Saturday, January 17, 2015

NOT IN THE MOOD TODAY

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Pagi ini aku bukan dalam 'combative mode'. Tapi 'fatherly mode', dan 'hubby mode'. Kemas dapur basuh pinggan, bawak mak aku pi shopping kat pasar basah, dan menghabiskan masa yang panjang untuk sarapan. Mendengar cerita ceriti mak dan bini aku. Dan bermain main dengan anak pompuan aku yang tiga orang. 

Daughters are talkative, maybe too talkative, but it's ok. Since I don't talk much, and I prefer to listen. 

Jadi bila dah selesai semua ni, baru aku bukak laptop tengok blog dan facebook. Dan... walaupun banyak komen panas panas meletup - aku takde mood nak respons. Atau pun buat post baru.

Ok. Terima kasih atas semua komen dan input. Yang positif dan negatif, takdak masalah. Perbezaan pandangan itu perkara biasa. Cuma aku berharap tiada kata kata kesat digunakan. Sepatutnya tiada 'name calling' atau 'verbal abuse'. Tiada carutan atau yang seumpamanya. Samada dari pihak sebelah sana mahu pun yang sebelah sini. 

Tapi seperti biasa, golongan 'overzealous' mudah masuk 'overdrive mode'. Cepat panas, cepat tembak. Membuta tuli. Lari habih dari tajuk. Hmmm.... tak kisahlah mana mana pihak pun. 

Aku harap kita semua dapat menjaga emosi. And keep it civil.

Ok. Aku nak bawak anak anak aku jalan jalan dulu. Terima kasih semua!

Peace on you all!




1 comment:

  1. Relax laa prof,dia ni tak faham atau buat tak faham pasal aqiqah/qurban.Ambo malas nak campur.Kita bercakap pasal wajib menggunakan binatang ternak untuk aqiqah dan qurban.Patut nya dia kena rujuk la ngan ustaz2.Jangan nak pakai sedap je

    ReplyDelete