Tuesday, May 19, 2015

BESARNYA PERUT CHINA..



Ok. Pertama sekali alwigoatfarm sebenarnya adalah 'isolationist'. Dulu dulu tau duduk diam diam sahaja jauh dari orang dan berkawan dengan kambing sahaja. Bercakap dengan alam dan bercakap dengan diri sendiri. Tak pernah ambil pusing akan industri. Tak pernah kenal siapa player, siapa pegawai, siapa orang itu orang ini.

Apalagi international trade.

Tapi sekarang, aku mula ambik tahu serba sedikit, dan terima kasih kepada rakan rakan dalam pakatan pembiak terutamanya - Imran, yang biasa dalam international trade, yang biasa bawak lembu kambing berkapal kapal. Yep, kapal. Laut. Bukan lagi kapal terbang. 

Imran biasa dengan large consignment dan kontrak yang nilainya jutaan ringgit, dan Imran telah pun menjadi major player dalam industri ketika umurnya masih muda. Lewat 20an. Kini dah masuk awal 30. 

Sebaya Isal. Dan Isal juga ahli pakatan pembiak. Admin kepada group facebook Penternak Lembu dan Kambing Malaysia, group penternakan yang terbesar dalam Malaysia. Aku pun tak tahu dah berapa ahli group tersebut, tapi rasanya dah hampir 20,000.

Syabas Imran. Syabas Isal.

Syabas kerana menyertai pakatan pembiak. Syabas kerana sama sama percaya dan berusaha membebaskan diri dari kebergantungan.

Ok. Masuk cerita statistik di atas. Kalau tengok rajah yang pertama, itu berkenaan harga lembu di negara negara Asean dan China. Senang cerita harga lembu di negara negara lain lebih menarik berbanding Malaysia dan Filipina. Kuasa beli Malaysia rendah, tak cukup... power. Jadi Australia sekarang lebih berminat jual lembu kepada Indonesia, Thailand, Vietnam, dan China.

Tetapi....

Semua lembu yang dihantar ke Thailand, Vietnam, Laos, Cambodia BUKAN untuk memenuhi pasaran tempatan di negara negara tersebut (rujuk rajah ke 2 akan peningkatan dramatik eksport lembu Australia ke empat negara tersebut), sebaliknya...

untuk digemukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke China. 

Yaaa.. Thailand, Vietnam, Laos , Cambodia dijadikan pusat feedlot lembu lembu australia ini sebelum dagingnya dieksport ke China. 

China sedang menyedut masuk majoriti lembu lembu Australia dengan penuh bernafsu. Lebih berahi dari Amerika. Lebih lahap dari Amerika.

Dan harga lembu di China lebih tinggi dari negara negara rantau Asean. Manakala kos penggemukan, disebabkan ada banyak sisa pertanian, lebih murah di Thailand Vietnam Cambodia Laos, berbanding Malaysia. 

Jadi memang patut semua lembu Aussie hala ke China.

China sememangnya berperut besar... 

*tapikan, apa pula yang terjadi kat Myanmar? Takkan terlepas bas macam Malaysia dan Filipina juga? Ke memang selama ni banyak lebihan lembu yang diseludup masuk Ke China? 

Tapi dengar dengar, junta Myanmar hanya melepaskan lembu lembu tua lebih 10 tahun umur untuk eksport. Bawah dari itu tak boleh. Simpan untuk dibiakkan. 

Dan kenapa kita Malaysia ni asyik makan lembu kambing tua reject reject yang orang kafir tak mahu dah. Patutlah asyik pening pengsan pitam naik darah tinggi rakyat Malaysia bila makan daging. Sedihnya.......

Moh kita biakkan lembu dan kambing muda untuk rakyat negara ini! Mari kita berusaha membekalkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia!

Lets breed for freedom!!!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

3 comments:

  1. Good info Alwi. Ada ke info tentang statistik kecurian lembu/kambing di Malaysia? Ada maklumat sapa-sapa shj? Ini akan melemahkan semangat pembiak dan penternak. Abang polis? Atau banyak kecurian tidak dilapor.

    ReplyDelete
  2. Cerita dan fakta makan daging.
    Bill Gate berpendapat:As a people get rich n richer,they cunsume more meat especialy fresh goat meats.Betul ke orang kaya banyak makan daging?.
    Bill Gate pun dah cenderong tg makan daging hingga buat reseach.
    Find out data globle.
    Teratas ialah US tertinggi consume meat.per capita.
    Kedua ialah China .dan China menunjukan peningkatan memdadak.
    Ketiga ialah Indonesia.
    ketiga-tiga negara ini mempunyai penduduk yg teramai.
    Keempat ialah........Carilah sendiri Wahai GengKambing...Saya saran GengKambing rajin masuk Libry tingkat budaya ilmu.tq dr SPPHR.

    ReplyDelete