Friday, November 28, 2014

GEMUK KAMBING GEMUK BINI

Gemuk Gemuk Agro buehehe..


Bini aku antar gambar ni kat aku. Dan aku terfikir juga adakah aku gagal sebagai suami kerana gagal menggemukkan bini?

Kalau aku boleh menggemukkan  kambing, kenapa tidak menggemukkan bini? Kenapa aku tidak mengambil pelajaran dan iktibar dari kambing kambing? hehehe (gaya Donald Duck)..

Tapi tu lah, aku menyahut seruan Menteri Kesihatan yang risaukan kadar obesiti rakyat Malaysia yang melambung lambung kebelakangan ini. Kita paling obes dalam Asia Tenggara, dan no 2 di Asia (sapa no 1 haa?)

Aku tak mahu bini gemuk. Aku mahu bini sihat. 

Kambing pun serupa. Aku tak mahu kambing gemuk. Aku mahu kambing sihat. Banyak masalah kambing gemuk gemuk. Seronok tengok, tapi kos tinggi dan tak produktif. Membazir je bela..

Aku dah merasa.

Bye!

No comments:

Post a Comment