Thursday, July 31, 2014

RAYA RAYA MASAK KAMBING MUDA!

Hai Selamat Hari Raya semua rakan rakan! Dah bersawang blog dan facebook aku. Langsung tak bukak sepanjang raya ni. Pagi ni baru terkial kial nak buka balik. Terima kasih atas semua komen komen yang diberikan. 

Tahun ni aku raya kat Teluk Intan. Rumah nenek aku. Dan aku buat keputusan untuk sembelih dan masak seekor kambing muda untuk dibuat juadah malam raya. Kambing jantan muda ni tak sampai 6 bulan umurnya. Ada 4 bulan lebih sikit. 19kg berat. Kembarnya simpanlah untuk masa akan datang. 

Kali ni aku dan bini aku masak sendiri kambing muda ni. Kari kambing. Sebenarnya bertekak dulu nak masak apa. Aku nak masak lain. Bini aku nak masak lain. Tapi memandangkan bini aku yang jadi pengurus hal hal sebegini dan memegang 'absolute executive power' maka aku pun terkebil kebil menurut jua akhirnya. 

Puasa terakhir pagi pagi dah bangun pergi pasar Langkap. Nak beli santan segar. Nak beli bawang mayang serbuk kari halia kentang dan yang sewaktu dengannya. Terkejut aku dibuatnya tengok pukul 7 pagi dah penuh sesak pasar basah. Bukan sekitar pasar je sesak, habih semua kedai kedai dok jauh dari pasar pun sesak juga.  Halamak sesak nafas aku dibuatnya. Aku ni phobia sikit bila tengok traffic jam dan orang ramai. Cemas semacam. Tak tahu kenapa. 

Uh oh.. aku nak masukkan gambar situasi pekan Langkap tapi aku ambik gambar dengan smartphone, dan aku tak tahu macam mana pula nak pindahkan ke laptop. Jadi... pendekkan cerita lah. Short cut. Terus masuk bahagian dapur. 

Haaa sebahagian daging kambing muda yang telah siap dicincang. Tapi aku kena buat pengakuan tulus lagi ikhlas. Bini aku tak puas hati dengan cara aku motong daging kambing. Jadi dia yang motong. Aku cuma ...... potong bawang dan kentang. 

Argggggghhhhhh....... kalau ada lopak kerbau berkubang, dan dan situ juga aku terjun biar tenggelam habih badan cuma nampak bubble blub blub blub. Potong bawang dalam lumpur. Malu malu malu. Habih tercabar ego aku. Macam mana plak laki potong bawang bini potong daging? Sapa hero sapa heroin ni? 


Satu satunya ketulan daging kambing muda yang bini aku benarkan aku potong... under her very watchful eyes. Veeeeryyyyy watchful eyes. Terketar ketar aku nak motong hahahahahaha.....

Tumis dulu rempah ratus dalam kuali. Transit je ni. Nanti pindah ke periuk yang lebih besar. 

Ehhhh sorry guys! Aku tak  boleh teruskan gambar gambar edisi memasak sebab banyak gambar gambar private bini aku tengah masak. Unappropriate to be shown publicly. Aku pun tak perasan masa amik gambar. Bila tengok balik banyak yang kena censor. Semua kena censor. Semua.. terpaksa jadi Lembaga Penapisan Filem plak aku ni. Potong stim betul. 

Masak masak belah pagi dan tengahari. Petang aku pi kandang tengok situasi kambing. Dan gembala aku report ada kambing nak beranak balik ke kandang semasa digembala. Masalahnya tak sampai kandang. Dia dah puas check sana check sini cari kambing no 521 tapi tak jumpa. 

It was up to my sense of navigation now. Alhamdulillah semasa round terakhir (dan aku dah ready nak give up) aku terjumpa lokasi dia beranak. 6.30 petang masa jumpa dia ni. Beranak dalam kebun. Kenapa tak nak beranak kat kandang? Saja nak tambah sibuk kat aku ka time time nak raya ni?

Well.... gambar baru siap masak tak sempat nak ambik. Gambar siap dikebas sempat ambik... pehhh... seketul daging pun takdak. Tinggal kuah aje. Kuat makan kambing sedara mara aku ni. Suruh masak tak nak hahaha. 

Apa pun maklum balas yang diterima adalah positif. Kambing muda.. memanglah sedap. Kena pula kambing tempatan yang cukup eksesais udara segar dan cahaya matahari. Ada pula makan bijirin. Memang terangkat!

Lembut. Takdak bau. Juicy. Quality.

Mari beramai ramai kita makan kambing muda!

Selamat Hari Raya!

*Daging berkualiti tak perlukan pelbagai perasa atau masakan yang kompleks kompleks. Kari ni pun dah kira terlajak proses. Paling elok sebenarnya bakar atau panggang. Tak payah sos. Tak payah marinade. Tak payah gula garam. Haaa baru kita betul betul dapat menikmati dan tahu setakat mana kualiti daging tersebut. 



5 comments:

  1. Kukus*grill*panggang*kukus*grill*panggang.

    Selamat hari raya.maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. sodap sodap... ngam ngamm mgammm,,hehe

    ReplyDelete
  3. Sekor memang tak cukup dor...Selamat Hari Raya,Bro!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  4. Try this-x perlu minyak,x perlu bwg merah & bwg putih,x perlu rempah....tengok you tube-"Namak Mandi Karahi Goshat-bobnadee"......Ana dah cuba-Tuan Sablee.

    ReplyDelete
  5. Ambo laa tok rase lagi kambing muda.Rayo tahun depan mungkin boleh la.

    ReplyDelete