Wednesday, November 19, 2014

INI WAK MISLAM : ANOTHER SILENT MILLIONAIRE

Actually, I believe, he is  a silent multi millionaire.

Baik. Wak Mislam adalah rakan pembiak kambing. Masa aku start bela kambing, beberapa bulan lepas tu Wak Mislam pun start bela juga. Aku dan dia masing masing membiak. Kepala kambing kampung. Penyokong tegar genetik tempatan. Gembala. Aku di Perak. Dia di Selangor. Aku full time, dia cuma side income aje.

Pasal masa tu dia tumpu ladang sawit dia 500 ekar di Selangor. Operasi kambing lebih kepada mengurangkan kos meracun dan menyuburkan tanah. Kini aku dan dia masing masing memiliki populasi yang setara - 300 ekor.

Wak Mislam ni dah banyak kali datang ladang aku. 4-5 kali dah kot. Aku je yang tak sampai sampai lagi ladang dia. Adehh sorry wak! In sha allah aku cuba cari masa untuk gatecrash ladang Wak! (Makin panjang senarai ladang aku kena melawat nih!!)

Dan sebenarnya Wak Mislam ni jiran aku di Bangi. Lama dah berjiran. Masa aku muda muda kuat melagho selalu melepak dengan geng pencen di surau, Wak Mislam ni lah yang selalu belanja aku minum teh makan kuih breakfast lunch and dinner. 

Memang biasalah geng surau ni 'pau' Wak Mislam bila keluar minum. Makaseyy Wak!!

Wak Mislam dan  stafnya masa melawat ladang aku baru baru ni. Wak Mislam rajin menyaksikan perkembangan aku dari dulu hingga sekarang. Sebelum menjadi penternak hinggalah bergelar penternak.

Wak Mislam, the silent multi millionaire. Dan sebahagian anak anak kambing di ladang aku.

Sebenarnya masa Wak Mislam melawat ladang aku, dia on the way ke Tanjung Tualang. Tengah survey sebuah ladang sawit 400 ekar untuk diambil alih. Dan beberapa hari sudah Wak Mislam dah confirm untuk takeover ladang tersebut. Nice! Tahniah Wak! 

Aku perhatikan Bandar Baru Bangi tinggi konsentrasi silent millionaire. Dan kebanyakan dari mereka adalah kaki masjid. Suka solat berjemaah. 

Yaaa inilah yang kita mahu! Inilah yang kita mahu contohi!

Kaya harta celik hati.

Bukannya kaya harta buta hati.

Marilah kita bersama sama memakmurkan rumah Allah! Mari kita bersama sama berbaris dalam satu saf mengagungkan namaNya dan kalimahNya! Mari kita bersama sama memohon keampunan dan rezeki dariNya! 

Mari kita bersama sama berjuang membebaskan diri dari kebergantungan!

Into freedom!!!

4 comments:

  1. Follow..follow..insyaAllah beberapa tahun lagi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillaaaaah!.Semuga Allah meramaikan lagi jutawan2 Islam macam Wak Mislan,Haji X-Men,memiliki harta yang diredhai Allah.Ambo doakan semuga Prof akan tergolong dalam 7 nombor (jutawan).

    ReplyDelete