Sunday, April 19, 2015

MAHLIGAI TERAPUNG ADAM DAN HAWA


Hipotesis dalam hipotesis.

Untuk memudahkan pemahaman hipotesis sebelum ini. 

Aku telah hipotesiskan sebelum ini yang Adam dan Hawa berasal dari sebuah planet syurga, yang jauh lebih subur dan tinggi habitabiliti berbanding Bumi, dan ianya sangat sangat jauh dari Bumi. Jutaan tahun cahaya jaraknya dari Bumi. Mungkin dari galaksi lain. Mungkin juga masih dalam galaksi Bimasakti.

Apa pun di syurga ini, Adam dan Hawa  hidup aman damai, dan dalam masa yang sama, terpaksa berhadapan dengan bisikan dan hasutan Iblis. (Hmmm.... bila Iblis Laknatullah boleh berada dalam syurga menghasut Adam dan Hawa, maka adalah jelas situasi ini menguatkan 'argument' yang planet syurga asal Adam dan Hawa bersifat sementara, bukan syurga kekal abadi. Sama seperti Bumi ini).

Dan adalah berkemungkinan tinggi di planet syurga asal tersebut, Adam dan Hawa tidak tinggal pada permukaan, tetapi pada atmosfera, kilometer tinggi dari permukaan. Terapung. Dalam mahligai dibina khas dengan batuan yang sama komposisi dengan Hajarul Aswad. 

Hidup dalam mahligai yang terapung di atmosfera planet nampak seperti mustahil. Ya... mustahil di Bumi, tapi tidak mustahil dalam planet planet tertentu. Kosmologis telah merumuskan berdasarkan observasi pada komposisi gas dan ketumpatan atmosfera planet planet yang telah mereka cerap, adalah tidak mustahil untuk membina habitasi terapung sekiranya atmosfera memiliki komposisi gas dan  ketumpatan sesuai. 


Seperti di Venus, jiran Bumi yang terdekat, dimana atmosferanya menyerupai suasana Bumi. Dan yang paling 'Earth like' dalam mana mana lokasi di sistem solar. Mengalahkan Mars.


Ok. Apa yang aku cuba hipotesiskan ialah Adam dan Hawa hidup dalam mahligai yang terapung di planet syurga asal mereka, dan mahligai ini serupa komposisinya dengan Hajarul Aswad pada Kaabah, dan ........ ketika Adam gagal dalam ujian buah khuldi, berlaku suatu peristiwa ejeksi yang 'violent' dan traumatik dari planet syurga asal tersebut.


Aku tak tahu Tuhan turunkan fenomena apa kepada planet syurga tersebut, tapi ianya cukup kuat untuk mahligai terapung tersebut - yang ketika itu mengandungi Adam, Hawa, dan Iblis - tercampak keluar dari atmosfera planet syurga itu. 


Ya mahligai terapung Adam dan Hawa kini bertukar menjadi spaceship, dan bermulalah pengembaraan  mereka ke Bumi. 


Masalahnya, mahligai terapung tersebut bukanlah spaceship dalam ertikata sebenar, kerana aku fikir ianya tiada sistem navigasi atau janakuasa. Mahligai terapung itu lebih kepada 'protection capsule' - cukup kuat dan lasak untuk memastikan Adam dan Hawa 'survive' kembara ke Bumi. Hanya rahmat Allah yang memastikan mahligai terapung atau space station tersebut bergerak betul menghala ke Bumi. 


Dan apabila mahligai tersebut 'somehow' sampai ke pekarangan Bumi, ianya mesti membuat kemasukan merbahaya ke dalam atmosfera Bumi. Atmospheric entry. Dan ini membakar, merosakkan, dan meleraikan hampir kesemua struktur mahligai tersebut.


Aku tak dapat bayangkan struktur dan rekabentuk sebenar mahligai tersebut, tapi aku pasti ianya efektif untuk mendaratkan Adam, Hawa dan Iblis ke permukaan Bumi dengan selamat. Walaupun mereka terpisah jauh semasa 'entry' dan 'landing', dan mahligai itu berkecai.


Dan antara serpihan mahligai itu kini menjadi Hajarul Aswad. 


Pengembaraan ini adalah traumatik kepada Adam dan Hawa. Sangat traumatik. Sangat menakutkan. Sebab itu sebaik mendarat di Bumi, planet yang asing buat Adam dan Hawa, mereka menangis memohon ampun kepada Tuhan tanpa henti selama 40 tahun. Siapa antara kita yang mampu berbuat sebegitu?


Hanya mereka yang telah melalui pengalaman super trauma akan berbuat demikian. Hanya mereka yang berhadapan 'face to face' dengan kemurkaan Tuhan sanggup berbuat demikian. Dikeluarkan daripada planet yang enak bersenang lenang, dan dimasukkan pula ke dalam planet yang mana semuanya mesti diusahakan. Melalui pula pengembaraan kosmik yang sangat menakutkan. That's certainly very traumatic.


Dan apabila Adam bertemu kembali dengan Hawa di Arafah, maka cepat cepat Adam membuat Baitullah dan menggunakan serpihan mahligai itu sebagai salah satu bahan binaan. Menjadi peringatan kepada keturunannya agar ingat akan asal usul mereka, dan berusaha sekeras kerasnya untuk mencari jalan pulang.


Sekarang aku kemukakan satu 'argument' kepada mereka mereka yang sceptical - Rasulullah SAW sendiri telah beritahu kita akan sifat Hajarul Aswad. Ianya batuan syurga. Maknanya.... syurga itu bukan ghaib. Syurga itu...  tidak lagi ghaib. Ianya nyata. Ianya fizikal. Hajarul Aswad adalah bukti fizikal terang benderang akan kewujudan planet syurga tersebut. 

Wujud. Jadi kita boleh nampak. Kita boleh buru. Walaupun kita tiada keupayaan untuk sampai kepadanya. 

Dan ianya... menyerupai sifat Bumi. Planet batuan. Berair. Penuh kehidupan. Penuh keajaiban. Penuh... makhluk asing. 

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Assalam!


Haji - ritual untuk mengingatkan umat manusia akan asal usulnya, dan berusaha mencari jalan pulang, baik fizikal dan spiritual. Yep, it's not only a spiritual journey. 


Hajarul Aswad. Batu syurga. Asal Adam dan Hawa. Asal kita semua. Kita tidak diciptakan di Bumi. Kita adalah....... traveller.

Interstellar traveller. Unwilling one at that.









No comments:

Post a Comment