Sunday, July 27, 2014

AKU TAK RAYA!

Kalau aku bujang, dan kalau gembala aku bujang - aku dan dia tak akan beraya. Tak akan jalan ke mana mana. Duduk melekat dengan kambing. Setiap hari. Termasuklah hari raya. Kami tak tau hari. Kami tak tahu erti raya. Setiap hari adalah kerja. Kami tiada masalah dengan realiti setiap hari mesti kerja. 

Tapi aku dan dia masing masing ada pasangan. Perempuan. Dan sifat perempuan ialah suka beraya. Sangat sukakan hari raya. Dan perempuan memang buat kami dalam dilema. Ini kerana perempuan paksa kami beraya. 

Paksa. Laksa. Paksa laksa. Yaa seperti laksa dan kembarnya si kuah yang tak boleh berpisah, begitu jugalah setiap perempuan tidak dapat dipisahkan dengan paksaan mengajak lakinya bercuti raya. Dang!!

Setiap kali hari raya menjelang, aku dalam keadaan serba salah. Pompuan sana suruh laki mintak cuti dengan tauke (walaupun aku bayar double salary untuk hari pertama dan kedua), manakala pompuan sini sibuk suruh aku beraya dengan sedara mara. Setiap pompuan sudah bersedia dengan drama merajuk dan skrip ayat ayat kemerajukan sekiranya keinginan masing masing tidak dipenuhi. 

Golden Globe Academy Oscar Cannes Film Festival betulll!! Dang!

Susah nak raya golongan penternak sebenarnya betul tak? Masa raya ni lah banyak pelanggan dan pelawat nak datang. Bertali arus berderet deret. Macam mana nak jalan raya? Macam mana nak tinggalkan kandang?

Jadi kepada semua penternak yang beraya di kandang, yang senasib dengan aku - Selamat Beraya Dengan Kambing! Semoga kambing kita semua bertambah biak dan subur! 

Selamat Hari Raya!


3 comments:

  1. camana tuan uruskan kambing masa raya?

    ReplyDelete
  2. Pagi2 lagi ambo doh buka kandang,pas tu ambo ucap SELAMAT HARI RAYA.Kalu doh jadi penternak,tiada istilah CUTI.Kita ni doh kena tambat.Kemana pun kalu nok pergi kena ambil kira,tapikan tetap mengembirakan hati.SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN

    ReplyDelete
  3. jadual rutin 'raya dalam kandang'..

    7.30am - pi kandang bagi makan pelet
    8.30am - pi semayang raya
    10.00am - pi kandang, bagi makan pelepah sawit
    12.00pm - pi rumah sedara, makan ketupat
    2.30 pm - pi kandang, mesin rumput plak
    4.30 pm - rumah terbuka , untuk tetamu datang
    6.00 pm - pi kandang, buka lampu kandang, buat apa yg patut..
    time beranak, lain cerita..
    time kambin sakit, lain cerita..
    time orang nak beli kambing, lain cerita..

    tu pun tak mau bagi 'subsidi'..

    hahaha..

    selamat hari raya, maaf zahir batin..

    hidup penternak tulen..peduli apa pada orang lain..

    ReplyDelete