Sunday, November 30, 2014

RINGGIT MALAYSIA YANG SEMAKIN JATUH..

Realitinya ekonomi Malaysia makin surut. Harga minyak jatuh. Pendapatan negara pun makin kurang. Dan bukan itu sahaja realiti pahitnya, hutang negara bertambah. Eksport pun berkurang. 

Ringgit Malaysia makin susut nilainya. Kalau setakat jangka pendek, buleh tahan lagi. Tetapi jangka panjang? Makin susut makin jatuh makin menjunam. Inilah kepercayaan banyak pakar ekonomi dalam dan luar negara.

Damn...

Bagi kambing, maknanya kambing kambing import semakin mahal. Prospek import semakin kurang menarik. Baguih juga berita ni kepada pembiak tempatan.

Lepas ni memang kita semua kena buat breeding. Local production lebih 'attractive'. Itu pasal ramai importer la ni dok sibuk sibuk nak breeding.

Tapi makanan ternakan yang banyak diimport semakin mahal. Uh oh! Bad news again.

Melainkan..... gembala. Haa yang ni memang tetap untung. Sampai bila bila. Biar lah ekonomi menjunam gila gila pun, selagi kambing makan rumput - kita pembiak ok lagi.

Bila makanan ternakan naik, kita kena lebih agresif dalam penggunaan sumber makanan tempatan. Kita kena lebih keras dalam mencari alternatif kepada bijirin. Sagu dah ok tapi production tak cukup. Hampas kelapa sawit (palm kernel) dah melambak lambak production tapi belum boleh ganti bijirin.

Agaknya palm kernel cake + tepung sagu adalah suplemen ternakan masa depan. Ada yang lain?

Anyone up to the task?

PELAWAT ALWIGOATFARM AHAD SEMALAM

Ada dua pelawat. Masing masing bawak 'missus' dan 'toddler'. Nice!

Pelawat pertama Hariz Nordin dari Lembah Kaprima Setiu Terengganu. Masuk yang ini, rasanya kali kelima atau keenam dia datang melawat ladang kambing aku. Ishh segan plak rasanya aku tak pernah sampai lagi ladang dia. 

Anak pompuan dia. Humairaa namanya. (Ada lagi nama depan, aku dah lupa. Sorry bro!). Ini adalah apa yang terhasil apabila darah Melayu dicampurkan dengan darah Mahgribi hehe. Kuat lagi genetik arab nya. Macam mana kambing kita buleh kata bapak lagi kuat? 

Ntah la. Observasi aku tak semestinya darah bapak kuat pada anak. Tetapi darah datuk lebih kuat kepada cucu. Generasi ketiga membawa bayangan lebih kuat generasi pertama. Lebih stabil. Jadi program pembakaan kita kena ambik kira hal ini. (Hipotesis aku ja ni. Pengalaman tuan puan mungkin lain pula). 

Ok. Hariz buat masa ni ada 400 ekor kambing. Patutnya dah lebih 500. Tapi tahun ni kambingnya kena kebas 97 ekor. Sayangnya.... aku doakan kepada bro Hariz agar Tuhan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.  

Dalam banyak banyak penternak yang beinteraksi dengan aku, pengalaman bro Hariz bela kambing adalah unik. Aku dan dia sama sama belajar benda baru hasil pertukaran experience. 

Thanks Hariz!


Pelawat kedua ialah Syed Kodiang and Co! Dari Gemuk Gemuk Agro. Penternak baru yang agresif. Papan iklan dah merata rata. Bagus bagus. Jangan ikut aku yang 'lembap' ni. Dah masuk tahun ke 10 - satu tiang iklan pun tak dak. Bisnes card pun tak wujud wujud. (Sapa sapa pandai buat bisnes card?)

Ok. Syed Kodiang baju biru. Yang baju hitam tu Nizam. Sepupu. Partner in business. Ada sorang lagi partner. Kawan sekampung juga kot.

Si kecik tu nama Aryan. (pun aku lupa nama penuh. Sorry bro!) Bakal mewarisi tugas gembala bapaknya.

Hmmm semenjak jadi gembala full time ni, aku perasan bodyfat score Syed Kodiang semakin menurun. Dan aku fikir sekiranya disiplin gembala diteruskan beberapa bulan lagi, kita semua akan nampak transformasi Syed Kodiang kepada all new Syed Kodiang. Buehehe.. baguih baguih. Semua gembala slim slim badan.

Walking is the best exercise!

Aryan test power ngan kambing

Terima kasih semua! Assalamualaikum!





Saturday, November 29, 2014

RAKAN PEMBIAK : FAISAL BASRI

Kambing golek + petai = viagra? ... ;) ;)

Semalam Faisal Basri jemput aku datang kenduri kahwin saudara, dan ladang kambing dia di Bagan Datoh. Lebih kurang 80km dari rumah aku. Aku pun ada mood nak bawak anak bini jalan jalan. Jadi aku setuju ajelah jemputan Bro Faisal ni. 

Sebelum pi Bagan Dato, aku singgah Teluk Intan. Pi repair genset yang baru aku beli. Subaru. 2200 watt. Harga $1300. Aku suruh mekanik tu tengok kenapa laju semacam genset ni telan minyak. 

Boleh plak 1 jam lebih 1 liter. Demam aku dibuatnya. Kalau pasang 4 jam, dah lebih 4 liter. Petrol 1 liter = $2.30. Pehh... tak mahu aku budget $10 sehari untuk kos petrel genset. Sebulan $300? Membazir sungguh. Kalau sebulan $200 ke bawah untuk petrol genset - aku boleh terima (tapi tinggi juga kan? aii kehidupan ladang yang remote macam ni lah).

Rupanya timing dia overrev. Ada 'tangan tangan ghaib' dok kacau tuning dia sebelum aku beli ni. Patutlah keras semacam bunyinya. Patutlah telan minyak laju semacam. 

Ok pomen dah tune. Sedap sikit bunyinya. Harapnya lepas ni jimat minyak. Dan aku pikul genset ni pergi balik ke Bagan Dato. 

Dua pasangan sekali kahwin. 

Buleh nampak ka isi signboard love tu? Wedding.. of.. the... year.. mmm patut patut kalau ada 3 ekor kambing golek hehehe

Kenduri ni dekat Kampung Sungai Lanchang. Kandang kambing Bro Faisal depan atau seberang rumah ni.

Pukul 2.30 petang aku sampai pun meriah dengan orang lagi. Biasanya kat kampung, 2.30pm tetamu dah surut.

Aku ambik nasi hujan panas, kulit lembu masak 'x' (aku tak tahu nak panggil apa jenis masakan), dan ulam petai.

Tinggal fosil sahaja

Tapi Bro Faisal ada reserve untuk aku kambing golek, dan buah salak. Thanks!

Comel pula aku tengok tempat basuh tangan. Portable. Siap sinki dan paip bagai.. VIP level.

Ok. Siap makan aku terus ke kandang kambing. Tak jumpa pengantin pun. Pasal aku memang tak kenal pengantin. Dan aku memang nak tengok kambing. 

Bekas kandang lembu. Dulu Bro Faisal ada ternak lembu. Tapi ada masalah pekerja. Terpaksa berenti operasi.

Maknanya Bro Faisal dah biasa menternak. Bukan tak dak experience.

Luas kawasan ragut bro Faisal. Ratus ratus ekar. Kebun kelapa banyak di Bagan Dato. Memang syoklah kambing digembala. (tapi nyamuk banyak kawasan kebun kelapa ni, betul tak?)

Masa aku datang ni, kambing kambing masih dalam keadaan trauma akibat program pelalian JPV. Ada yang demam, sakit kaki. Ubat cacing diberi secara oral. Dan suntikan adalah untuk vaksin HS. Dan darah diambil untuk tapisan penyakit.

Dah dua hari kambing tak lepas. Terpaksa makan tanggung. 

Baguslah JPV datang buat program. Takpalah 'inconvenience' sekejap. Penting tu untuk kesejahteraan ternakan masa depan. Thanks JPV!

Bro Faisal kerja di Port Klang. Forwarding company. Biasa handle kereta impot, motor impot. Dulu dia engineer kat kilang Jepun. Merata rata pergi satu globe untuk handle production facilities. Tapi stress sebab banyak sangat masa habis kat kerja. Sampai kan nak kahwin pun tak boleh. Bos Jepun siap suruh tunda dulu perkahwinan. Buahaha gila orang Jepun. Workaholic sangat. Tu yang tinggi kes bunuh diri kat Jepun. 

Bela kambing juga aman damai. Sihat fizikal sihat mental. Tak gitu?

Its 'airy'. Its 'lighty'.

Bro Faisal guna garam bukit. Bagus garam jilat ni. Seronok aje kambing menjilat.

Si Turbo terlepas keluar. Amboii bukan main mencekik sorang sorang dia aja.

Fresh consignment just arrived



Banyak daun sarang buaya. Kambing Bro Faisal berselera makan daun nih. Tapi kan, kambing aku buat dunno atau slow mo bila dihidangkan daun ni. Apa pasal ha?


Yaaa inilah Bro Faisal Basri dan isterinya. Sapa sapa nak kambing atau melawat ladang beliau boleh contact 0122021560. Blog beliau ialah 'Gembala Kambing' (goatbreeding.blogspot.com)

Terima kasih atas layanan baik beliau kepada aku sekeluarga. Semoga usaha ternaknya semakin berkembang semakin maju. Kita akan bebaskan diri kita dari kebergantungan.

Into freedom!



Friday, November 28, 2014

GAMBAR RAWAK ALWIGOATFARM HARI INI

Sedikit gambar untuk tatapan.

Hai! Welcome to alwigoatfarm!

Kambing kambing tengah rilek lepas balik meragut. Tengah 'ruminate'.

Suka menyangkutkan diri

Suka kunyah rantai besi

Sapa punya kerja ni? Tak sempat aku gantung, dah habis garam jilat ni dikerjakan kambing..

Sesi taaruf antara species

Antara anak anak kambing yang tak nak turun ikut meragut. Ini membuatkan aku nak transformasi kepada something hulkish, greenish, and growlish. Kasi terrorism sikit kat budak budak nih. 

Two species get cozy with each other. Exception are made at lunch time. 

Kejap makan friskies..

Kejap makan tikus..

Light case of tapeworm terrorism

And bad case of tapeworm terrorism

Mangsa keganasan tapeworm

Her assfull of tapeworm. Tapi takde teruk sangat. Sapa yang serius tadi haa? Aku masih tercari cari..

Sold for today. Belum makan lagi nih.

Taiko dalam ladang. Tak takut sapa sapa. Semua binatang dalam ladang takut dengan dia. Dengan aku pun bukan dia takut. Ceh berani sungguh menceroboh istana hinggap aku!

Terima kasih semua! Peace! Babai!

GEMUK KAMBING GEMUK BINI

Gemuk Gemuk Agro buehehe..


Bini aku antar gambar ni kat aku. Dan aku terfikir juga adakah aku gagal sebagai suami kerana gagal menggemukkan bini?

Kalau aku boleh menggemukkan  kambing, kenapa tidak menggemukkan bini? Kenapa aku tidak mengambil pelajaran dan iktibar dari kambing kambing? hehehe (gaya Donald Duck)..

Tapi tu lah, aku menyahut seruan Menteri Kesihatan yang risaukan kadar obesiti rakyat Malaysia yang melambung lambung kebelakangan ini. Kita paling obes dalam Asia Tenggara, dan no 2 di Asia (sapa no 1 haa?)

Aku tak mahu bini gemuk. Aku mahu bini sihat. 

Kambing pun serupa. Aku tak mahu kambing gemuk. Aku mahu kambing sihat. Banyak masalah kambing gemuk gemuk. Seronok tengok, tapi kos tinggi dan tak produktif. Membazir je bela..

Aku dah merasa.

Bye!

PEJANTAN NUBIAN UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!


Seorang rakan pembiak ingin menjual pejantan nubian seperti gambar di atas. Kelahiran tempatan. Umur 14 bulan berat 67kg. In sha Allah anak anak betina keturunannya akan memiliki produktiviti susu yang tinggi. Lemak berkrim.

Opening price : $5,xxx.

Terima kasih!


ADA GENG BARU KAWEN!

Pandai pandailah tuan puan teka sapa geng pengembala yang kahwin ni. Baru petang tadi menikah. Majlis resepsi belah pompuan esok. Tasik Gelugor, Seberang Prai Utara, Penanggggg.....

Tahniah!!


Ishhh aku pun seksa nak meneka tadi. Tapi janggut copyright tu aku perasan. Ahaaa...

CAP TUHAN

Bila aku merenung gambar si Baroqah, kambing yang tertulis nama Allah pada badannya, yang dimiliki oleh RZ Berkatjaya Farm - aku terpikir kan makhluk dan alam semulajadi yang tertulis nama Allah.

Selama ini aku tak ambil pusing. Aku setakat "oh that's nice!".

Tapi kali ini aku terpikir selama ni kita manusia ada macam macam produk berjenama. Kita bangga ada Made in Malaysia, Made in Japan, Made in US, cap itu cap ini... tapi langit, bumi, dan segala isinya Tuhan tak pernah sibuk sibuk bubuh cap.

Takde kat langit tulis Made by Allah. Takde gunung ganang tertulis Made by Yang Maha Esa. Takde lautan, takde planet, takde bintang, takde galaksi, takde alam semesta yang tertulis Made by Allah. 

Malah kita manusia sendiri pun, yang mampu berumur lebih 100 tahun tanpa perlu sibuk sibuk maintenance badan kita - takde seketul pun advertisement pada badan kita yang menyatakan Made by Allah.

Barangkali kejadian kejadian alam dan isi alam yang tertulis nama Allah adalah reminder, adalah peringatan dari Tuhan, yang semua ini adalah dicipta oleh Yang Maha Besar. 

Maha Pencipta, Maha Bijaksana.

Made by God. Owned by God.

Kambing unik di RZ Berkatjaya Farm. Terima kasih untuk peringatan!


Thursday, November 27, 2014

HORROR VEGETATION !!!

And horror parasite! Dang!

Gembala aku bawak kambing meragut ke tempat yang tak sepatutnya. Aku dah 'banned' dulu tempat ni, tapi biasalah kita manusia memang selalu kena diingatkan.

Bekas lombong. Kering. Airnya tak tau pegi mana disedut. Rumput banyak. Rumput penuh. Kalau bawak kambing ke tempat ni memang rilek gembala dibuatnya.

Masalahnya ada banyak parasit, dan tokey kambing merangkap vet yang tak boleh rilek pasal banyak kambing sakit kemudian hari. Aku juga kematian beberapa ekor kambing atas serangan parasit berpunca dari kawasan ragutan sebegini. 

Ini adalah pengalaman aku. Kambing aku. Kambing orang lain mungkin lain ceritanya. Aku harap kita semua akan belajar dan mendapat manfaat  dari apa yang terjadi kepada aku.

Bekas lombong ni tak jauh dari kandang. Lebih kurang 400m. Rumput memang banyak tapi bahaya!


Antara jenis rumput yang tumbuh di kawasan bekas lombong ni



Sebuah lagi kawasan meragut lembap yang aku blacklist

Ok. Tak lama lepas aku dapat tahu gembala aku bawak kambing ke sini, aku dapati kambing kambing aku mendadak kecacingan. Men... da... dak. 

Tapeworm. Cacing pita. Monizella.... whatever type it is.

Macam gambar berikut.

Gambar ni dari kambing rakan pembiak di Kelantan. Tahi kambing berantai. Maknanya ada tapeworm infestation. 

Contoh tapeworm yang serius. Kalau tapeworm yang 'budak', rupanya macam rice puffs. Melekat celah celah tahi. Banyak juga kambing aku yang tahi ada 'rice puffs' ni.

Less serious. Dan banyak kambing aku yang kena macam ni. Banyakkkk. Dang! (Yang macam ni tak berantai, tapi sahih kambing kecacingan!).

Ok. Secara umumnya sepanjang sejarah aku biakkan kambing di kawasan sekarang ni, episod serangan tapeworm adalah ringan ringan. Kena seekor dua adalah. Kalau ada pun tanda tanda tahi kambing ber'tapeworm' - aku tak ambik pusing sangat.

Jadi dewormer yang aku gunakan (dari kumpulan imidathiazole + rafoxanide), cover roundworm tapi tak berapa kuat dengan tapeworm. Dan ini sudah cukup untuk keperluan kambing aku. Dah bertahun tahun steady dengan dewormer class nih.

MELAINKAN....

Bila kambing dibawa ke tempat bekas lombong macam dalam gambar di atas. Pehhh tak lama lepas tu berderet deret kambing kecacingan. Tapeworm mengganas.

Gila babi mengganas. Dah berapa ekor kambing aku mati.

Langsung tak jalan kalau aku guna current dewormer. Aku terpaksa switch dewormer kelas lain. Yang power sikit untuk tapeworm.

Kelas benzimidazole. Aku tak guna alben, tak guna oxfen, tak guna fenben.

Aku guna tricla. Triclabendazole. 

Ok. Herbs pun boleh guna. Daun mambu ka, buah pinang ka, tapi small scale atau bilangan kambing sikit buleh. Tapi aku ada 300 ekor, dan aku nak cepat, dan kawasan aku takde pokok mambu. Jadi aku guna option chemical.

Cumanya aku masih tak mass deworming. Aku masih selective deworming. 

Sekarang episod serangan tapeworm dah surut. Phewww! Alhamdulillah. Tapi aku masih jaga jaga. Dan aku harap gembala aku tak bawak lagi kambing ke tempat sebegitu. 

Aku tak mahu lagi berhadapan dengan tapeworm terrorism!