Thursday, November 27, 2014

HORROR VEGETATION !!!

And horror parasite! Dang!

Gembala aku bawak kambing meragut ke tempat yang tak sepatutnya. Aku dah 'banned' dulu tempat ni, tapi biasalah kita manusia memang selalu kena diingatkan.

Bekas lombong. Kering. Airnya tak tau pegi mana disedut. Rumput banyak. Rumput penuh. Kalau bawak kambing ke tempat ni memang rilek gembala dibuatnya.

Masalahnya ada banyak parasit, dan tokey kambing merangkap vet yang tak boleh rilek pasal banyak kambing sakit kemudian hari. Aku juga kematian beberapa ekor kambing atas serangan parasit berpunca dari kawasan ragutan sebegini. 

Ini adalah pengalaman aku. Kambing aku. Kambing orang lain mungkin lain ceritanya. Aku harap kita semua akan belajar dan mendapat manfaat  dari apa yang terjadi kepada aku.

Bekas lombong ni tak jauh dari kandang. Lebih kurang 400m. Rumput memang banyak tapi bahaya!


Antara jenis rumput yang tumbuh di kawasan bekas lombong ni



Sebuah lagi kawasan meragut lembap yang aku blacklist

Ok. Tak lama lepas aku dapat tahu gembala aku bawak kambing ke sini, aku dapati kambing kambing aku mendadak kecacingan. Men... da... dak. 

Tapeworm. Cacing pita. Monizella.... whatever type it is.

Macam gambar berikut.

Gambar ni dari kambing rakan pembiak di Kelantan. Tahi kambing berantai. Maknanya ada tapeworm infestation. 

Contoh tapeworm yang serius. Kalau tapeworm yang 'budak', rupanya macam rice puffs. Melekat celah celah tahi. Banyak juga kambing aku yang tahi ada 'rice puffs' ni.

Less serious. Dan banyak kambing aku yang kena macam ni. Banyakkkk. Dang! (Yang macam ni tak berantai, tapi sahih kambing kecacingan!).

Ok. Secara umumnya sepanjang sejarah aku biakkan kambing di kawasan sekarang ni, episod serangan tapeworm adalah ringan ringan. Kena seekor dua adalah. Kalau ada pun tanda tanda tahi kambing ber'tapeworm' - aku tak ambik pusing sangat.

Jadi dewormer yang aku gunakan (dari kumpulan imidathiazole + rafoxanide), cover roundworm tapi tak berapa kuat dengan tapeworm. Dan ini sudah cukup untuk keperluan kambing aku. Dah bertahun tahun steady dengan dewormer class nih.

MELAINKAN....

Bila kambing dibawa ke tempat bekas lombong macam dalam gambar di atas. Pehhh tak lama lepas tu berderet deret kambing kecacingan. Tapeworm mengganas.

Gila babi mengganas. Dah berapa ekor kambing aku mati.

Langsung tak jalan kalau aku guna current dewormer. Aku terpaksa switch dewormer kelas lain. Yang power sikit untuk tapeworm.

Kelas benzimidazole. Aku tak guna alben, tak guna oxfen, tak guna fenben.

Aku guna tricla. Triclabendazole. 

Ok. Herbs pun boleh guna. Daun mambu ka, buah pinang ka, tapi small scale atau bilangan kambing sikit buleh. Tapi aku ada 300 ekor, dan aku nak cepat, dan kawasan aku takde pokok mambu. Jadi aku guna option chemical.

Cumanya aku masih tak mass deworming. Aku masih selective deworming. 

Sekarang episod serangan tapeworm dah surut. Phewww! Alhamdulillah. Tapi aku masih jaga jaga. Dan aku harap gembala aku tak bawak lagi kambing ke tempat sebegitu. 

Aku tak mahu lagi berhadapan dengan tapeworm terrorism!


4 comments:

  1. Pengalamanan dan info berguna. Tq,Bro!! Cuma nak tanya, kenapa tak guna Alben?? (Es Emdi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alben dah widespread resistance. Salah satu puncanya alben cair. tak cukup pekat.

      Delete
    2. Nak guna alben (jika belum wujud resistance) - cari yang pekat. Macam 1ml = 10kg berat kambing.

      Delete