Thursday, April 16, 2015

THE ZERO COST STRATEGY OF PONDOK TANJUNG

Projek Boer Nasional (kini Pusat Ruminan) di Pondok Tanjung adalah salah satu projek dalam Koridor Utara. Budget $50 juta daripada kerajaan. Geran.

Geran.

Biasiswa.

Free money. Or something like that. 

Operator pertama adalah SBBC, dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) selaku penyelia projek projek Koridor Utara telah pun melepaskan geran sebanyak $9.3 juta kepada SBBC.

Kemudiannya operator kedua adalah Oblong Burger, dan NCIA telah melepaskan amaun sebanyak $3.2 juta.

9.3 + 3.2 = 12.5.

Yep. $12.5 juta amaun geran telah dilepaskan. Tinggal $37.5 juta.

Kini operator ketiga adalah Milco/MTG. Dan mereka sedang duduk atau mengeram atas telur telur yang bernilai $37.5 juta. Satu demi satu telur ini akan menetas, dan menghasilkan pulangan lumayan.

Apa yang aku nak 'point out' ialah apa sahaja semua ketiga ketiga operator ini keluarkan dari poket mereka, NCIA ( --->EPU --->rakyat) akan bayar balik. Baik SBBC, baik Oblong, baik Milco/MTG - they all will recoup their investment plus nice full fat interest.

Berbeza dengan kita semua, yang berpeluh peluh mengeluarkan wang simpanan sendiri, dan berhempas pulas membiakkan kambing demi mendapatkan pulangan. Tiada jaminan modal kita akan dilindungi, tiada jaminan kita akan untung. 

Kita semua penternak, yang picisan dan bebas, mengamalkan 'full cost strategy'. Dan ini adalah strategi bisnes yang tak cukup 'power', kerana meminimakan peluang 'fast growth'.

Berbeza kontras dengan mereka - SBBC, Oblong, Milco/MTG - mereka berpegang dan beramal dengan 'zero cost strategy'. Dan ini adalah langkah bijak, kerana salah satu undang undang bisnes yang baik ialah, 'always use other people's money'. 

Sebab itu lah, banyak syarikat berhad ditubuhkan, dan sekian banyak syarikat diapungkan di bursa saham. Ini contoh baik 'always use other people's money' untuk mengembangkan bisnes. Ianya modus operandi yang terbukti berkesan untuk pengembangan pantas bisnes.

Yep. These guys are brilliant. 

Zero cost breeding strategy.

Zero cost strategy.

Stupendously brilliant..

Smokin' brilliant!

Kita semua kena belajar dan jadi macam mereka....

Bursa Saham Kuala Lumpur - where the 'always use other people's money' rule, reigns supreme.

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)



2 comments:

  1. Salam n SANSAW.
    Projek PT adalah baik dan jgn lari dari matlamat.Yang saya paham PT finance by Gov .melalui Grand.matlamatnya sbg pembiak dam pembekal baka boer untuk penternak dgn harga yg menasabah.Saya berpendapat PT tidak terurus dan lack of profesional involes tentang menternak kambing.Ada satu lagi faktor yg orang kurang nampak ialah attitude.Factor intergriti dan responsibility cukup TETAPI factor Accountability xada.
    Cadangan.
    Perlu restracture.Kalau boleh bagi kepada penternak yg mahir berbahasa kambing.Diaorang saja yg paham dan pandai memantau masaalah kambing.Tq dari SPPHR.

    ReplyDelete
  2. Sambong...PT.
    Saya sebagai penternak Boer memang rasa xpuas hati.guna public fan tetapi public tidak mendapat faedah.Penternak tegar susah mendapat baka boer,kalau ada pun kena bayar harga yg tidak menasabah.
    Buat program untuk mengurangkan jurang payment of balance dan terus kpd sara diri untuk daging kambing TETAPI Pemerintah banyak menyusahkan penternak seperti saya.
    Wang simpanan habis buat kandang dan beli baka boer.Vet ada berbagai skim e.g pinjaman pejantan boer.Isi borang dan buat susulan Hingga Ke pej Pengarah Putra Jaya.Hasilnya habok pun takdapat.
    Malang sungguh negaraku Malaysia.Peruntukan berjuta-juta projek boer kononnn..Skim berbagai-bagai skim ditulis atas kertas.Cakap,cerita dan seminar kulu kilir.TETAPI...Tetapi....Penternak tak tahu tulis dan baca pun boleh buat penilaian.
    "Cadangan kepada Menteri yg ada Accountability"
    Pegawai yg tidak perform ,lalai dan mempunyai koraptet mentality suruh undur diri.
    Kes saya untuk mendapatkan satu pejantan boer tidak berhasil .Jangan haraplah PT boleh berjaya.
    Saya minta maaf kalau ada pehak yg tersinggong tapi kes ini berlaku pada realitynya.
    "CAKAP XSERUPA BIKIN DAN BUAT XADA SERUPA JAUHARI".Public fan go to the drain(longkang)dan kita boleh nampak siapa dalam longkang busuk itu.tq dari SPPHR.

    ReplyDelete