Sebenarnya
aku nak post benda lain, tapi ada pula regular kidnapper minta
aku komen kenapa tak guna rumput napier dalam operasi pembiakan
kambing aku. So aku kena layan dia dulu. Kalau bolayan je, dengan aku
aku sekali dikidnapnya bawak ke sabah karang hahaha.
Napier
ni lasak - senang tanam, senang hidup. Tumbuh meninggi, jadi bila
menyabit tak sakit pinggang macam rumput lain. Dry matter yield
pun ok juga. Dan satu sifat unik napier tempatan ni ialah lebih sedap
kepada ruminan tempatan kita dan longer lasting. Rumput asing
lain mungkin dry matter yield dia lebih tinggi, tapi kurang
sedap dan cepat kaput - tak tahan lama. Tak boleh sustain lama
lama tahap yield dia tu. Genetik tempatan juga yang tahan ye
hehehe..
Habis
tu, kalau napier dah senang cerita, apasal aku tak guna pula untuk
kambing aku?
Ok,
straight to the point. Rumput berbeza sifat dengan dedaun,
'properties' lain lain. Itu satu. Dan bagi kambing dan bebiri sama
saiz, didapati tali perut bebiri lebih panjang daripada tali perut
kambing. Maknanya apa yang dimakan bebiri mempunyai lebih masa untuk
dicerna. Kenapa macam tu pula?
Rumput
termasuklah napier sebenarnya memiliki dinding sel yang sangat liat
berbanding pucuk dan dedaun. Ia memerlukan lebih banyak masa dan
tenaga untuk dipecah, diurai dan dicerna. Yaaa pasal itu tali
perut bebiri lebih panjang - untuk memberi lebih masa dan ruang untuk
pencernaan lengkap, agar lebih banyak nutrien dari rumput boleh
diserap.
Makanya
sebab itu bebiri dipanggil grazers atau pemakan rumput. Dan sistem
pencernaannya memang sesuai untuk grazers. Efficient. Lebih cekap
daripada kambing bila memproses rumput, termasuklah rumput napier.
Satu kilo rumput akan mendatangkan lebih banyak kenaikan berat
badan kepada bebiri berbanding kambing.
Boleh
nampak dah kan?
Bagi
sesiapa yang buat sistem intensif, dan bercadang menggunakan rumput
(napier, guinea etc) sepenuhnya, maybe lebih baik biakkan bebiri.
Bebiri akan perform lebih baik daripada kambing dalam keadaan
sebegitu. Kambing pula, bila dikandangkan sepenuh masa, dan diberi
rumput sepenuhnya, akan underperform. Sistem pencernaannya tidak
direka untuk cekap memproses rumput.
Tetapi
sesiapa yang ternak kambing cara intensif, dan dedaun adalah basic
feed atau full feed, maka kambing akan perform. Baik. Takde masalah.
Fenomena
ini menerangkan salah satu sebab kenapa ramai yang gagal
biakkan kambing guna sistem intensif. Banyak yang underperform. Which
is actually easy to address. Instead of using napier, use more leaves
and shoots. Tapi tu lah, bukan senang nak cari kuantiti dedaun yang
cukup untuk kambing kita, tanpa sakit pinggang kan?
Bagi
sesiapa yang biakkan kambing guna sistem semi intensif - itulah yang
terbaik. Biarkan kambing tu mencari dedaun dan pucuk kegemarannya
sendiri.Dia jadi happy. Dan kambing boleh overperform.
Tuan
tuan, kambing ni browsers. Sistem pencernaannya direka untuk cekap
atas dedaun. Tali perutnya lebih pendek berbanding grazers. Kalau
kambing dapat makanan kesukaannya (dedaun) maka feed conversion ratio
dia lebih cekap dari bebiri. Lebih cekap.
Bagi
setiap kilo diet dedaun dan pucuk, kambing akan mendapat lebih banyak
kenaikan berat berbanding bebiri.
Kalau guna rumput macam napier untuk kambing, memang tak berapa kena
lah. Kurang cekap. Boleh cerna, tapi tak sesempurna bebiri. Manakala
bebiri pula kalau dibagi makan dedaun, dia pula tak cekap.
Beza
kecekapan ni sangat ketara kalau sistem intensif, dan makan rumput
atau dedaun sepenuhnya. Kalau guna dedak pada peringkat yang semakin
tinggi dan tinggi, beza kecekapan tu semakin mengecil. Tak nampak
sangat.
Jadi
tuan tuan boleh nampak sekarang, kenapa aku kurang gemar guna napier
untuk kambing aku. Kambing browser, dan dia lebih cepat happy dan
gemuk dengan diet dedaun banding kalau aku guna napier.
Lagi
satu, competition memang sengit tahap olimpik bila masa nak menyabit
napier ni. Pantang tinggi sikit, dah kena sabit dengan orang. Geng
lembu susu yang banyak cari napier kat tempat aku ni. So daripada aku
sakit hati, lebih baik aku cari dedaun yang sememangnya banyak kat
tempat aku. Tak payah susah susah tanam, banyak dedaun yang tumbuh
meliar.
Salam!
maka terungkailah misteri di sebalik penggunaan napier ni. ini saya tak tahu. ilmu baru. terima kasih prof. make sense. prof, saya bercadang nak buat silaj daun balik angin, ada banyak, tapi jauh dari kandang. nak suh adik gembala, p CC lagi dia suka, mcm prof kata, kambing lebih sesuai dengan dedaun, so kalo daun balik angin ni, ok la kan. cuma silaj la. nak cut cost dedak. kopak wo, kambing makin bertambah.
ReplyDeletejemput singgah, Central Buck Performance Test
klik pada link ni, sebab link pada rakan blog tu ada error, internet problem, so terpost banyak kali.
macam error jugak je. kena tengok pada blog archive la jawabnya. haha.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesalah coding rupanya... hahaha... Central Buck Performance Test Re-post
DeleteAs-salam Prof Alwi..
ReplyDeleteiye itu slah satu sbb mngapa Napier(rumput) xssuai utk kmbing..dinding sel(selulosa) rmput lbih tebal brbnding daun(nipis,ada lignin) dan rumput mngndungi silica yg brfungsi sbg Plant Secondary Compound(PSC) utk mnghakis gigi biri smasa mragut jd gigi biri lbih kuat n tbal dr kmbg. jd den trbca ada bbrapa bntuk prbzaan morfologi(btul ka) antra kmbg n biri utk mnyesuaikn dri dgn sumber mknn yg brbeza ni.cth mcm kelenjar airliur(kmbg bsar,biri ekcik),hati(kmbg besar,biri kecik),true stomach@abomasum(kmbg besar,biri kecik)..tp yg mngahirankn den di Australia kmbg ni mragut di pdg rumput yg luas..mgkinkah sah brlaku adaptasi trhdap kmbg di sana Prof??...hehe
Pengalaman mengembara sy membuktikan, kambing lebih suka pucuk dedaun kayu. Kalau byk pilihan, jrg-2 dipilih pucuk rumput.
DeleteMaksudnya, kambing lebih suka pucuk kayu berbanding rumput.
Terima kasih Alwi kerana pencerahan ini. Sy setuju.
..mmm kenapa org susah sgt nak terima benda benar yer.. (ditujukan pada penternak senior yg susah terima pendapat walaupun ia benar)
sistem apa depa pakai? kalau takde pokok, hanya padang rumput yang luas, maka nak makan apa kalau hanya ada rumput?
Deletekadang ada rumput lain..seperti di Malaysia..kambin suka makan juga jenis rumput Israel..kadang, paku pakis kat pokok sawit depa suka..
mesti ada something else..adaptation tu rasa kalau dah takde choice..
pengalaman mengembala ; kambing suka pucuk ubi kayu, paku pakis, rumput isreal, daun pisang dll. Bagi jer lepas, pas tu perhati apa dia suka.
Deletebukan adaptation, tapi lebih kpd terpaksa.
dari pucuk yg sedap kpd kayu/plastik pun kambing makan kalau dah tak ada benda lain nak makan. so..anda tentukan sendiri.
t.kasih sahaba..ini ilmu baru sebab waktu saya kursus dulu yang di ceta hanya napier lain2 tu kononnya hanya untuk tambahan...kalau boleh saya minta tolong dedaun2 apa yang selalu tuan2 bagi kat kambing tuan...
ReplyDeleteProf alwi ni dia lepas je kambing, gembala je kambing ni, biar dia nak makan apa. favorite dia, daun pucuk ubi, segala jenis pucuk la.
Deleteterima kasih prof alwi. terjawablah sume persoalan kat dlm diri saya. saya dh lama perhati bebiri nie kalo makan lepas bwh pkok sawit,dia cepat lapar balik.so saya agak rumput israel nie cam xbper mengenyangkan. bila saya bagi napier, bebiri lambat lapar,xcepat mengembek (lapar).rupa2nye napier nie lambat hadam. TQ again...
ReplyDeleteha.. ni artikel saya yang ideanya daripada post Prof Alwi pasal napier. terbukti, makan pucuk daun lebih efisyen untuk kambing berbanding rumput. jemput singgah, baca Daun VS Rumput
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat
DeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu.
ReplyDeletesalam kalau daun kelapa sawit ni kategori macam mana? rumput atau dedaun... sebab saya tengok ramai penternak beri bebiri makan daun ini
ReplyDelete