Wednesday, November 19, 2014

TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR...

Assalamualaikum semua!

Nampaknya invasion kambing siam dan burma yang diseludup semakin menjadi jadi. Macam empangan pecah. Small players major players semua terlibat. (weii jangan tak mengaku lah hahaha). 

Dari satu segi baguslah, kurang sikit kebergantungan kepada aussie yang berlagak lagi bongkak.

Dan aku tak risau dari segi competitiveness, kerana semua pengembala tempatan memiliki cost of production yang lebih rendah. (Tapi yang buat breeding sistem intensif akan rasa tercabar dengan kemunculan kambing siam burma nih). 

Masalahnya disease time bomb. Brucellosis timebomb. Meliodosis timebomb. Whatever-infectious-disease timebomb. 

AGAIN.

Industri kita di semenanjung ni tak habih habih kena bom dengan pelbagai penyakit yang dibawa dari kambing luar. Lagi lagi kena bom. Lagi lagi kambing tempatan dibunuh. Lagi lagi pembiak jadi mangsa.

Hello Mr JPV!!! Are you still sleeping? Are you still in lullaby?

Twinkle twinkle little star......
How I wonder kambing siam boleh lepas......
Mana pergi pemantauan......
Ke saje saje pejam mata......

2 comments:

  1. faktor harga yang payah nak tahan ye tak.

    ReplyDelete
  2. Steady tuan...gasak pihak berwajid supaya lebih berintergriti

    ReplyDelete