Tuesday, November 18, 2014

HAJI X-MEN DAN $6 JUTA BANK ACCOUNT

Terpulanglah tuan puan nak panggil dia Haji Cyclop ka, Haji Wolverine ka, atau Hj Gambit ka.  Aku akan panggil dia Haji X-Men.

Haji X-Men tak benarkan aku cerita pasal dia. Dia tak mahu orang tahu kewujudan dia. Tetapi aku terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalamannya bilamana aku melihat ada rakan pembiak yang sangsi atau kurang yakin akan jalan seorang pengembala.

Baik. Dari sekian banyak pelawat, Hj X-Men tergolong antara pelawat yang paling unik. Hj X-Men datang ke ladang aku naik keta buruk. Boleh juga dipanggil kereta purbakala. Pakaiannya biasa style oghe tua kampung. Jam tangannya kelihatan uzur. Bercalar calar. Retak menanti belah. Agaknya sama umur dengan keta dia. Henpon pun jenis yang paling lama. Jenis yang orang muda macam aku (muda lah sangat!) segan sesegan segannya nak guna. 

Dari perawakannya nampak biasa biasa je orangnya. Tapi sekali dia buka mulut untuk bercerita, aku tahu yang dia adalah jutawan. Jutawan senyap. Silent millionaire. Tanpa perlu dia beritahu.

Secara ringkasnya, Hj X-Men pembiak kambing. Pengembala. Seasoned. Experienced. Dan daripada hasil kambing, dia ada beli tanah dan tanam sawit. Dan berkebun. 

Bila aku tanya "Tuan, saya tahu tuan jutawan. Boleh kongsi sedikit dengan saya tips tips menjadi jutawan gembala?"

Dia tersenyum. Lama diamnya. Dan akhirnya bercerita. Berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah, berdisiplin, bangun awal pagi - all that usual stuff.

Yang buat aku tertarik ialah satu perkara, dia cerita yang kita sebagai pengembala, patut buat network dulu dengan Tuhan, baru sibuk buat network dengan manusia. Bergantung dulu dengan Tuhan. Sebulat bulat pergantungan. Baru buat jaringan bisnes dengan manusia. 

Tak de network dengan manusia pun takpa. Kalau semua manusia pulaukan kita tak nak berurusan dengan kita pun takpa. Janji kita ada network dengan Tuhan. Tuhan boleh bagi rezeki kepada kita ikut jalan mana pun, termasuklah cara yang tidak disangka sangka lagi menghairankan.

Inilah salah satu rahsia kenapa semua para rasul dimestikan jadi pengembala. Belajar untuk bulat kebergantungan kepada Tuhan, bukannya mengharap kepada manusia, agar para rasul lebih berani dalam tugas utama mereka - menyampaikan kebenaran. Dan kebenaran itu awalnya pahit. Akan mendapat tentangan daripada kebanyakan manusia. 

Aku tanya Haji X-Men " Macam mana nak buat network dengan Tuhan?"

Dia balas "Bangunlah sepertiga malam, buatlah solat tahajud, bacalah kitabNya, dan agung agungkan NamaNya. Amalkan. In sha Allah".

Uh oh... jujurnya benda ni aku dah tahu TAPI susah nak amalkan. (Nampak sangat malas aku nih!!!! Aaaaaaaahhhhhhh!!!!! Dang!).

Nak buat boleh tapi nak buat secara berterusan sehinggakan ia menjadi kelaziman... fuhhhh memang mencabar. Iman kena tinggi. Kena senantiasa berjuang melawan nafsu. Bukan senang nak maintan momentum solat malam ni. 

Aku solat lima waktu pun tunggang langgang. KitabNya pun jarang jarang baca. Zikir ada juga buat.. tapi takdelah bibir tu senantiasa basah dengan zikir. Basah dengan ayaq kopi adalah.. adehh..

Teruk betul lifestyle aku nih.... bukannya seorang pengembala tulen. Bukannya seorang pengembala yang dekat dengan ruh pengembala sebenar - Habil dan para anbiya' sesudahnya. 

Ok. Ok. Haji X-Men dah kongsi rahsianya menjadi jutawan gembala. Dan bila aku pikirkan kata katanya, aku tidak hairan, sebab aku ada seorang lagi kenalan yang bersifat seperti dia. Masa aku muda muda kerja di Bangi.

Haji Optimus Prime (aku panggil dia macam ni sebab aku baru habis layan cerita Transformers 4 Age of Extinction). Tabligh. Kuat tabligh. Hardcore tabligh. Janggut bukan main panjang. Kalau pergi tadika, habih semua budak budak tadika lari ketakutan menyorok dari dia kihkihkih.

Haji Optimus Prime buat property. Property developer. Memang nampak biasa. Kereta biasa. Rumah biasa. Semua biasa biasa. Dan dia selalu keluar tabligh. Setiap minggu akan pergi Masjid Sri Petaling. Setiap bulan akan keluar 3 hari. Setiap tahun akan keluar sebulan. Dan dia pernah keluar 3-4 bulan. Maksud keluar disini adalah keluar berdakwah. Tinggalkan keluarga. Tinggalkan bisnes. 

Dan... aku kerja dengan dia sebagai kerani. Aku yang uruskan bisnesnya semasa dia keluar berdakwah. Jadi aku tahu bank account dia. Ada 6 juta. 

Rilek je tinggalkan keluarga. Tinggalkan bisnes. Aku pun tak sangka, orang pun tak sangka dia ni jutawan. Simple lifestyle. Very simple.

Dan Hj Optimus Prime selalu berpesan pada aku agar selalu gagahkan diri untuk bangun bersolat malam. Cara paling pantas untuk bernetwork dengan Tuhan katanya.

Aku iyekan aje. Buatnya tak. Dok sibuk main game kat pc dia bila dia pi keluar berdakwah. Hmmm parah parah aku ni..

Orait. Yang aku nak beritahu di sini ialah apa apa pun usaha kita, baik bisnes tak bisnes, usaha ternak usaha tani - semuanya boleh jadi kaya dan diberkati, sekiranya... kita yakin dengan Tuhan, dan kita berusaha mendekatkan diri kepadaNya. 

Kena ada pengorbanan. Kena ada disiplin. 

Network dengan Tuhan.

The first and foremost. Recipe for success in the world and the afterlife. 

Assalam!



1 comment:

  1. INNA AQRAA MAKUM INDALLAA HI ATKOO KUM."Sebaik2 hamba disisi Ku ialah orang2 yang berTAQWA".Mari kita pakat jadi macam Aji Xmen,mari kita pakat jadi orang2 yang berTAQWA disisi Allah.(maaf! nombor ayat tok ingat)

    ReplyDelete