Monday, June 1, 2015

GENGKAMBING! ASSEMBLE!

Kali ini gengkambing.com berkumpul di Lalah River Goat Farm (LRGF), Negeri Bersembilan. Pemiliknya ialah Pak Es Emdi, old boy Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Ada sapa sapa lagi geng MCKK yang bela kambing? Nak berkenalan lah.

Orait. Ini kali kedua aku sampai ke LRGF. Cuma kali ini bukan atas urusan peribadi tetapi perjumpaan ketiga gengkambing.com. Dan kali ini bukan borak kosong, kerana ada beberapa 'business deals' berjaya dilaksanakan. Syabas atas 'intra trade' antara ahli ahli. 

Ok. Mari kita lihat gambar gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang mesyuarat, atau mungkin lebih tepat 'mesyukmakan'. Buehehe....

Sebenarnya ni gambar yang terakhir tapi aku awalkan. Pak Es Emdi yang di tengah tengah. Anaknya Adil Shahrom baju biru yang terkanan dalam gambar. Dari kiri Bang Usop Oblong, Isal Keratong Agro, Kasan Razi Ghaniyun Farm, Pak Es Emdi, Mohd Faisal Basri, Akim , dan Adil. Pak Puteh tiada dalam gambar kerana perlu balik ke ladang untuk jadi Superman (gembala kambing lah - sapa yang tak faham, boleh rujuk post pasal dia).

 Peserta terawal mesyuarat. Pak Puteh, sang pengembala yang artistik dan spiritual. Untuk memahami Pak Puteh adalah suatu senaman minda. Segala neuron dan synapses dalam otak kita perlu berfungsi dengan kecekapan tinggi. An interesting personality indeed. 

Bagi Pak Es Emdi pula, ianya turut sukar bagi aku. Dia jenis kreatif. Sangat kreatif. Sebab itu dia senyap. Aloof I think. Sukar berkongsi perasaan secara terbuka.  

Haaaa... nasib baik pisang dihidangkan. Pisang sememangnya tinggi tenaga. Dan otak aku perlukan amaun tenaga yang tinggi dalam usaha memahami kedua dua personaliti veteran ini. 

Mesyuarat berlangsung dalam keadaan food oversupply. Aku rasa kalau semua mesyuarat akan datang gengkambing.com berlangsung dalam keadaan begini, semua ahli ahli gengkambing.com bakal memiliki ciri ciri pedaging yang superior.

Caffeine oversupply. Buat pertama kali, tuan rumah benar benar memahami keperluan aku. Kopi bersilih ganti. Aku rasa ada empat gelas kot kopi yang aku telan. Caffeine overload aku dibuatnya. Takpa takpa terima kasih bebanyaklah kat puan rumah.  

Sekali lagi selfie Bang Usop menjadi pilihan. Aku ni pengerusikan mesyuarat atau main henpon? Parokkk parokkk..

Semasa bermesyuarat kitorang dihidangkan dengan pemandangan kambing keluar meragut. Beautiful!!

Shami kacukan boer. Masing masing berbulu kat peha. Ada juga yang berbulu kat atas. 

Berbulu... signature kambing kambing LRGF

Ada tetamu yang baju merah tu. Penternak kambing juga. Datang untuk dapatkan bekalan susu. Faizal namanya. Rasanya ladang dia di Gemenceh. Kalau tak silap aku lah. 

The Three Dons. Balik awal sebab hujan lebat. Sempat kebas pokok mulberry yang ditanam.

Gambar special. Mak Es. Gengkambing.com yang lain lain sibuk kat kandang tengok kambing LRGF bila habis mesyuarat, aku pula menghabiskan masa dengan Mak Es. Cuba memahami siapa dan sejarah Pak Es.

Kesimpulannya Pak Es adalah writer. Creative person. Dan personaliti kreatif ni biasanya 'closed'. Dan yang bestnya Mak Es berjaya memahami Pak Es, seterusnya membantu dan memberi sokongan dalam meninggikan creative output Pak Es. Syabas!

Rupanya antara hasil kerja Pak Es ialah sebagai penerbit dokumentari The Book of Signs (Science in the Quran). Boleh google kat youtube. Menelusuri pemikiran Dr Maurice Bucaille (doktor Perancis yang memeluk Islam) yang mengkaji sains dalam AlQuran.

Dan aku ada tanya Pak Es, adakah siri hipotesis aku ada gaya Maurice Bucaille? Pak Es jawab - tidak. Phewwww... bagus bagus. I would like to think I am an original thinker. Tidak dipengaruhi siapa siapa. 

Ok. Aku pikir setakat ini sahaja yang mampu aku tulis. Semoga kita semua ketemu lagi. Hmmm.... ladang kambing siapa pula yang kita nak terjah ye?

Ada cadangan?

Assalam!


2 comments:

  1. Waduh...habis engkau cover,Bro!! Tq kerana sudi datang ke LRGF!! Bersemangat dapat bersama Freedom Breeders!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Salam n SANSAW.
    Terima kasih gengkambing@mesyumakan.
    Memang kena tabek Pak Es,Mak Es dan bro Adil.& Isteri.
    Food ada high class value.Pak Puteh bagi ☆☆☆☆☆.Itu belum kena "durian king" .Melekat Kat Lalah semua org x boleh balik.
    Balik kpd cerita Ex MCKK boy.Prof.Alwi kena buat kerja sikit.Gunakan kambing sebagai tool mencari Exx sahabat yg pulohan tahun xjumpa.INGAT masa dulu makan nasi sama-sama satu kawah.
    Cerita Pak Puteh pulak.
    Pak Puteh dah dapat 4sahabat Ex SAS dgn gembala kambing.Diaorang semua pencen pangkat besar,rumah besar,keluarga besar,semualah besar2.tapi diorang ni cakap banyak kecik.Semua menetap di KL.Bila nak ibadah aqiqah cucu semua pening kepala cari kambing.Pak Puteh bagi cadangan...

    Tajuk:Menternak kambing dlm poket.
    1.Duduk KL boleh ada kambing..payah nak percaya.
    2.Semua anak n cucu ibadah aqiqah dapat dilunaskan dgn kambing sendiri...jrg org dpt buat.
    3.Kita berlima selalu dapat reunion...kump shbt hingga akhirat.. Susah nak dapatkan?.
    4.Masing2 beli kambing Pak Puteh dan pawahkan balik....Roh tolong menolong ujud di A&Tgoatfarm....Ramai orang x tahu budaya t/menolong...
    5.Pelawat tanya..Pak Puteh tak jualkah.?Saya jawab banyak dah jual dgn senyuman yg sinis.Orang xpercaya kerana Pak Puteh jual kambing tetapi bil. kambing tak berkurang....saya percaya geng kambing semua x percaya dgn methematik Pak Puteh....
    +_×÷...500ekor - 50ekor =500ekor.(- jual)....halangan..dan cabaran ternak kambing.
    6.Harapan....Pak Puteh kpd gengkambing.com
    bantu keluarga kemudian sahabat handai ikut sunnah.[M].Resepi Islam berjaya dikembangkan.Bila Ansar bersaudara dgn muhajirin puak kafir Mekah berani mengangkat pedang tapi dah lewat.Sebab itu Nabi[M] takluk Mekah tanpa menumpahkan darah.
    Bersambong.....Sabar ya.tq dr SPPHR.

    ReplyDelete