Wednesday, April 29, 2015

HIKAYAT ALI BEAR DAN 300 PERAGUT

Hampir sama dengan Hikayat Ali Baba dan 40 Penyamun. Cuma kali ini wataknya berbeza, dan pentas nya di alwigoatfarm.

Baik. Bermula semalam, suatu era baru muncul di alwigoatfarm. Pemerintahan the new king of kambing, boleh juga dipanggil the new chief of peragoats. Yaaaa para peragut rumput di alwigoatfarm telah mendapat seorang raja baru.

Yep. All hail the new king of kambing, His.... Royal Pain In The Ass - Ali Bear! May your reign be full of bounty for your subjects!



Red Fellow. The previous chief of peragoats in alwigoatfarm. Demoted to the rank of sergeant, because some issue of favoritism and bad policies.



Evidence of the new power balance in alwigoatfarm. His Royal Pain In The Ass Ali Bear putting his ass to work on Red Fellow. Approved by Diego the Horsy, Keeper of The Seal.



His Royal Pain In the Ass Ali Bear with Peragoats- in -training..



His Royal Pain In The Ass Ali Bear leading his subjects back to home. 

Lagu baru ciptaan HRPITA Ali Bear untuk para peragutnya :


Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi

Hoi ya hoi ya hoi ya hoi
Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi 
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi

hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya 
pulang perut penuh
Rumen terisi penuh prebio

Mari kita lekas ke kandang
bawa mikrob semua 
janganlah tunggu lama2 
ruminate lah segera

hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya 
pulang perut penuh
Rumen terisi penuh prebio

Rumen terisi penuh prebio
Rumen terisi penuh prebio....

Hail the new king of kambing!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

Monday, April 27, 2015

GOATELLIGENCE

An experiment to increase goatelligence among alwigoatfarm's goat population has been started in 2012........


...... and after several years, the result is wondrous. Yep, evidence of increased goatelligence.

Buehehehe...


Tuesday, April 21, 2015

AL MA'AARIJ : THE COSMIC SUPERHIGHWAYS

Hipotesis.

Al Ma'aarij (Tempat tempat Naik) 1-4, terjemahannya :

  1. Seseorang peminta telah meminta kedatangan azab yang bakal terjadi,
  2. Untuk orang orang kafir, yang tidak seorang pun dapat menolaknya,
  3. (yang datang) dari Allah, Yang memiliki tempat - tempat naik
  4. Malaikat malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun*

*ada tafsiran yang mengatakan para malaikat menggunakan tempat tempat khas tersebut untuk menghadap Allah dan perjalanan tersebut memakan masa satu hari, dan jika ianya dilakukan oleh manusia, ianya memakan masa lima puluh ribu tahun.

Hmmm... mari kita lihat, dan mari kita cuba bongkar apa yang ada dalam AlQuran yang penuh dengan ketakjuban ini, dan mari kita semua tercengang cengang dengan kemampuan berterusan AlQuran membuka cabang cabang ilmu baru walau ianya telah diturunkan lebih 1,400 tahun yang lalu.

Orait, salah satu sifat cahaya ialah kepantasannya bergerak. 300,000km sesaat. Setakat ini, cahaya adalah entiti paling pantas dalam alam semesta. Dan sekiranya sains terjumpa sesuatu yang lebih pantas daripada cahaya, maka punah segala ilmu sains semasa, terpaksalah kita semua termenung berhempas pulas menulis undang undang sains yang baru.

Jadi mari kita semua berharap cahaya tetap cahaya, dan tiada yang lebih pantas dari cahaya dalam alam semesta ini. (mungkin alam alam semesta lain memiliki sifat cahaya yang berbeza, tapi untuk alam semesta kita – ianya 300,000km sesaat).

Dan satu lagi sifat cahaya ialah apabila dia bergerak antara dua lokasi dalam alam semesta, tak kisahlah berapa jauh jaraknya, cahaya tersebut berfikir dia cuma bergerak 'instant'. Masalahnya, dan masalah ini besar magnitudnya, kepada pemerhati yang 'stationary', macam kita di Bumi ini, cahaya tersebut bergerak...... slow.

Contohnya, jarak dari Bumi ke supermassive black hole di tengah tengah galaksi bimasakti kita, Sagittarius A*, memakan masa 50,000 tahun cahaya (300,000km x 60 x 24 x 365 x 50,000 = …....... kiloooooooometer – aku tak mahu kira, serabut kepala ahh).

Jadi bagi cahaya yang bergerak antara bumi dengan sagittarius a* - ianya berfikir ia bergerak poof! Dah sampai. Tapi bagi kita yang memerhatikan pergerakan cahaya tersebut, kita akan tunggu, dan tunggu, dan tungguuuuu, …... selama 50,000 tahun.

…...pehh jenuh tertonggeng tonggeng 50,000 keturunan menunggu, pun tak sampai sampai. Itu realiti cahaya.

Dan itu realiti... pergerakan makhluk makhluk yang dijadikan dari cahaya. Dan itu realiti, keterbatasan pergerakan para malaikat, walau pun mereka adalah antara makhluk Tuhan yang terkuat dan terpantas.

Melainkan Jibril AS, ketua mereka, yang mampu bergerak lebih pantas dari cahaya, justeru mampu melaksanakan misi Mikraj (rujuk post The Might of Gabriel untuk hipotesis selanjutnya).

Kepada para malaikat yang lain (dan makhluk makhluk tertentu dalam peristiwa tertentu), mereka... mesti menggunakan 'tempat tempat naik' seperti yang difirmankan Tuhan dalam surah Al-Ma'aarij untuk bergerak ke mana mana lokasi dalam alam semesta. Baru boleh melaksanakan tugasan tugasan dari Tuhan yang berkaitan dengan makhluk, berdasarkan 'time frame' makhluk tersebut.

Ya itu mesti. Kerana kita tahu, berdasarkan keterangan Nabi, para malaikat turun naik ke Bumi silih berganti setiap hari. Dengan pelbagai tugasan mereka. Setiap... hari. Every single day, every single night.
Berpaksikan... kitaran kita. Masa kita. Bumi kita. 24 jam kita.'Time frame' kita.

Maka para malaikat mesti bergerak dengan kelajuan lebih pantas dari cahaya untuk menyesuaikan dengan masa kita. Tetapi hakikatnya para malaikat tidak mempunyai kekuatan dan pengetahuan untuk bergerak lebih pantas dari cahaya (melainkan Jibril). Jadi mereka mesti menggunakan 'tempat tempat naik' yang Sang Maha Jurutera telah konstruksi.

Demi memendekkan masa perjalanan mereka dengan signifikan.

Dan apakah 'tempat tempat naik' tersebut?

Kita boleh panggil Stargate, Wormhole, Cosmic Superhighway, Space-time Tunnel, atau apa sahaja nama, tetapi yang aku tahu nama Islamnya ialah AlMa'aarij.

Dan Al Ma'aarij tidak merujuk kepada satu. Tetapi... banyak. Melambak lambak. Yep. Wormholes / cosmic superhighways / stargate / space-time tunnel telah wujud, sedang wujud, dan akan wujud sehingga Hari Kiamat. Dan mereka ada banyakkkk....

Kihkihkih.... Einstein dok meramalkan kewujudan wormholes dalam nanosecond, dan saintis Barat masih kebingungan untuk membuktikan secara fizikal teori Einstein, tapi dalam Islam dalam AlQuran rilek aje dah mention menatang ni.

Dan bukan setakat terangkan, dah berlaku pun sekian banyak pengembaraan melalui wormholes. Jemaah malaikat tiap tiap hari guna. Silih berganti bersimpang siur, mengalahkan lebuhraya paling sibuk dalam Bumi.

Contoh Al Ma'arij? Tu... Baitullah ke Baitul Makmur. Yep. Sang Kaabah yang menjadi pusat tawaf kita jemaah manusia, dihubungkan ke Baitul Makmur yang menjadi pusat tawaf jemaah malaikat, melalui wormhole/ cosmic superhighway.

Lagi? Pengembaraan Adam dan Hawa dari planet syurga asal mereka ke Bumi, pun gunakan Al Ma'arij.

Lagi? Pengembaraan Nabi Idris ke salah satu planet syurga.

Lagi? Ketibaan gerombolan Ababil, burung kosmik dari planet neraka, untuk menyerang Abrahah raja Yaman yang berhasrat meruntuhkan Kaabah.

Ini adalah sebahagian contoh interstellar travellers yang menggunakan Al Ma'arij untuk sampai ke destinasi yang sangat sangat sangat jauh dalam alam semesta. Aku pasti ada banyak lagi contoh, cuma kita yang tidak tahu.

Ok. Sekarang kita dah tahu akan kewujudan Al Ma'arij. Bukan satu, tapi banyak. Dan mereka ini boleh sahaja berada dimana mana lokasi, samada di permukaan planet, atau pun di luar planet.

Maknanya? Al Ma'arij boleh sahaja berada betul betul dihadapan atau sebelah kita, cuma kita aje yang tiada kemampuan untuk melihat.

Satu lagi, semua sekian banyak terowong space-time ini, hanya Sang Supreme Engineer yang mampu konstruksi dan menjaganya. Sebagaimana tiada mahkluk yang mampu mencipta bintang bintang dan sistemnya, begitulah juga dengan Al Ma'aarij. Tenaga yang diperlukan untuk konstruksi dan maintenance cosmic superhighways ini adalah terlalu besar, dan tiada makhluk yang mampu membekalkan tenaga sebegitu besar.

Sebab itu dalam ayat 3 surah Al Ma'arij dinyatakan dengan jelas Allah adalah pemilik Al Ma'arij, dan implikasinya ialah betapa hebat pun ilmu dan teknologi umat manusia akan datang, kita tidak akan mampu mencipta wormholes, apalagi menjaganya.

Hmmmm... that is a very sinking feeling. Nampaknya kita tiada harapan untuk meneroka bintang bintang dengan kapal angkasa ciptaan kita (macam filem Star Trek atau mana mana filem fiksyen sains). Harapan tunggal kita, ialah dengan rahmat Tuhan, kita dibenarkan masuk ke dalam Al Ma'aarij....

Apa pun, mari kita takjub dengan kekuatan dan kebijaksanaan The Supreme Engineer dalam mencipta alam semesta kita ini, dan berkenan untuk mendedahkan sebahagian ilmuNya dalam KalamNya untuk dipikir pikirkan... bagi mereka yang mahu berfikir.

Wallahu'alam!

(berkenaan ayat keempat surah Al Ma'arij, aku terfikir barangkali maksud yang lebih terang ialah jika jemaah malaikat menggunakan Al Ma'arij, perjalanan mereka adalah sehari. Jika tidak menggunakan Al Ma'arij, perjalanan mereka mengambil masa 50,000 tahun cahaya.

Dan... sekiranya hipotesis aku ini dapat dibuktikan, maka Sagittarius A*, supermassive black hole yang jaraknya 50,000 tahun cahaya dari Bumi, atau lokasi berdekatan, adalah 'possible location' untuk Baitul Makmur, dan Sidratul Muntaha, dan 'somewhere nearby' terapung apung dalam diam – planet Syurga Jannatul Ma'wa – rujuk siri hipotesis terdahulu bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut.


Wallahu'alam..)



Sunday, April 19, 2015

ALMOND CALIFORNIA LAWAN KAMBING GEMBALA

Berenti sat artikel hipotesis.

Nampaknya negeri California, yakni negeri termaju di US, sedang berhadapan kemarau paling buruk dalam sejarah, dan tiada tanda tanda ia akan surut. Dan industri tanaman almond menghirup 10% kuantiti air daripada jumlah total pengeluaran air di California.

Penghasilan 1 biji almond memerlukan 1 gallon air, atau 4 liter. Woww..... boleh tahan mencekik si kecik ni.

Ok. Mari saksikan penggunaan air oleh kambing gembala tropika secara integrasi sawit. Yep, kambing aku lah, kambing sapa lagi. Moh kita tengok adakah destruktif atau tidak kepada alam sekitar operasi kambing gembala ni.

Aku nak celikkan sket mata geng geng Greenpeace, ngan PETA, atau mana mana NGO environmentalis, yang tak habih habih melaung jangan makan daging merah. Ini kerana penternakan daging merah mencekik sumber bumi. Sibuk suruh kita jadi vegetarian. Sibuk suruh kita makan kekacang macam almond sebagai sumber protein yan lebih baik. Betoii ka?

Orait pertama sekali kita menternak bawah pokok sawit. Bawah pokok. Kita takdak tebang pun pokok pokok untuk dijadikan pastura. Kita cuma meragut apa yang tumbuh semulajadi bawah pokok.

Yang kedua, kita tak tarik pun air aquifer. Kita buat telaga, tapi kedalaman telaga tersebut masih dikira dalam kategori surface water. Air permukaan.

Yang ketiga jumlah penggunaan air ketika musim panas ini adalah lebih kurang 2.6 liter per ekor per hari. Dan bagi operasi gembala kenaikan berat badan per bulan ialah lebih kurang 3 kilo. Jadi 2.6 liter x 30 hari = 78 liter air. Lepas tu 78 liter air / 3 kilogram = 26 liter.

Haaa 26 liter air diperlukan untuk mendapatkan 1 kg daging merah. Atau 6.5 gallon per kg.

Ok sangatlah tuu... almond seketoi baru berapa gram? 1.2gm.

Nak dapatkan 1kg almond kena ada 833 biji. 1 biji si kecik ni telan 1 gallon. 833? Haaa... 833 gallon air.

Gila mencekik...

Daging merah kambing gembala baru telan 26 liter air per kg, si almond telan 3333 liter air per kg.


Sapa yang destruktif? Sapa yang penyelamat? Sapa yang patut dijadikan sumber makanan?

California sedang berdepan kemarau terburuk dalam 1200 tahun

An almond farm

These tiny guys require a horrifying amount of water to produce. >3000 litres of water for a kilogram.


Kambing pedaging sistem gembala hanya perlukan kurang 30 liter air untuk hasilkan 1 kilogram. 

Moh gembala kambing!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

MAHLIGAI TERAPUNG ADAM DAN HAWA


Hipotesis dalam hipotesis.

Untuk memudahkan pemahaman hipotesis sebelum ini. 

Aku telah hipotesiskan sebelum ini yang Adam dan Hawa berasal dari sebuah planet syurga, yang jauh lebih subur dan tinggi habitabiliti berbanding Bumi, dan ianya sangat sangat jauh dari Bumi. Jutaan tahun cahaya jaraknya dari Bumi. Mungkin dari galaksi lain. Mungkin juga masih dalam galaksi Bimasakti.

Apa pun di syurga ini, Adam dan Hawa  hidup aman damai, dan dalam masa yang sama, terpaksa berhadapan dengan bisikan dan hasutan Iblis. (Hmmm.... bila Iblis Laknatullah boleh berada dalam syurga menghasut Adam dan Hawa, maka adalah jelas situasi ini menguatkan 'argument' yang planet syurga asal Adam dan Hawa bersifat sementara, bukan syurga kekal abadi. Sama seperti Bumi ini).

Dan adalah berkemungkinan tinggi di planet syurga asal tersebut, Adam dan Hawa tidak tinggal pada permukaan, tetapi pada atmosfera, kilometer tinggi dari permukaan. Terapung. Dalam mahligai dibina khas dengan batuan yang sama komposisi dengan Hajarul Aswad. 

Hidup dalam mahligai yang terapung di atmosfera planet nampak seperti mustahil. Ya... mustahil di Bumi, tapi tidak mustahil dalam planet planet tertentu. Kosmologis telah merumuskan berdasarkan observasi pada komposisi gas dan ketumpatan atmosfera planet planet yang telah mereka cerap, adalah tidak mustahil untuk membina habitasi terapung sekiranya atmosfera memiliki komposisi gas dan  ketumpatan sesuai. 


Seperti di Venus, jiran Bumi yang terdekat, dimana atmosferanya menyerupai suasana Bumi. Dan yang paling 'Earth like' dalam mana mana lokasi di sistem solar. Mengalahkan Mars.


Ok. Apa yang aku cuba hipotesiskan ialah Adam dan Hawa hidup dalam mahligai yang terapung di planet syurga asal mereka, dan mahligai ini serupa komposisinya dengan Hajarul Aswad pada Kaabah, dan ........ ketika Adam gagal dalam ujian buah khuldi, berlaku suatu peristiwa ejeksi yang 'violent' dan traumatik dari planet syurga asal tersebut.


Aku tak tahu Tuhan turunkan fenomena apa kepada planet syurga tersebut, tapi ianya cukup kuat untuk mahligai terapung tersebut - yang ketika itu mengandungi Adam, Hawa, dan Iblis - tercampak keluar dari atmosfera planet syurga itu. 


Ya mahligai terapung Adam dan Hawa kini bertukar menjadi spaceship, dan bermulalah pengembaraan  mereka ke Bumi. 


Masalahnya, mahligai terapung tersebut bukanlah spaceship dalam ertikata sebenar, kerana aku fikir ianya tiada sistem navigasi atau janakuasa. Mahligai terapung itu lebih kepada 'protection capsule' - cukup kuat dan lasak untuk memastikan Adam dan Hawa 'survive' kembara ke Bumi. Hanya rahmat Allah yang memastikan mahligai terapung atau space station tersebut bergerak betul menghala ke Bumi. 


Dan apabila mahligai tersebut 'somehow' sampai ke pekarangan Bumi, ianya mesti membuat kemasukan merbahaya ke dalam atmosfera Bumi. Atmospheric entry. Dan ini membakar, merosakkan, dan meleraikan hampir kesemua struktur mahligai tersebut.


Aku tak dapat bayangkan struktur dan rekabentuk sebenar mahligai tersebut, tapi aku pasti ianya efektif untuk mendaratkan Adam, Hawa dan Iblis ke permukaan Bumi dengan selamat. Walaupun mereka terpisah jauh semasa 'entry' dan 'landing', dan mahligai itu berkecai.


Dan antara serpihan mahligai itu kini menjadi Hajarul Aswad. 


Pengembaraan ini adalah traumatik kepada Adam dan Hawa. Sangat traumatik. Sangat menakutkan. Sebab itu sebaik mendarat di Bumi, planet yang asing buat Adam dan Hawa, mereka menangis memohon ampun kepada Tuhan tanpa henti selama 40 tahun. Siapa antara kita yang mampu berbuat sebegitu?


Hanya mereka yang telah melalui pengalaman super trauma akan berbuat demikian. Hanya mereka yang berhadapan 'face to face' dengan kemurkaan Tuhan sanggup berbuat demikian. Dikeluarkan daripada planet yang enak bersenang lenang, dan dimasukkan pula ke dalam planet yang mana semuanya mesti diusahakan. Melalui pula pengembaraan kosmik yang sangat menakutkan. That's certainly very traumatic.


Dan apabila Adam bertemu kembali dengan Hawa di Arafah, maka cepat cepat Adam membuat Baitullah dan menggunakan serpihan mahligai itu sebagai salah satu bahan binaan. Menjadi peringatan kepada keturunannya agar ingat akan asal usul mereka, dan berusaha sekeras kerasnya untuk mencari jalan pulang.


Sekarang aku kemukakan satu 'argument' kepada mereka mereka yang sceptical - Rasulullah SAW sendiri telah beritahu kita akan sifat Hajarul Aswad. Ianya batuan syurga. Maknanya.... syurga itu bukan ghaib. Syurga itu...  tidak lagi ghaib. Ianya nyata. Ianya fizikal. Hajarul Aswad adalah bukti fizikal terang benderang akan kewujudan planet syurga tersebut. 

Wujud. Jadi kita boleh nampak. Kita boleh buru. Walaupun kita tiada keupayaan untuk sampai kepadanya. 

Dan ianya... menyerupai sifat Bumi. Planet batuan. Berair. Penuh kehidupan. Penuh keajaiban. Penuh... makhluk asing. 

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Assalam!


Haji - ritual untuk mengingatkan umat manusia akan asal usulnya, dan berusaha mencari jalan pulang, baik fizikal dan spiritual. Yep, it's not only a spiritual journey. 


Hajarul Aswad. Batu syurga. Asal Adam dan Hawa. Asal kita semua. Kita tidak diciptakan di Bumi. Kita adalah....... traveller.

Interstellar traveller. Unwilling one at that.









Saturday, April 18, 2015

WORMHOLE - KEHEBATAN SANG MAHA JURUTERA

Saksikan kehebatan The Supreme Engineer dalam konstruksi kosmik.

Hipotesis.

Ok. Dah lama tak buat post hipotesis. Dan peringatan kepada tuan puan pembaca - artikel artikel dalam siri hipotesis adalah tidak sesuai kepada mereka yang konservatif. Atau fundamentalis. Atau mereka mereka yang latar belakang pengajiannya tertumpu sepenuhnya pada teologi (agama 100% tanpa sains).

Golongan sebegini akan ada masalah untuk mencerna artikel artikel dalam siri hipotesis alwigoatfarm.

Ok. Teori relativiti Einstein meramalkan, dan membenarkan, kewujudan worm hole dalam alam semesta kita. Worm hole ni adalah suatu 'terowong' yang menerobos space-time @ kosmos antara dua titik dalam alam semesta kita. Pendek cerita worm hole memendekkan jarak perjalanan yang sangat jauh dalam alam semesta. 

Sama macam terowong lebuhraya yang menerobos gunung di bumi. Kalau tak buat terowong tersebut, maka kita semua terpaksa melalui jalan lereng yang berliku liku dan jauh. Terowong yang menebuk gunung memendekkan jarak perjalanan kita.

Worm hole macam tu lah. Cumanya kalau terowong di bumi menjimatkan jarak perjalanan kita dalam skala beberapa kilometer, worm hole pula menjimatkan jarak perjalanan kita dalam kosmik pada skala berzillion zillion trillion trillion billion billion kiloooooooooooometer.

Sekiranya... kita selamat masuk, dan keluar daripada worm hole tersebut.

Dan wujud satu masalah lagi dimana walau pun Einstein meramalkan kebolehwujudan wormhole dalam mana mana lokasi di alam semesta, semua wormhole ni hanya akan wujud dalam nanosecond. Langsung tak sampai satu saat.

Yep. Wormhole cuma wujud terlalu ringkas terlalu sekejap hingga kita tak sempat memerhati. Tempoh hayatnya cuma 1 per million/billion/trillion saat. 

Dan jika suatu hari nanti manusia, atau mana mana makhluk bertamadun berjaya mencipta worm hole, amaun tenaga yang diperlukan untuk menstabilkan dan meneruskan kewujudan worm hole, walau pun hanya satu, adalah di luar kemampuan seluruh alam semesta. 

Ya. Walaupun seluruh makhluk dalam setiap tujuh lapisan kosmik bergabung membekalkan tenaga, dibantu oleh setiap bintang bintang yang wujud dalam kosmik ini, malah dibantu lagi oleh makhluk terkuat dan bijaksana seperti ketua malaikat  - Jibril AS - semua gabungan tenaga itu tidak cukup untuk memastikan kewujudan satu worm hole melebihi satu saat. 

Amaun tenaga untuk menjana dan menjaga worm hole adalah .......... mind boggling.  

Ini apa yang sains Barat percaya setakat ini berkenaan sifat sifat worm hole. Mereka percaya setakat ini, kembara melalui worm hole hanya lah science fiction. Imaginasi. Dalam filem sahaja.

Teknologi yang diperlukan untuk mengkaji apalagi kembara realiti melalui worm hole barangkali memakan masa ribuan bahkan jutaan tahun.

............... mmmm

benarkah sebegitu? 

Apa pandangan AlQuran dan Islam? 

Kita ada pemuda AlKahfi, kita ada Isra' Mikraj, dan kita ada...........(akan diberitahu sebentar lagi) barangkali kembara melalui wormhole adalah realiti bukan sains fiksyen. Telah pun direalisasikan. Ya kita umat manusia dan makhluk lain telah pun melakukan kembara tersebut, berkat kemurahan Sang Maha Jurutera.

Dan siapakah pengembara wormhole tersebut?

Bersambung...









Friday, April 17, 2015

KOREKSI PADA "THE ZERO COST STRATEGY OF PONDOK TANJUNG"

Koreksi. Bukan ereksi.

Aku fikir 'telur telur' yang sedang dieram oleh operator ketiga di Pondok Tanjung bernilai $37.5 juta, tetapi yang sebenarnya adalah antara $5-7 juta. 

That's a very severe budget cut.

Nampaknya ada 'Mr Piss Off' dalam EPU, atau mungkin dalam Perbendaharaan, yang tak puas hati dengan prestasi pengurusan Koridor Utara berkenaan Pondok Tanjung, lantas sibuk gunting budget sana gunting budget sini. Hanya tinggal sedikit. 

Tapi takpa walaupun budget banyak berkurang, amaun 5-7 juta masih dikira signifikan. Boleh la kot sumbat 2000 - 2500 ekor kambing ke dalam Pondok Tanjung. 

By the way, I am kind of wondering, who 'Mr Piss Off' is...

"May I know your identity, Mr Piss Off @ Budget Cutter?"

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

Thursday, April 16, 2015

HATI HATI DENGAN ELEKTROLIT!

Hampit terplagiat tajuk blog post oleh House Of Goats. Cumanya kalau tajuk dia "Hati Hati Dengan Antistress dan Electrolytes", aku pula "Hati Hati Dengan Elektrolit".

Aku tak guna 2 dalam 1 paket antistress + elektrolit. Aku senantiasa asingkan. Buat masa ini aku masih guna antistress secara kerap (bila ada pelawat) tapi aku jarang jarang guna elektrolit. Elektrolit cuma digunakan ketika cuaca panas humiditi tinggi. Itupun dua hari. Lepas tu stop. Bila perlu, baru guna balik.

Kambing gembala berbeza keperluan nutrien dengan kambing lain lain sistem. Dan elektrolit..... sebenarnya sensitif kepada kambing gembalaan. Kambing atau bebiri sistem intensif takpa boleh telan elektrolit banyak banyak dan untuk jangka masa lebih lama.

Kambing gembala ni dia lain sket. Tak buleh main bantai elektrolit ni kat depa.

Haa.. pasalnya elektrolit ada sodium bikarbonat + kalium. Kalium @ Potassium. K.

Lebihan K dalam diet boleh mengganggu penyerapan magnesium. Dan foraj tropika apalagi bawah sawit - tak berapa cukup magnesium. Jadi ruminan tropika terdedah kepada risiko kekurangan magnesium. Kena pula 100% meragut foraj bawah sawit. Yang redup lagi teduh pula tu. Haa jadi memang ada sangatlah risiko kekurangan magnesium.

Dan bila terlebih K, hasil penggunaan elektrolit, ianya boleh merendahkan tahap magnesium yang dah sedia rendah. Bila magnesium terlalu rendah ----> kambing gembala berisiko terkena 'grass tetany'.

Kejang rumput.

Dia makan jauh dari kawan kawan, merenung kejauhan, hilang koordinasi badan, terhuyung hayang, jatuh, kepala hempas kiri kanan, lepas tu koma. Mati tiba tiba.

Yang disebabkan terlebih makan rumput. Yep, terlebih makan rumput/foraj yang sangat segar bugar tumbuh pantas. Haaa kena hati hati bila bawak masuk kambing gembala masuk 'port' foraj cantik. Kita sang gembala dok ingat bila kambing masuk syurga rumput, dia balik sihat bulat bulat. Rupanya balik dari syurga, dah tergolek tak sempat sampai kandang.

Pasal ni lah - magnesium dalam badan terlalu rendah. Dan salah satu penyebab megnesium rendah ialah 'excess kalium intake'. 

Jadi kena hati hati dengan penggunaan elektrolit. Jangan main belasah je. Pasal tu aku asingkan antistress dengan elektrolit. Aku kambing gembala. Lain keperluan. 

Dan biasanya formulasi antistress + elektrolit ni direka untuk menurunkan stress ayam/bebiri/lembu/babi dalam sistem intensif. Memang formula ni berkesan untuk sistem intensif, tetapi untuk sistem semi intensif.. 

Ianya dunia yang berbeza.

Worlds apart.

Kepada semua pengembala - hati hati dengan elektrolit! Dan gunakan garam jilat yang ada magnesium!

Grass tetany / hypomagnesemic tetany / kekurangan serius magnesium. Kambing/lembu nampak sihat bulat bulat tapi boleh collapse tiba tiba. Lepas makan rumput cantik cantik tumbuh pantas. Kejap aje kiok..


Elektrolit ada kalium / potassium. Boleh guna tapi hati hati!


Garam jilat KNZ ada makromineral magnesium @ Mg. Buat masa sekarang hanya garam KNZ yang boleh bekalkan high performance untuk kambing pedaging  gembalaan bawah cuaca tropika. Garam jilat lain?..... ermmm 

Wallahu'alam!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

THE ZERO COST STRATEGY OF PONDOK TANJUNG

Projek Boer Nasional (kini Pusat Ruminan) di Pondok Tanjung adalah salah satu projek dalam Koridor Utara. Budget $50 juta daripada kerajaan. Geran.

Geran.

Biasiswa.

Free money. Or something like that. 

Operator pertama adalah SBBC, dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) selaku penyelia projek projek Koridor Utara telah pun melepaskan geran sebanyak $9.3 juta kepada SBBC.

Kemudiannya operator kedua adalah Oblong Burger, dan NCIA telah melepaskan amaun sebanyak $3.2 juta.

9.3 + 3.2 = 12.5.

Yep. $12.5 juta amaun geran telah dilepaskan. Tinggal $37.5 juta.

Kini operator ketiga adalah Milco/MTG. Dan mereka sedang duduk atau mengeram atas telur telur yang bernilai $37.5 juta. Satu demi satu telur ini akan menetas, dan menghasilkan pulangan lumayan.

Apa yang aku nak 'point out' ialah apa sahaja semua ketiga ketiga operator ini keluarkan dari poket mereka, NCIA ( --->EPU --->rakyat) akan bayar balik. Baik SBBC, baik Oblong, baik Milco/MTG - they all will recoup their investment plus nice full fat interest.

Berbeza dengan kita semua, yang berpeluh peluh mengeluarkan wang simpanan sendiri, dan berhempas pulas membiakkan kambing demi mendapatkan pulangan. Tiada jaminan modal kita akan dilindungi, tiada jaminan kita akan untung. 

Kita semua penternak, yang picisan dan bebas, mengamalkan 'full cost strategy'. Dan ini adalah strategi bisnes yang tak cukup 'power', kerana meminimakan peluang 'fast growth'.

Berbeza kontras dengan mereka - SBBC, Oblong, Milco/MTG - mereka berpegang dan beramal dengan 'zero cost strategy'. Dan ini adalah langkah bijak, kerana salah satu undang undang bisnes yang baik ialah, 'always use other people's money'. 

Sebab itu lah, banyak syarikat berhad ditubuhkan, dan sekian banyak syarikat diapungkan di bursa saham. Ini contoh baik 'always use other people's money' untuk mengembangkan bisnes. Ianya modus operandi yang terbukti berkesan untuk pengembangan pantas bisnes.

Yep. These guys are brilliant. 

Zero cost breeding strategy.

Zero cost strategy.

Stupendously brilliant..

Smokin' brilliant!

Kita semua kena belajar dan jadi macam mereka....

Bursa Saham Kuala Lumpur - where the 'always use other people's money' rule, reigns supreme.

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)



Wednesday, April 15, 2015

IRON MAN + SELENIUM MAN = ?

Apparently, it may result in this.


Iron Man

+

Selenium Man

=

Shockingly massive buck

Ok. Iron (ferum) dan selenium adalah sinergistik, dan sebenarnya tak boleh berpisah. Mereka kena bekerja dalam satu pasukan, baru boleh dapat hasil ekstra. 

Kalau ada kambing kita ada tanda tanda kekurangan iron, maka kita kena tangani kekurangan selenium. Tak boleh buat salah satu je. Sebabnya, biasanya, iron x boleh diserap ke dalam badan bila selenium rendah atau tiada. 

Sekarang aku faham, dan lebih faham, kenapa garam jilat KNZ tinggi iron dan ada selenium. Dan aku juga lebih faham kenapa garam jilat KNZ lebih sesuai untuk kambing  pedaging gembalaan aku  berbanding garam jilat buatan syarikat lain.

Ya. Garam jilat syarikat lain ada lebih banyak aditif mineral, malah vitamin, tetapi semua itu sebenarnya terarah kepada operasi feedlot atau intensif atau breedlot.

Aku tak perlu kalsium, aku tak perlu copper, aku tak perlu kebanyakan aditif makromineral dan mikromineral yang ada dalam garam jilat syarikat lain. Ia hanya mengganggu, dan menurunkan prestasi kambing pedaging gembalaan aku. 

Aku hanya perlukan garam jilat asas. Ada iron, ada selenium, ada iodin, ada magnesium, ada zink, dan mungkin phosporus. 

Operasi kambing pedaging gembalaan sememangnya berbeza keperluan nutrien dengan lain lain sistem. Tapi kebanyakan dari kita para pembiak kurang sedar akan hal ini. 

Dan dalam memburu prestasi pedaging yang lebih baik, genetik berkualiti memainkan peranan besar. Tapi untuk genetik berkualiti tersebut melahirkan potensi penuhnya, keperluan tingginya terhadap makro dan mikromineral hendaklah dipenuhi. 

Keperluan makromineral dan mikromineral yang khas lagi spesifik. Fine tuned.

Macam Mr Iron Man, dan Mr Selenium Man. 

Assalam!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

BETTER THAN NEO

Neo adalah karakter utama dalam trilogi filem Matrix. Memiliki kebolehan close combat menakjubkan, dan terima kasih kepada abiliti 'bullet time' - boleh mengelak peluru, baik single shot mahu pun multiple shot.  

Hampir tidak terkalah. 

Itu Neo. Ada yang lebih handal lebih dasat lebih gagah dari Neo. Tidak terkalah.

Agensi kerajaan Malaysia. 

Aku telah sampai kepada suatu saat realisasi, dimana aku sedar adalah 'pointless' untuk menembak agensi kerajaan. Sebanyak mana peluru pun yang kita muntahkan, sepantas manapun peluru peluru tersebut, dalam harapan kita agar agensi berubah - its not going to work.

Mudah sahaja mereka mengelak peluru peluru kita. Selamba. Lebih selamba dari Neo. Lebih bergaya dari Neo. Siap sempat sikat jambul lagi semasa mengelak peluru yang bersimpang siur.

Mereka ini ada advanced kevlar bullet proof vest, dan memiliki abiliti 'bullet time' yang menakjubkan. Terlopong lopong ternganga nganga tercengang cengang kita semua menyaksikan kehebatan dan kekebalan mereka ini. 

Aku pikir perubahan dari dalam lebih baik daripada perubahan yang datang dari luar.

Falsafah yang merbahaya, kerana sudah ada contoh yang jelas, dan gagal. Tapi... adakah wujud pilihan lain?

Sorry Neo. Your bullet time ability is vastly inferior to Malaysian government agencies.

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)


PELAWAT - THE VACCINE TEAM

Selasa sudah, aku dikunjungi sepasukan student researcher dari Fakulti Veterinar UPM. Ada tengah buat Master, ada tengah buat PhD. 

Diorang ni tengah bangunkan suatu vaksin spesifik untuk menangani ancaman Caseous Lymphadenitis yang semakin serius dalam industri ternakan kambing. Penyakit ni dulu takdak dalam Malaysia, tapi semenjak kita import Australia punya kambing, penyakit ni semakin meluas dan merebak.

Secara umumnya penyakit ini jarang sangat mendatangkan kematian, tetapi..... mendatangkan kerugian ekonomi kepada pembiak kambing dalam 5-15% setiap tahun., hasil kehilangan prestasi. Contohnya kalau jualan anak kambing untuk sesebuah tahun boleh mencecah $100,000 tetapi dengan kehadiran caseous lymphadenitis kita cuma dapat nilai $90,000.

Itu adalah nilai kerugian yang signifikan.

Di Australia mereka sendiri sudah keluarkan vaksin untuk penyakit ini tetapi wujud masalah keberkesanan bila ianya diaplikasi dibawah cuaca tropika. Vaksin keluaran Australia ini didapati tidak berkesan untuk kita di Malaysia. Mungkin bakteria coryneum penyebab caseous lymphadenitis ini mengalami mutasi genetik apabila cuaca berubah.

Jadi pasukan penyelidik vaksin yang melawat ladang aku ni sedang cuba menghasilkan vaksin keluaran tempatan yang berkesan untuk kambing kambing di sini. Sebenarnya mereka sudah pun keluarkan vaksin tersebut. Sekarang pada peringkat 'lab trial'. Selepas itu 'field trial'. Lepas tu baru boleh dikomersialkan.

Jangkaan vaksin ini akan wujud dalam pasaran, dan 'accessible' kepada kita semua adalah dalam 3-4 tahun lagi. Kalau ikut hati aku, nak aje besok terus boleh pakai. 

Bagi aku secara peribadi, berdasarkan pengalaman aku membiakkan kambing pedaging sistem gembala selama 10 tahun - vaksin terhadap caseous lymphadenitis memiliki nilai 'protective' paling tinggi antara sekian banyak vaksin, untuk operasi aku. Dan aku pasti, dengan darjah kepastian yang sangat tinggi, akan gunakan vaksin ini sekiranya ia ada dalam pasaran.

Dan aku tidak ragu ragu untuk mempromosi vaksin ini kepada rakan rakan pembiak sekiranya vaksin ini berkesan. Yep, aku sangat 'excited' dengan kehadiran vaksin ini. Semoga usaha pasukan vaksin ini berjaya!

Dari kiri : Azza, Anas, Ismail, Firdaus, dan Syafiqah. Dan aku ambil kesempatan sempena kehadiran diorang, untuk menerangkan kepada aku proses pembuatan vaksin. Ada proses recombinant, ada proses attenuation - semuanya proses biologikal pada tahap molekular yang kompleks. Pening kepala aku. Terangguk angguk kepala aku, konon konon faham. Yang sebenarnya hampeh hehehe....

Tapi takpa, aku suka dengan lawatan diorang, dan aku ucapkan selamat maju jaya. Aku harap sangat sangat diorang berjaya, because the assistance they rendered will be...

indispensable for the industry.

Mereka adalah satu lagi saf dalam jemaah yang berusaha untuk membebaskan diri kita dari kebergantungan kepada golongan kafir bagi upacara qurban dan aqiqah. 

Into freedom!!!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah/akikah, dan pembekal kambing qurban/korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)