Wednesday, April 2, 2014

NOTHING ESCAPES SIDRATUL MUNTAHA

Tiada yang terlepas daripada cengkaman Sidratul Muntaha.

Walau pun kepada makhluk Tuhan paling perkasa dan paling pantas dalam alam semesta.

AdiMalaikat, Jibril Alaihissalam.
_______________________________

Rujuk post terdahulu sekiranya sukar memahami post ini. (The Might of Gabriel, Sidratul Muntaha - Event horizon?, Langit Tujuh Lapis - Dimana?, End of Days, Lord of the Worlds).

Dalam Kalamullah, kekuatan keperkasaan kebijaksanaan ketua malaikat, Jibril AS, seringkali disebut manakala malaikat malaikat lain hanya disebut sepintas lalu. Dan hanya Jibril yang mampu membawa jasad Muhammad SAW dengan selamat dalam kembara teragung alam semesta - Mikraj.

Jibril melakukan Mikraj dengan mencapai halaju yang tidak pernah dicapai oleh mana mana malaikat - lebih pantas daripada cahaya. Walaupun setiap malaikat memiliki kelajuan sepantas cahaya, justeru mampu bergerak ke seluruh penjuru alam semesta dengan sekelip mata, tetapi Jibril dianugerahkan Tuhan dengan kekuatan luar biasa, dimana Jibril boleh bergerak ribuan malah jutaan kali lebih pantas daripada cahaya dan rakan seangkatannya.

Jibril mesti bergerak lebih pantas daripada cahaya dalam Mikraj, kerana itu sahaja caranya untuk memastikan Muhammad SAW dapat dibawa dengan selamat, dan tempoh Mikraj cuma semalaman. Sekiranya Jibril cuma bergerak sepantas cahaya, jasad Muhammad SAW akan hancur berderai.

Dan untuk bergerak lebih pantas daripada cahaya, tenaga yang diperlukan oleh Jibril tidak cukup dibekalkan oleh lapisan pertama alam semesta (visible matter yang hanya merupakan 4% kandungan alam semesta), tetapi mesti ditambah dengan manipulasi tenaga daripada enam lagi lapisan alam semesta (jirim gelap yang merupakan 24% kandungan alam semesta).

Jibril berjaya membawa Muhammad SAW dengan selamat, disaksikan oleh semua makhluk kosmos yang tercengang melihat kekuatan Jibril, sehinggalah sampai ke Sidratul Muntaha, dimana mereka berpisah, dan Muhammad meneruskan perjalanan seorang diri, dan kali ini semua makhlus kosmos lebih tercengang cengang secengang cengangnya melihat bagaimana Muhammad SAW masuk ke 'realm of God' tanpa sebarang kebinasaan menimpa dirinya. Berulangkali.

Now, aku telah pun hipotesis Sidratul Muntaha ialah sebuah event horizon milik mana mana black hole dalam alam semesta. Dan salah satu sifat event horizon ialah ianya sempadan yang tiada peluang kembali kepada mana mana objek yang melintas sempadannya. The absolute point of no return in the universe. Termasuklah bagi cahaya, dan malaikat yang dijadikan daripada cahaya, justeru makhluk terpantas dalam alam semesta. Ye, black hole akan menelan apa sahaja yang telah masuk ke dalam pintu event horizon nya. Tiada lagi kemaafan.

Bilamana ada sebilangan saintis Barat yang mengutarakan hipotesis (pandangan, belum disahkan kebenarannya, sepertimana aku juga) barangkali kalaulah sesuatu entiti memiliki kelajuan lebih pantas daripada cahaya, ianya dapat melepaskan diri daripada cengkaman mutlak event horizon - aku tak setuju dengan pandangan mereka.

Berdasarkan perbualan Jibril dengan Muhammad SAW yang direkodkan dalam Kalamullah, adalah jelas sejelas jelasnya Jibril mengatakan dirinya tidak mampu menjejak ke Sidratul Muntaha. Kebinasaan menanti dirinya.

Jibril menyatakan dirinya akan hancur lebur. Hancur luluh. Lumat.

Dan kenyataan ini datangnya daripada makhluk Tuhan yang paling kuat dan paling pantas dalam alam semesta, dan makhluk yang memiliki superreaksi lebih pantas daripada cahaya.

So keterangan Jibril ini mampu memberi pencerahan kepada para saintis akan sifat sifat black hole dan event horizon nya. Nampaknya, event horizon memiliki cengkaman graviti yang absolut hinggakan tiada entiti dapat melepaskan diri, walaupun lebih laju daripada cahaya.

Apa yang aku nampak, ialah, makhluk alam semesta akan duduk, hidup dan mati dalam alam semesta tempat mereka diciptakan. Kita semua tidak akan mampu menembusi alam semesta lain walaupun pintu ke alam semesta lain terbuka (setiap black hole adalah pintu ke lain lain alam semesta, dan teori multiple universe semakin 'feasible' sekarang ini, dan Mikraj membuktikan kewujudan multiple universe).

Yep, kita semua tidak akan mampu menembusi lain lain alam semesta, malah kita tidak mampu menembusi enam lagi lapisan alam semesta sedia ada, walaupun kita mampu membina kapal angkasa sebesar Jupiter (sebesar Jibril) dan memiliki sumber tenaga yang membolehkan halaju cahaya dipecahkan.

Nope, kita semua penghuni alam semesta, baik jin manusia malaikat, dan penghuni penghuni enam lagi lapisan alam semesta, tidak mampu menziarahi alam semesta lain.

Melainkan,

Muhammad SAW yang diberi keistimewaan luar biasa oleh Allah SWT.

Bukan sahaja setakat selamat dalam perjalanannya menembusi ke 'realm of God', tetapi menyaksikan dengan mata sendiri akan kebesaran zat Tuhan kita semua.

The Almighty Lord of the Worlds.


Wallahualam.

3 comments:

  1. EA telah mencipta formula E=m*c*c dimana E merupakan tenaga, m merupakan mass (berat) dan c adalah kelajuan cahaya. Dari sini lah kita manusia dapat mencipta bom nuclear (more or less macam gitulah). Apabila objek menghampiri kelajuan cahaya, objek akan menjadi lebih besar dan susah bergerak (akibat rintangan dan sebagainya). Sampai satu tahap, ia 'pecah' dan ditukar dalam bentuk tenaga yang amat besar. Sama seperti bom nuklear jugalah. Sebab itu tak heranlah berat yang agak kecil boleh memberikan tenaga yg begitu besar sehingga boleh memusnahkan bumi atau sebahagian dari bumi.

    Ok. Kalau terjadi dekat ngan black hole, kemungkinan besar kita tak akan nampak apa apa kerana graviti terlalu kuat sehinggakan cahayapun tidak boleh lepas. Maknanya 'hilang' begitu sahaja (ke dimensi ruang dan masa berbeza???)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry AE = Albert Einstein‎

      Delete
    2. Sememangnya kita tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi dalam black hole, kerana sebarang jenis observasi adalah mustahil lantaran semua cahaya disedut.

      Delete