binatang domestik atau ternakan, memerlukan kehadiran manusia sebagai tuan atau master, yang akan menjaga master - servant relationship sesama mereka. 

It is vital. It is necessary. Kena jaga hubungan ini.

Sebabnya binatang domestik atau ternakan hanya akan membiak subur dengan campurtangan manusia. Tanpa campurtangan manusia, mortalitinya tinggi, dan kadar pembiakannya perlahan, ataupun mudah sangat boom lepas tu crash. Kacau bilau ekosistem dibuatnya.

Jadi, kalau nak ekstrak prestasi tinggi daripada kambing pedaging kita - kena ingat yang mereka adalah haiwan domestik, haiwan yang perlu diternak, haiwan yang perlu ditundukkan, haiwan yang perlu diaktifkan penundukannya, haiwan yang perlu diestablish hubungan master-servant, dan.... pastikan kita sentiasa jadi master.

Ini adalah undang undang operasi pembiakan kambing pedaging yang menguntungkan. The immutable law.

Dan cara yang terbaik lagi simple untuk melahirkan hubungan master-servant, dan menjaga status quo tersebut - gembala bertongkat.

Sistem intensif atau makan tanggung juga akan mewujudkan master-servant, tetapi ini mudah terbalik dimana kita pula jadi servant, kambing jadi master. Kambing akan tetap membiak, dan dalam situasi tertentu boleh membiak lebih baik dari sistem gembala - tetapi operasi biak pedagingnya kurang daya keuntungan. Kena ada sumber income tambahan - susu, tinja, dsb; dan pemasaran yang lebih baik - baka, kursus, agrotourism, bla bla bla...

Jadi kita pilih baik baik. 

Orait. Lari tajuk dah aku ni. Pasal menulis sambil minum teh mangga. Kalau pekena kafein, sedap sikit menulis. Lancar lagi laju idea yang datang. 

Kembali kepada cerita kambing is the drug of choice. Yep. Tekanan perasaan aku hilang bila masuk ladang dan berada di tengah tengah kawanan kambing. Penat bekerja tidak terasa. Aku gembira. Macam ambik dadah. Happyyyyy.....

Bela kambing adalah sejenis 'soul therapy' yang berkuasa. Drug like. Boleh membuat kita jadi ketagih. Kambing addict buehehe...

Dan sepanjang perjalanan balik dari ladang semalam, aku ada dengar lagu Guns n Roses - Welcome to Paradise City. Dan.... aku dapati aku happy dan goyang kaki dan goyang kepala bila dengar lagu tersebut.

"Take me down to the paradise city
Where the grass is green and the kambengs are pretty
Take me home (oh won't you please take me home)
Take me down to the paradise city
Where the grass is green and the kambengs are pretty
Take me home (oh won't you please take me home)"

Oh yeah yeah!

I'm hepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii