Sunday, November 30, 2014

RINGGIT MALAYSIA YANG SEMAKIN JATUH..

Realitinya ekonomi Malaysia makin surut. Harga minyak jatuh. Pendapatan negara pun makin kurang. Dan bukan itu sahaja realiti pahitnya, hutang negara bertambah. Eksport pun berkurang. 

Ringgit Malaysia makin susut nilainya. Kalau setakat jangka pendek, buleh tahan lagi. Tetapi jangka panjang? Makin susut makin jatuh makin menjunam. Inilah kepercayaan banyak pakar ekonomi dalam dan luar negara.

Damn...

Bagi kambing, maknanya kambing kambing import semakin mahal. Prospek import semakin kurang menarik. Baguih juga berita ni kepada pembiak tempatan.

Lepas ni memang kita semua kena buat breeding. Local production lebih 'attractive'. Itu pasal ramai importer la ni dok sibuk sibuk nak breeding.

Tapi makanan ternakan yang banyak diimport semakin mahal. Uh oh! Bad news again.

Melainkan..... gembala. Haa yang ni memang tetap untung. Sampai bila bila. Biar lah ekonomi menjunam gila gila pun, selagi kambing makan rumput - kita pembiak ok lagi.

Bila makanan ternakan naik, kita kena lebih agresif dalam penggunaan sumber makanan tempatan. Kita kena lebih keras dalam mencari alternatif kepada bijirin. Sagu dah ok tapi production tak cukup. Hampas kelapa sawit (palm kernel) dah melambak lambak production tapi belum boleh ganti bijirin.

Agaknya palm kernel cake + tepung sagu adalah suplemen ternakan masa depan. Ada yang lain?

Anyone up to the task?

No comments:

Post a Comment