Saturday, February 2, 2013

NAPIER - KENAPA RAMAI TERLEPAS PANDANG?


Sebenarnya aku nak post benda lain, tapi ada pula regular kidnapper minta aku komen kenapa tak guna rumput napier dalam operasi pembiakan kambing aku. So aku kena layan dia dulu. Kalau bolayan je, dengan aku aku sekali dikidnapnya bawak ke sabah karang hahaha.

Napier ni lasak - senang tanam, senang hidup. Tumbuh meninggi, jadi bila menyabit tak sakit pinggang macam rumput lain. Dry matter yield pun ok juga. Dan satu sifat unik napier tempatan ni ialah lebih sedap kepada ruminan tempatan kita dan longer lasting. Rumput asing lain mungkin dry matter yield dia lebih tinggi, tapi kurang sedap dan cepat kaput - tak tahan lama. Tak boleh sustain lama lama tahap yield dia tu. Genetik tempatan juga yang tahan ye hehehe..

Habis tu, kalau napier dah senang cerita, apasal aku tak guna pula untuk kambing aku?

Ok, straight to the point. Rumput berbeza sifat dengan dedaun, 'properties' lain lain. Itu satu. Dan bagi kambing dan bebiri sama saiz, didapati tali perut bebiri lebih panjang daripada tali perut kambing. Maknanya apa yang dimakan bebiri mempunyai lebih masa untuk dicerna. Kenapa macam tu pula?

Rumput termasuklah napier sebenarnya memiliki dinding sel yang sangat liat berbanding pucuk dan dedaun. Ia memerlukan lebih banyak masa dan tenaga untuk dipecah, diurai dan dicerna. Yaaa pasal itu tali perut bebiri lebih panjang - untuk memberi lebih masa dan ruang untuk pencernaan lengkap, agar lebih banyak nutrien dari rumput boleh diserap.

Makanya sebab itu bebiri dipanggil grazers atau pemakan rumput. Dan sistem pencernaannya memang sesuai untuk grazers. Efficient. Lebih cekap daripada kambing bila memproses rumput, termasuklah rumput napier. Satu kilo rumput akan mendatangkan lebih banyak kenaikan berat badan kepada bebiri berbanding kambing.

Boleh nampak dah kan?

Bagi sesiapa yang buat sistem intensif, dan bercadang menggunakan rumput (napier, guinea etc) sepenuhnya, maybe lebih baik biakkan bebiri. Bebiri akan perform lebih baik daripada kambing dalam keadaan sebegitu. Kambing pula, bila dikandangkan sepenuh masa, dan diberi rumput sepenuhnya, akan underperform. Sistem pencernaannya tidak direka untuk cekap memproses rumput.

Tetapi sesiapa yang ternak kambing cara intensif, dan dedaun adalah basic feed atau full feed, maka kambing akan perform. Baik. Takde masalah.

Fenomena ini menerangkan salah satu sebab kenapa ramai yang gagal biakkan kambing guna sistem intensif. Banyak yang underperform. Which is actually easy to address. Instead of using napier, use more leaves and shoots. Tapi tu lah, bukan senang nak cari kuantiti dedaun yang cukup untuk kambing kita, tanpa sakit pinggang kan?

Bagi sesiapa yang biakkan kambing guna sistem semi intensif - itulah yang terbaik. Biarkan kambing tu mencari dedaun dan pucuk kegemarannya sendiri.Dia jadi happy. Dan kambing boleh overperform.

Tuan tuan, kambing ni browsers. Sistem pencernaannya direka untuk cekap atas dedaun. Tali perutnya lebih pendek berbanding grazers. Kalau kambing dapat makanan kesukaannya (dedaun) maka feed conversion ratio dia lebih cekap dari bebiri. Lebih cekap.

Bagi setiap kilo diet dedaun dan pucuk, kambing akan mendapat lebih banyak kenaikan berat berbanding bebiri. Kalau guna rumput macam napier untuk kambing, memang tak berapa kena lah. Kurang cekap. Boleh cerna, tapi tak sesempurna bebiri. Manakala bebiri pula kalau dibagi makan dedaun, dia pula tak cekap.

Beza kecekapan ni sangat ketara kalau sistem intensif, dan makan rumput atau dedaun sepenuhnya. Kalau guna dedak pada peringkat yang semakin tinggi dan tinggi, beza kecekapan tu semakin mengecil. Tak nampak sangat.

Jadi tuan tuan boleh nampak sekarang, kenapa aku kurang gemar guna napier untuk kambing aku. Kambing browser, dan dia lebih cepat happy dan gemuk dengan diet dedaun banding kalau aku guna napier.

Lagi satu, competition memang sengit tahap olimpik bila masa nak menyabit napier ni. Pantang tinggi sikit, dah kena sabit dengan orang. Geng lembu susu yang banyak cari napier kat tempat aku ni. So daripada aku sakit hati, lebih baik aku cari dedaun yang sememangnya banyak kat tempat aku. Tak payah susah susah tanam, banyak dedaun yang tumbuh meliar.

Salam!

15 comments:

  1. maka terungkailah misteri di sebalik penggunaan napier ni. ini saya tak tahu. ilmu baru. terima kasih prof. make sense. prof, saya bercadang nak buat silaj daun balik angin, ada banyak, tapi jauh dari kandang. nak suh adik gembala, p CC lagi dia suka, mcm prof kata, kambing lebih sesuai dengan dedaun, so kalo daun balik angin ni, ok la kan. cuma silaj la. nak cut cost dedak. kopak wo, kambing makin bertambah.

    jemput singgah, Central Buck Performance Test

    klik pada link ni, sebab link pada rakan blog tu ada error, internet problem, so terpost banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam error jugak je. kena tengok pada blog archive la jawabnya. haha.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. As-salam Prof Alwi..

    iye itu slah satu sbb mngapa Napier(rumput) xssuai utk kmbing..dinding sel(selulosa) rmput lbih tebal brbnding daun(nipis,ada lignin) dan rumput mngndungi silica yg brfungsi sbg Plant Secondary Compound(PSC) utk mnghakis gigi biri smasa mragut jd gigi biri lbih kuat n tbal dr kmbg. jd den trbca ada bbrapa bntuk prbzaan morfologi(btul ka) antra kmbg n biri utk mnyesuaikn dri dgn sumber mknn yg brbeza ni.cth mcm kelenjar airliur(kmbg bsar,biri ekcik),hati(kmbg besar,biri kecik),true stomach@abomasum(kmbg besar,biri kecik)..tp yg mngahirankn den di Australia kmbg ni mragut di pdg rumput yg luas..mgkinkah sah brlaku adaptasi trhdap kmbg di sana Prof??...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman mengembara sy membuktikan, kambing lebih suka pucuk dedaun kayu. Kalau byk pilihan, jrg-2 dipilih pucuk rumput.

      Maksudnya, kambing lebih suka pucuk kayu berbanding rumput.

      Terima kasih Alwi kerana pencerahan ini. Sy setuju.

      ..mmm kenapa org susah sgt nak terima benda benar yer.. (ditujukan pada penternak senior yg susah terima pendapat walaupun ia benar)

      Delete
    2. sistem apa depa pakai? kalau takde pokok, hanya padang rumput yang luas, maka nak makan apa kalau hanya ada rumput?

      kadang ada rumput lain..seperti di Malaysia..kambin suka makan juga jenis rumput Israel..kadang, paku pakis kat pokok sawit depa suka..

      mesti ada something else..adaptation tu rasa kalau dah takde choice..

      Delete
    3. pengalaman mengembala ; kambing suka pucuk ubi kayu, paku pakis, rumput isreal, daun pisang dll. Bagi jer lepas, pas tu perhati apa dia suka.

      bukan adaptation, tapi lebih kpd terpaksa.

      dari pucuk yg sedap kpd kayu/plastik pun kambing makan kalau dah tak ada benda lain nak makan. so..anda tentukan sendiri.

      Delete
  3. t.kasih sahaba..ini ilmu baru sebab waktu saya kursus dulu yang di ceta hanya napier lain2 tu kononnya hanya untuk tambahan...kalau boleh saya minta tolong dedaun2 apa yang selalu tuan2 bagi kat kambing tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prof alwi ni dia lepas je kambing, gembala je kambing ni, biar dia nak makan apa. favorite dia, daun pucuk ubi, segala jenis pucuk la.

      Delete
  4. terima kasih prof alwi. terjawablah sume persoalan kat dlm diri saya. saya dh lama perhati bebiri nie kalo makan lepas bwh pkok sawit,dia cepat lapar balik.so saya agak rumput israel nie cam xbper mengenyangkan. bila saya bagi napier, bebiri lambat lapar,xcepat mengembek (lapar).rupa2nye napier nie lambat hadam. TQ again...

    ReplyDelete
  5. ha.. ni artikel saya yang ideanya daripada post Prof Alwi pasal napier. terbukti, makan pucuk daun lebih efisyen untuk kambing berbanding rumput. jemput singgah, baca Daun VS Rumput

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  7. salam kalau daun kelapa sawit ni kategori macam mana? rumput atau dedaun... sebab saya tengok ramai penternak beri bebiri makan daun ini

    ReplyDelete