Monday, June 8, 2015

KAMBING YANG PANDAI BERAK DUDUK

Aku pergi ladang seorang rakan penternak. Dan aku jumpa ini.


Oh whats that?



Closer.... shitting?



I'm sorry to disturb you sir! Please continue your business....

Sunday, June 7, 2015

DIA PUNYA TELINGA..

Aku 'lemah betul' tengok anak kambing bertelinga sebegini. Entah kenapa aku ada 'soft spot' untuk mereka. Dah built in kot dalam genome aku. Dan biasanya kambing bertelinga sebegini memang nakal. Suka menggigit. 

Dan aku terhibur geli hati melihat telatah tiga beradik kembar ini.








Thursday, June 4, 2015

THE KIDS AND THE PROTOCOL

Sebahagian anak anak kambing di alwigoatfarm baru baru ini.

Dalam operasi pedaging apalagi tenusu, disiplin dalam mengikuti protokol atau Standard Operating Procedure adalah lebih penting daripada mencipta protokol. Kita ni suka buat macam macam protokol (pasal kita tahu kalau buat protokol tersebut - prestasi kambing akan meningkat).

Masalahnya bila semakin bertambah protokol, kita pula yang takde disiplin. Tak larat nak ikut. 

Aku bagi contoh ye. 

Ok. Kalau kita tambah tepung vitamin ke dalam dedak ibu kambing yang menyusukan, kita tahu prestasi ibu dan anak akan meningkat. Tapi dalam masa yang sama, input buruh bertambah pasal kita kena gaul dedak dengan vitamin. Hari hari. (Jangan gaul siap siap bubuh dalam tong untuk simpanan beberapa hari atau minggu - vitamin mudah teroksida/reput, tak kisahlah dalam bentuk tepung atau cecair - kena buat 'fresh' atau bila nak guna je). 

Satu lagi protokol ialah gunakan garam biasa + tepung vitamin ke dalam air minum kambing. Ini juga boleh meningkatkan prestasi kelahiran dan kenaikan berat badan kambing. Juga menurunkan mortaliti dengan signifikan. Haa yang ni senang sikit kerjanya.

Dan satu lagi protokol ialah menggunakan iron dextran kepada ibu kambing yang menyusukan dan anak anaknya. Ini pun protokol yang bagus untuk diikuti. Berdasarkan pengalaman aku, ianya berkesan untuk mempercepatkan kenaikan berat badan anak anak kambing walaupun jumlah dedak dikurangkan. Haa jimat dan berkesan. Cuma larat tak larat nak buat. Nak kena cucuk satu satu. Pehhh kambing sikit buleh la. Kena beratus ratus?

Sekarang aku nak tanya tuan puan - larat tak kita ikut semua ketiga tiga protokol di atas? Siapa antara kita yang cukup berdisiplin, dan ada masa untuk membuat ketiga tiga protokol di atas secara konsisten?

Kita masing masing ada kekangan. Macam macam sebab. 

Apa yang aku buat sekarang ialah bertahan dengan protokol kedua. Menggunakan air garam bercampur tepung vitamin. Yaaaa aku ambil cara yang aku boleh buat secara 'mass effect'. Dan sekejap. Aku tak pilih protokol yang kena buat secara individu. Senang sikit kerja. Input tak banyak sangat.

Protokol pertama aku dah tak buat. Protokol ketiga dibuat secara selektif. 

Takpelah. SOP sikit. Tapi bertahan. Dan berdisiplin. Istiqamah. Amalan.

Dan sama seperti yang diajar dalam agama, amalan yang sedikit tapi berterusan membawa kesan yang besar. Yep, benar sekali.

Kalau buat tiga tiga protokol? Dan istiqamah dalam ketiga tiganya?

Pehhhh...... aku pikir breeding performance mencecah tahap ekstrem. Boleh pecah kid rate 2.3 per year, average weight = @ >30kg pada umur 6 bulan, production cost seekor <$100 (kalau lebih $100 pun takdak masalah - produktiviti tinggi, output tinggi).

Dan semua ini boleh dibuat tanpa menaikkan input dedak.

Ke dah ada sapa sapa yang buat dan mencapai prestasi sebegini?

**Aku harap ada Geng Vitamin yang boleh mengkaji peranan vitamin dalam prestasi pengeluaran kambing di Malaysia. Harapnya ada yang boleh mengkaji tahap vitamin dalam foraj bawah sawit/pokok dibandingkan foraj terbuka. Juga ada kajian ke atas tahap vitamin dalam darah kambing yang berprestasi tinggi dan rendah.

Geng Herba dah sampai, Geng Vaksin dah sampai, Geng Kutu pun dah sampai, haa tunggu Geng Vitamin pula sampai......

Cepat sikit ye, tak sabar menunggu. 

Assalam! 

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

Wednesday, June 3, 2015

PROGRAM JELAJAH AGROPRENEUR MUDA : $2.6 JUTA DILEPASKAN HARI INI

Zon Utara (Penang dan Perak). Yang diadakan pada hari ini. Di RTC Gopeng.

Pagi tadi aku pi RTC Gopeng. Fashionably late. The last one to register. Aiiii ada isu sikit pagi pagi tadi. Isu yang tidak memerlukan tisu, baik tisu muka mahu pun tisu tandas. Tapi isu yang memerlukan aku menggigit gigit tisu dalam kereta demi mengawal kestabilan emosi aku.

Ok. Potong cerita isu tisu yang tidak penting. Fokus kepada Program Jelajah Agropreneur Muda Zon Utara yang berlangsung tadi. Penganjur program ini ialah Unit Agropreneur Muda (UAM). Unit khas dibawah Kementerian Pertanian. Boleh juga kita panggil 'pet project' Menteri Tani, Pak Ismail Sabri. 

Objektif UAM ialah membantu agropreneur muda. Yang bawah 40 tahun. Agar istiqamah dalam usaha tani. Kerana sesungguhnya cabaran bertani cabaran mengeluarkan makanan  memerlukan keazaman yang mutlak. Kepercayaan yang absolut, menyempadani hilangnya kewarasan. Dan bukan semua golongan peladang memiliki semangat sebegitu. (Apa ayat aku lain macam ni? Terpengaruh dengan siapa pula?)

Apa pun, UAM dah dapat kelulusan peruntukan $10 juta semalam dari Pak Ismail Sabri. Dan hari ini, sudah pun dilepaskan amaun sebanyak $2.6 juta. Thats... amazingly quick. 

Perhimpunan tadi hampir 200 orang. Dan semua yang mendaftar pagi tadi (dan berdaftar sebagai ahli UAM yang kini mencecah 4200 orang) mendapat kelulusan geran. IKC. In Kind Contribution. Aku nak cerita lebih lebih pun pening. Senang cerita kepada belia belia tani, lebih baik bersegera memohon peruntukan UAM sebelum diorang kehabisan dana. Geng diorang ni laju aje lepaskan dana kepada rakyat peladang. 

Nanti!.... semua yang hadir hari ini adalah dibawah agensi masing masing. Ada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ada Mardi, ada Lembaga Nenas, ada Pertubuhan Peladang Kawasan, ada macam macam lagi. Maknanya ada agensi pembimbing. Bukannya para peserta datang sebagai individu.

Aku sendiri datang di bawah bendera Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)/ Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Jadi aku rekemen semua geng penternak mendaftarkan diri dengan mana mana agensi pertanian yang berkenaan. Berlapis lapis agensi pun takpa. Lagi bagus. Kalau satu agensi lupa nak hantar kita, satu agensi lagi ingat kat kita. Haaa... buat macam tu. 

Ok. Kita tengok gambar sambil berceritalah.



Dari kiri Rich Farm, aku, dan Man Jadda Wa Jadda. 35,36,37. Urutan kesebayaan. 


Bersama Ruziah, otai penternak bebiri dan lembu. Dah 10 tahun menternak.


Bersama Hasnol. Dulu dengan Ksvet, kini di JPV Teluk Intan


Bersama Tuan Satar Lajeh. Otai pembiak kambing di Pulau Pinang. Tuan Satar Lajeh dah overqualify untuk program UAM. Terkejut aku tengok dia duduk senyap senyap sebelah aku. 


Reporter Kosmo interview aku, Tajul Asyraf, dan Zul Man Jadda Wa Jadda


Rich Farm bersama Tuan Arif Idris, ahli Majlis Perunding Belia UAM. Tuan Arif Idris dulu bela kambing lepas habih sekolah. 2001-2009. 8 tahun juga tu. Breeder. Ada la 500-600 ekor. Dan yang mengejutkan, Tuan Arif pinjam ahlong $90,000 untuk modal awal. Pehhh berani betoi ni. Dan  beliau berjaya habis bayar hutang kepada ahlong tersebut. Sebulan $2500.  Omakk kauu....


Bersama Mr Wong dari Batu Gajah. Pembiak kambing. Dulu ada 500 ekor kambing, tetapi atas sebab sebab yang belum sempat aku korek, kini ada 50 ekor kambing. Takpa nanti ada masa aku crashland ladang dia.


Puan Amalina dari Malim Nawar. Usahawan jemputan dari Malim Nawar. Produk utama telur masin jenama Mak Mertua. Kini makanan ternakan unggas rumusan dan buatan sendiri. Pemenang Rural Busines Challenge 2012 yang mendapat geran $2 juta. 

Kelulusan Sijil Tinggi Agama. Jadi guru agama sebelum buat keputusan bela itik penelur, buat dan jual telur masin. Banyak sepak terajang yang dilalui, termasuklah produk ditiru dan disabotaj (diborong banyak banyak kemudian disimpan kemudian bila hampir tarikh luput - dihantar ke peruncit agar dianggap membekalkan telur masin busuk). 

Lagi diganggu teruk dengan sihir, hingga menyebabkan rugi $30,000 pada tahun sudah. (Tetapi aku yakin, setiap kali sihir dihantar, pintu rezeki akan terbuka lebih luas. Jadi aku doakan agar Puan Amalina tabah menghadapi gangguan sihir tersebut). 

Apa pun syabas diucapkan kepada Puan Amalina, kerana masih bertahan. Semoga usaha mengeluarkan makanan yang halal lagi baik untuk umat Islam, dan semoga usaha membebaskan umat Islam dari kebergantungan makanan kepada golongan kafir, terus diberkati Tuhan. 


Free public speaking session for all. Yang ni aku dah lupa nama dia. Tak sempat berkenalan. Tapi menternak kambing di Penang. Ada 250 ekor. 


Tajul Asyraf bersama surat kelulusan geran bersyarat. Dia dapat $15,000 ke $20,000? Aku dah lupa. Tapi maksimum nilai geran untuk program IKC UAM ni adalah $20,000. Banyak geng kambing dan lembu yang dapat nilai geran yang maksimum. 


Zul Man Jadda wa Jadda Farm bersama Tuan Arif Adenan, Pengarah UAM. Zul dapat peruntukan yang lebih dari biasa. Special case. Dia sorang je yang lain dari semua peserta. Pasal dia merajinkan diri dan bersungguh turun naik pejabat UAM (pejabat UAM ada tangga ke? wahahaha)

Ok. Terima kasih kepada semua agensi pembimbing dan pegawai terlibat yang bersusah payah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada Unit Agropreneur Muda, Kementerian Pertanian, dan Pak Menteri Tani DS Ismail Sabri.

Yep. Thanks everyone!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

Tuesday, June 2, 2015

SEJAK BILA KO JADI SARJAN?

Angsa aku ada kecelaruan identiti. Setiap pagi semasa kambing keluar meragut, akan memastikan dirinya berada di hadapan dan memekik mekik kepada kambing kambing yang berbaris di belakangnya.

Nampaknya banyak binatang binatang dalam alwigoatfarm ada isu psikologi yang perlu ditangani segera...





(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

BILA NENEK KEPADA NENEK BERANAK

Aku ada 5 ekor betina asal di ladang, yang masih aku simpan untuk tujuan observasi prestasi mereka. Maksud betina asal ialah kambing betina yang pertama kali aku beli dimana umur sebenarnya tidak diketahui. Tetapi apa yang aku tahu, 10 tahun dahulu, semasa aku memulakan operasi ini, semua betina betina ini telah pun bersalin semua gigi.

Jadi usia mereka pastinya 14 tahun ke atas.

Daripada 5 ekor yang aku simpan untuk eksperimen, 3 dah kena kebas. Jadi tinggal dua ekor. Errr... bila sampel terlalu sedikit, maka rumusan yang dibuat tidaklah tepat.

Jadi baik aku bagitau awal awal, apa yang aku perhatikan ini hanyalah spesifik di ladang aku. Tidak terpakai untuk semua ladang pengembala.

Baik. Betina mak nenek, atau lebih tepat betina nenek nenek, masih mampu untuk beranak walau pun sudah lanjut usianya. Kambing betina sememangnya tiada isu menopause. Berbeza sungguh dengan manusia perempuan. 

Dan kambing betina walau sudah tua, masih produktif.... sekiranya dalam sistem gembala. Input mereka masih rendah. Masih berbaloi menyimpan mereka, walaupun jarak kelahiran semakin jauh, atau kekembaran menurun.

Tapi aku tak rekemenlah simpan banyak betina tua tua.

Berdasarkan data aku, prestasi puncak kambing betina gembalaan bawah sawit mula menurun sekitar umur mereka 8-9 tahun. Selepas umur ini, walaupun masih produktif, input kita naik sedikit untuk mengekalkan prestasi mereka.

Tak rugi. Cuma untung kurang. 

Ada tak rakan rakan pengembala kambing yang lain menyimpan data lebih lama dari ini dan bersetuju dengan observasi aku? 

Yeahhh The Old Queen keep producing babies after babies. A majestic cash machine, though its getting slower and harder for her. I think I will retire her after so many years of service. 

Thanks O Your Majesty the Queen of Kambeng!

And thanks the Lord for creating you!


(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!




Monday, June 1, 2015

GENGKAMBING! ASSEMBLE!

Kali ini gengkambing.com berkumpul di Lalah River Goat Farm (LRGF), Negeri Bersembilan. Pemiliknya ialah Pak Es Emdi, old boy Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Ada sapa sapa lagi geng MCKK yang bela kambing? Nak berkenalan lah.

Orait. Ini kali kedua aku sampai ke LRGF. Cuma kali ini bukan atas urusan peribadi tetapi perjumpaan ketiga gengkambing.com. Dan kali ini bukan borak kosong, kerana ada beberapa 'business deals' berjaya dilaksanakan. Syabas atas 'intra trade' antara ahli ahli. 

Ok. Mari kita lihat gambar gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang mesyuarat, atau mungkin lebih tepat 'mesyukmakan'. Buehehe....

Sebenarnya ni gambar yang terakhir tapi aku awalkan. Pak Es Emdi yang di tengah tengah. Anaknya Adil Shahrom baju biru yang terkanan dalam gambar. Dari kiri Bang Usop Oblong, Isal Keratong Agro, Kasan Razi Ghaniyun Farm, Pak Es Emdi, Mohd Faisal Basri, Akim , dan Adil. Pak Puteh tiada dalam gambar kerana perlu balik ke ladang untuk jadi Superman (gembala kambing lah - sapa yang tak faham, boleh rujuk post pasal dia).

 Peserta terawal mesyuarat. Pak Puteh, sang pengembala yang artistik dan spiritual. Untuk memahami Pak Puteh adalah suatu senaman minda. Segala neuron dan synapses dalam otak kita perlu berfungsi dengan kecekapan tinggi. An interesting personality indeed. 

Bagi Pak Es Emdi pula, ianya turut sukar bagi aku. Dia jenis kreatif. Sangat kreatif. Sebab itu dia senyap. Aloof I think. Sukar berkongsi perasaan secara terbuka.  

Haaaa... nasib baik pisang dihidangkan. Pisang sememangnya tinggi tenaga. Dan otak aku perlukan amaun tenaga yang tinggi dalam usaha memahami kedua dua personaliti veteran ini. 

Mesyuarat berlangsung dalam keadaan food oversupply. Aku rasa kalau semua mesyuarat akan datang gengkambing.com berlangsung dalam keadaan begini, semua ahli ahli gengkambing.com bakal memiliki ciri ciri pedaging yang superior.

Caffeine oversupply. Buat pertama kali, tuan rumah benar benar memahami keperluan aku. Kopi bersilih ganti. Aku rasa ada empat gelas kot kopi yang aku telan. Caffeine overload aku dibuatnya. Takpa takpa terima kasih bebanyaklah kat puan rumah.  

Sekali lagi selfie Bang Usop menjadi pilihan. Aku ni pengerusikan mesyuarat atau main henpon? Parokkk parokkk..

Semasa bermesyuarat kitorang dihidangkan dengan pemandangan kambing keluar meragut. Beautiful!!

Shami kacukan boer. Masing masing berbulu kat peha. Ada juga yang berbulu kat atas. 

Berbulu... signature kambing kambing LRGF

Ada tetamu yang baju merah tu. Penternak kambing juga. Datang untuk dapatkan bekalan susu. Faizal namanya. Rasanya ladang dia di Gemenceh. Kalau tak silap aku lah. 

The Three Dons. Balik awal sebab hujan lebat. Sempat kebas pokok mulberry yang ditanam.

Gambar special. Mak Es. Gengkambing.com yang lain lain sibuk kat kandang tengok kambing LRGF bila habis mesyuarat, aku pula menghabiskan masa dengan Mak Es. Cuba memahami siapa dan sejarah Pak Es.

Kesimpulannya Pak Es adalah writer. Creative person. Dan personaliti kreatif ni biasanya 'closed'. Dan yang bestnya Mak Es berjaya memahami Pak Es, seterusnya membantu dan memberi sokongan dalam meninggikan creative output Pak Es. Syabas!

Rupanya antara hasil kerja Pak Es ialah sebagai penerbit dokumentari The Book of Signs (Science in the Quran). Boleh google kat youtube. Menelusuri pemikiran Dr Maurice Bucaille (doktor Perancis yang memeluk Islam) yang mengkaji sains dalam AlQuran.

Dan aku ada tanya Pak Es, adakah siri hipotesis aku ada gaya Maurice Bucaille? Pak Es jawab - tidak. Phewwww... bagus bagus. I would like to think I am an original thinker. Tidak dipengaruhi siapa siapa. 

Ok. Aku pikir setakat ini sahaja yang mampu aku tulis. Semoga kita semua ketemu lagi. Hmmm.... ladang kambing siapa pula yang kita nak terjah ye?

Ada cadangan?

Assalam!


Sunday, May 31, 2015

WELCOME FIZKAMBINGFARM!

Aku nak ucap selamat berblogging kepada saudara Hafizal dari Taiping, seorang pengembala kambing. Juga ucapan selamat datang kerana sudi menyertai saf pembiak. Bersama sama kita berjuang mmberikan yang terbaik untuk upacara Qurban dan Aqiqah umat Islam di Malaysia ini!

Alamat blog kambing saudara Hafizal ialah www.fizkambingfarm.blogspot.com

Aku dah link kan blog beliau ke blog aku.

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman! Diharap saudara Hafizal semakin gigih menulis pengalaman suka duka beliau menternak kambing!

Welcome into the fight for freedom!!

Tu diaa! Gaya hensem seorang pengembala kambing bersama Sang Predator yang berjaya ditewaskan. Terbaik!


PELAWAT - MUDA ITU ASET

Aku didatangi seorang pelawat muda remaja yang sangat berminat dengan kambing. Umur baru 16, dan dah mula terfikir untuk bela kambing sebagai pekerjaan utama. 

Amir namanya. Datang bersama bapanya, Saiful Azanif. Bercadang membuka ladang kambing di Perlis.

Dan bagi aku, kemudaan itu satu kelebihan yang maha penting dalam perjuangan memerdekakan industri dari kebergantungan. Lebih ramai anak muda yang menyertai saf pembiak, dan sama sama berkongsi hasrat meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara, maka lebih tinggilah peluang kejayaan merealisasikan hasrat tersebut.

Kemudaan adalah aset utama dalam mana mana perjuangan. Sejarah anak anak Adam di Bumi ini membuktikannya.

Welcome into the fight for freedom, Amir!!





Tuesday, May 26, 2015

HAI NAMA SAYA UPIN!!

Ini adik saya Ipin!

Umur kami baru dua hari. Buat masa ini kami budak baik dan taat segala perintah. Tapi beberapa hari lagi, kami akan transformasi kepada budak nakal yang bakal menggeramkan tuan kami hingga dia tertonggeng tonggeng menepuk nepuk dahinya yang semakin terang dari rambut.

Kami akan tersepit kaki dan kepala, kami akan tercekik dedak dan rumput, kami akan curi susu ibu lain, kami akan menanduk nanduk mana mana anak kambing yang lebih kecil dari kami...

Yaaa kami akan menukar vegetasi kepala tuan kami! Dari hutan Amazon 100 juta tahun kepada laman lanskap yang terang benderang, atau padang pasir Atacama yang kering kontang..

Inilah sifat kami yang sebenar benarnya.

Kambing adalah naaaakalllll !!!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

Thursday, May 21, 2015

MYSTERY OF THE WEAK GOAT

Aku ada seekor kambing yang baru baru ni berubah menjadi pelik. Dia boleh ikut gembala. Dia boleh lompat parit. Tapi.... tak lepas naik tangga kandang. Anaknya ok cukup susu takdak masalah.

Musykil sungguh aku dibuatnya. Kenapa ye?

Deficiency apa ye? Vitamin? Mineral?


(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

Wednesday, May 20, 2015

COFFEE WITH GENG KAMBING TEMERLOH

Sebenarnya bukan kopi. Tapi teh o. Aku takut nak minum kopi malam malam. Takut tak boleh tidur. Karang siang besok muka toyo aje tak larat nak buat kerja. 

Dan sesi kopi (teh) kali ini ialah bersama Geng Kambing Temerloh, atau pun nama rasminya Komuniti Penternak Kambing Temerloh. 

Mereka juga berkongsi hasrat yang sama dengan www.gengkambing.com. Berusaha membebaskan umat Islam dari kebergantungan. Berusaha membiakkan kambing kambing yang terbaik untuk keperluan umat Islam.

Zaid @ Penternak Tegar, merangkap ketua Komuniti Penternak Kambing Temerloh. Yang pakai baju kelabu cap Kaki Bakar. Geng kambing golek juga dia ni. 

Sebelah kanan ialah Suparbi, atau Bang Bi. Pembiak kambing di Kerdau. Berhampiran Temerloh. 

Terima kasih kerana sudi minum kopi (teh) dengan aku. Dan...

Welcome into the fight for freedom!!

Tuesday, May 19, 2015

AYAT AYAT HIKMAH GENGKAMBING

Salah seorang ahli gengkambing.com mengeluarkan ayat ini bila berbicara soal perempuan.

"Bukan senang nak jumpa perempuan yang sanggup cium bau kambing. Yang sanggup cium duit jual kambing memang ramaiii..."

Ada butir butir kebenaran dalam ayat tersebut.

Makanya, jika ada perempuan yang menunjukkan minat mendalam terhadap kambing, maka eloklah para penternak kambing yang laki laki bersegera masuk meminang. Kerana adalah jelas mereka berminat dengan bau kambing dan bau taik kambing, bukannya berminat dengan duit jual kambing semata mata.

Betul? Ke tak betul?

Awek minat kambing? Apa tunggu tunggu? Cepat cepat lah sunting! (Khas buat seorang ahli www.gengkambing.com yang masih bujang)

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

BESARNYA PERUT CHINA..



Ok. Pertama sekali alwigoatfarm sebenarnya adalah 'isolationist'. Dulu dulu tau duduk diam diam sahaja jauh dari orang dan berkawan dengan kambing sahaja. Bercakap dengan alam dan bercakap dengan diri sendiri. Tak pernah ambil pusing akan industri. Tak pernah kenal siapa player, siapa pegawai, siapa orang itu orang ini.

Apalagi international trade.

Tapi sekarang, aku mula ambik tahu serba sedikit, dan terima kasih kepada rakan rakan dalam pakatan pembiak terutamanya - Imran, yang biasa dalam international trade, yang biasa bawak lembu kambing berkapal kapal. Yep, kapal. Laut. Bukan lagi kapal terbang. 

Imran biasa dengan large consignment dan kontrak yang nilainya jutaan ringgit, dan Imran telah pun menjadi major player dalam industri ketika umurnya masih muda. Lewat 20an. Kini dah masuk awal 30. 

Sebaya Isal. Dan Isal juga ahli pakatan pembiak. Admin kepada group facebook Penternak Lembu dan Kambing Malaysia, group penternakan yang terbesar dalam Malaysia. Aku pun tak tahu dah berapa ahli group tersebut, tapi rasanya dah hampir 20,000.

Syabas Imran. Syabas Isal.

Syabas kerana menyertai pakatan pembiak. Syabas kerana sama sama percaya dan berusaha membebaskan diri dari kebergantungan.

Ok. Masuk cerita statistik di atas. Kalau tengok rajah yang pertama, itu berkenaan harga lembu di negara negara Asean dan China. Senang cerita harga lembu di negara negara lain lebih menarik berbanding Malaysia dan Filipina. Kuasa beli Malaysia rendah, tak cukup... power. Jadi Australia sekarang lebih berminat jual lembu kepada Indonesia, Thailand, Vietnam, dan China.

Tetapi....

Semua lembu yang dihantar ke Thailand, Vietnam, Laos, Cambodia BUKAN untuk memenuhi pasaran tempatan di negara negara tersebut (rujuk rajah ke 2 akan peningkatan dramatik eksport lembu Australia ke empat negara tersebut), sebaliknya...

untuk digemukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke China. 

Yaaa.. Thailand, Vietnam, Laos , Cambodia dijadikan pusat feedlot lembu lembu australia ini sebelum dagingnya dieksport ke China. 

China sedang menyedut masuk majoriti lembu lembu Australia dengan penuh bernafsu. Lebih berahi dari Amerika. Lebih lahap dari Amerika.

Dan harga lembu di China lebih tinggi dari negara negara rantau Asean. Manakala kos penggemukan, disebabkan ada banyak sisa pertanian, lebih murah di Thailand Vietnam Cambodia Laos, berbanding Malaysia. 

Jadi memang patut semua lembu Aussie hala ke China.

China sememangnya berperut besar... 

*tapikan, apa pula yang terjadi kat Myanmar? Takkan terlepas bas macam Malaysia dan Filipina juga? Ke memang selama ni banyak lebihan lembu yang diseludup masuk Ke China? 

Tapi dengar dengar, junta Myanmar hanya melepaskan lembu lembu tua lebih 10 tahun umur untuk eksport. Bawah dari itu tak boleh. Simpan untuk dibiakkan. 

Dan kenapa kita Malaysia ni asyik makan lembu kambing tua reject reject yang orang kafir tak mahu dah. Patutlah asyik pening pengsan pitam naik darah tinggi rakyat Malaysia bila makan daging. Sedihnya.......

Moh kita biakkan lembu dan kambing muda untuk rakyat negara ini! Mari kita berusaha membekalkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia!

Lets breed for freedom!!!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

Monday, May 18, 2015

PELAWAT - GENG KUTU!

Ada geng kambing. Ada juga geng kutu. Ini yang kita panggil simbiotik!

Saling memerlukan.
______________________

Baru baru ini aku dilawat oleh Jing Jing dan pasukannya. Dr Jing Jing. Dari Tropical Infectious Disease Research and Education Centre (TIDREC). Salah satu unit dalam Department of Medical Microbiology, Faculty of Medicine. Universiti Malaya.

Buat masa ini Dr Jing Jing sedang mengkaji hubungkait kutu dalam ternakan dengan manusia. Kutu ni sebenarnya bukan sahaja menjadi parasit darah, tapi dalam masa yang sama menjadi vektor/pembawa untuk lain lain penyakit darah. Dan ada kemungkinan kutu juga boleh menyebarkan penyakit darah ini kepada manusia. 

Sebenarnya di US, ancaman kutu kepada ternakan dan manusia adalah serius. Bukan sahaja banyak dana diperuntukkan kepada perkhidmatan veterinar dan universiti, tetapi juga tentera Amerika. Yep, tentera Amerika ada 'serious research' khas untuk si kecik ini. 

Kedatangan Dr Jing Jing membolehkan aku bertanya apa itu dan beza antara lice, ticks, fleas, dan mites. Haaaa......

Ektoparasit pada kambing ni ada macam macam spesis. Pening aku dibuatnya. Nasib baik ada Dr Jing Jing datang untuk menerangkan kepada aku. Orait, meh kita tengok sapa Dr Jing Jing ni.

Dr Jing Jing yang no tiga dari kiri. Muda lagi.

Sedang mencari kutu... atau tungau... atau sengkenit... atau hama... 

Flagging untuk menangkap kutu sekitar kandang

Flagging pada kawasan ragut. Aku bawa ke tempat yang biasa terserempak dengan babi berkeliaran. Biasanya populasi kutu tinggi pada sarang babi. 

Malangnya tiada kutu babi dijumpai pada kambing, kandang, mahu pun kawasan ragut.

Dan aku tidak menggunakan dewormer tiga serangkai secara mass. Hanya kepada kambing yang ada masalah kulit atau nampak tergaru garu.

Terakhir sekali aku bagi tiga serangkai pada kambing ialah 10 Feb 2015. Kepada kambing hitam dalam gambar di atas. B23 Zara. Dah lebih tiga bulan. Protective value tiga serangkai pun dah lupus. 

Dan aku tiada buat detick, atau mandi basmi kutu/hama semenjak hujung Januari.

Apa yang aku nak tekan kan ialah, dewormer tiga serangkai sebenarnya tidak patut dijadikan dewormer utama bagi kambing tropika, melainkan dimana populasi kutu babi/ parasit darah tinggi. Aku sangat hairan melihat kebanyakan penternak dan pembiak diajar untuk bergantung kepada tiga serangkai. 

Secara praktikalnya, dewormer tiga serangkai penting untuk negara negara seperti US, atau Australia, atau negara negara yang cuacanya panas kering dimana spesis kutunya lebih agresif berbanding kita di Malaysia. Kutu di negara kita belum mencapai tahap destruktif sepertimana di negara mereka.

Sepatutnya dewormer tiga serangkai dijadikan senjata simpanan. Last resort. 

Yep. Itu yang aku percaya. 

Osama the syrian guy is trying to be a legendary terrorist to all animals in my farm. Osama is really one kind of a visitor to my farm. ;) Anyway, he actually loves animal. Its just the way he express it, which is quite different from the others.

And this guy actually attempt hard to buy my horse, Diego...

Ada tiga ladang kambing yang Dr Jing Jing kutip sampel. Sampel ladang aku ialah yang paling kanan. Yang paling sikit. Daripada 300 ekor populasi kambing, yang ada ectoparasite cuma seekor. Itu pun bukan kutu babi (ticks) tapi lice.

Dan aku cuma buat selective deworm (penting!)

Sampel paling kiri yang paling banyak kutu babi. Bukan sahaja pada kambing, tapi dalam kandang, dan... kawasan sekitar kandang. Haaa kutu babi dah jadikan kandang kambing tersebut sebagai sarang. Pasalnya sejarah kawasan tu memang banyak babi. Banyakkkkk gila babiiii....

Jadi kepada mana mana penternak yang nak bukak kandang kambing, kena buat tinjauan dulu. Kalau dekat dengan hutan dekat dengan sarang babi hutan - jaga jaga dengan ancaman kutu babi. Jangan main main dengan kutu babi ni, boleh kurus kering sampai mati kambing kita dikerjakan. 

Dan aku pikir, mungkin, bilamana penternak di Brazil dan Argentina buka kandang/pastura baru - mereka bakar kawasan tersebut. Sebagai satu cara untuk membersihkan kawasan tersebut dari parasit. Well.. aku agak je...

Sampel lice tersebut dibawa ke makmal untuk dimikroskopkan. Alwifarm? yeah... whatever...

Boleh nampak lice itu melekat pada bulu kambing.

Ahaaa! Itu rupa close up lice tersebut. Dan Dr Jing Jing bawa khabar gembira bilamana dia mengesahkan jenis lice ini bukan menghisap darah, tapi makan kulit dan bulu. Ya mungkin boleh menyebabkan kegatalan dan menghilangkan sinar pada bulu kambing, tapi tidak menghisap darah. 

Very good! Excellent news then!

Terima kasih kepada Dr Jing Jing dan pasukannya!

Semoga geng kutu semakin maju!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!