Thursday, July 24, 2014

BILA MASA SESUAI GEMBALA?

Hai! Selamat sejahtera kepada semua pembiak kambing dan para petani juga para pengeluar makanan dalam seluruh tujuh lapis alam semesta!

Baru bukak what's app tadi. Ada rakan penternak yang mohon aku share observasi aku tentang masa sesuai gembala. Terima kasih kepada rakan penternak tersebut sebab bagi idea untuk aku menulis. Biasaklah. Raya dah dekat. Sibuk sana sibuk sini. Takde mood sebenarnya nak menulis. Aku ingat lepas raya je sambung tulis. Nak rehat sekejap dari berblogging. Aku nak cuci tingkap kereta dan cuci tayar kereta. Hari hari. 

Ok. Masa aku mula mula bela kambing, banyak sangat pihak yang kata - kambing tak boleh lepas ke tanah. Banyak cacing. Nanti banyak mati banyak problem. Lebih baik bela atas kandang aje. (Huh 'baguih' punya idea - setback industri ratusan tahun ke belakang!)

Mana yang cerdik pandai sikit kata kambing boleh lepas ke tanah. Tapi jangan pagi pagi. Bahaya. Banyak embun. Banyak telur cacing dan cacing melekat pada embun. Kalau lepas pagi pagi, kambing mudah kecacingan. Jadi kena lepas tengahari. Lepas pukul 12. Dan bila balik kandang kena bagi makanan tambahan, pasal foraj semata mata tak cukup untuk jaga prestasi kambing.

Takde takde .... TAKDE. Tiada seorang pun ..... yang recommend kambing dilepaskan pada waktu pagi, tiada seorang pun yang rekemen kambing boleh digembala, TIADA SEORANG pun.... yang rekemen RUJUK KEPADA ALQURAN bagaimana biakkan kambing. TIADA SEORANG pun.... yang rekemen rujuk kepada sunnah anbiya' bagaimana mereka bela kambing. 

Tiada seorang pun. Tiada sekelumit suara. Walhal ketika ini industri sedang gegak gempita berpusu pusu meriah semeriahnya dengan rantaian demi rantaian peserta baru industri.

Kembali kepada surah AnNahl ayat 6. Terjemahannya :

And for you in them is [the enjoyment of] beauty when you bring them in [for the evening] and when you send them out [to pasture] "

" Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi) "

Hmmm.... 

Dah jelaskan? Dalam AlQuran kata kambing digembala. Boleh digembala. Boleh dilepaskan pada waktu pagi...

Dah nampak berapa banyak kepalsuan yang meliliti pemikiran kita semua selama ini? 

Kalaulah awal awal lagi AlQuran dijadikan rujukan dalam kursus kursus kambing, baik yang jangka pendek mahupun jangka panjang untuk mereka mereka yang belajar bab haiwan di universiti universiti kolej kolej pertanian.....

Padanlah kita umat Islam di Malaysia tertonggeng tonggeng bab pengeluaran makanan. AlQuran tak dirujuk. 

Kalau ada profesor kambing yang ada 10 PhD kambing dari 10 universiti seluruh dunia pun, yang berfatwa kambing jangan digembala kambing jangan biar turun ke tanah kambing jangan lepas belah pagi - Tak akan boleh lawan kebenaran ayat 6 surah AnNahl. Tak akan boleh lawan kepandaian Tuhan yang menjadikan kita semua. 

Tuhan yang menciptakan bumi dan segala isinya. Tuhan yang menciptakan alam semesta dan tujuh lapisnya. Tuhan yang Maha Tahu akan fitrah kambing ciptaanNya. Tuhan yang menundukkan kambing untuk manfaat manusia.

Tuhan Maha Benar. 

Ianya mudah lagi simple. Sesimple Simply Siti. Atau game Simcity 2000. Kambing boleh lepas pagi. Kambing boleh digembala waktu pagi. TIADA KERAGUAN.

Baik. Aku sendiri sekarang lepaskan kambing bermula seawal 9.30 pagi. Biasanya antara 9.30 - 10.30 pagi. Embun tak embun hujan tak hujan - boleh takdak masalah (melainkan hujan lebat sangat). Belah pagi ni yang digembala ialah kawanan kambing betina. Breeder stock. 

Para ahli betina ni akan balik antara 1.30pm - 2.30pm. TIADA dedak diberikan melainkan kepada yang beranak dua ke atas, atau pejantan, atau yang ada masalah kesihatan, atau budak budak kecik yang tak pandai melompat parit. 

Dah selesai hal kambing betina, kambing jantan jantan pula yang dilepaskan. Yang ni tak digembala. Pasal pagi dah bagi makan dedak. Diorang pusing pusing makan dekat dekat kandang. 

So secara ringkasnya macam itulah. Performance? Yeah ok.  Alhamdulillah. 

Ok ok ok. Cukuplah. Takde masa dah ni. Kena hantar anak pi sekolah. Assalam!






2 comments:

  1. DLM kursus mcm2 ilmu yg di beri.....kadang kita terfikir....mesti buat feedlot....mesti pasang unggun api....tak boleh lepas awal pagi.....

    ReplyDelete
  2. Kak gembala pagi jugak, kalau sampai kekandang awal, awallah keluar, gembala lebih-kurang 3-4 jam....bawak kambing betina aje, kalau bawak jantan tak jadi makan.

    ReplyDelete