Tuesday, January 20, 2015

HIDUP MATI DALAM ALAN'AM

Aku percaya apa yang dilakukan oleh semua para rasul, bersusah payah berpenat lelah berhempas pulas menjadi pembiak kambing, menjadi contoh yang terbaik untuk kita semua dalam melakukan persembahan kepada Yang Maha Agung. Nilai Qurban dan Aqiqah yang mereka lakukan memiliki nilai penundukan yang sangat tinggi sebagaimana yang terjadi kepada Habil Alaihissalam. Persembahan Habil menjadi pilihan Tuhan. Dan kisahnya berterusan diturunkan kepada generasi demi generasi.

Rasul rasul yang menjadi penyampai kebenaran kepada kita semua telah menunjukkan kepada kita bagaimana mereka sebagai tuan kambing (master) sentiasa ada bersama sama kambing saat kambing mencari makanan, bagaimana mereka sentiasa ada ketika kambing kambing diberi makan. Bukannya tuan kambing cuma hadir semasa acara penangkapan atau pengumpulan atau penuaian kambing kambing.

Jelas kepada kita betapa berat dan berkuasanya mesej yang ingin disampaikan oleh para rasul pengembala dan pembiak kepada  kita. 

Jelas kepada kita betapa kambing kambing ini bukan alan'am untuk sehari, bukannya alan'am untuk sebulan, bukannya alan'am untuk setahun tetapi bertahun tahun. Malah kambing kambing biakan mereka ini alan'am untuk sepanjang hayat.

Mereka lahir sebagai alan'am, mereka sakit sebagai alan'am, dan mereka mati sebagai alan'am.

Mereka hidup, dan mati senantiasa dalam penundukan kepada tuan mereka. Hidup dan mati dalam senantiasa berkhidmat kepada tuan mereka. Hidup dan mati dalam senantiasa menurut perintah tuan mereka. 

Mereka abdi kepada tuan mereka. Mereka tenggelam dalam penundukan dari saat lahir hinggalah saat  kematian mereka.

Betapa tingginya nilai penundukan mereka.

Dan aku percaya inilah yang cuba disampaikan oleh para rasul dalam ibadah Qurban mereka. Simbol pengabdian kepada Tuhan  bagi sesiapa sahaja yang mengucap syahadah. 

Oleh itu, marilah kita berhempas pulas membiakkan dan menghasilkan kambing kambing yang paling tinggi nilai penundukannya. Dan kepada pengguna, berhempas pulaslah mencari cari kambing yang paling tunduk kepada tuannya.

Yang paling alan'am. Yang hidup dan matinya dalam alan'am. Yang sepanjang hayatnya tetap dalam alan'am. 

Marilah kita semua berhempas pulas berpenat lelah memberikan persembahan terbaik buat Tuhan dalam ibadah Qurban dan Aqiqah! Marilah kita semua berhempas pulas berpenat lelah menghasilkan simbol pengabdian yang paling baik!

Marilah kita semua berdoa agar  Tuhan kita menerima Qurban kita dan  gembira dengan penat lelah pengabdian kita kepadaNya!

Terima kasih para rasul kerana menunjukkan jalan!

Al'anam sepanjang hayat!




1 comment:

  1. Terbaik,Bro!! Ada kawan penternak menyeru:" Bertaqwa lebih baik dari berfatwa"!!

    ReplyDelete