Wednesday, April 2, 2014

CICAK

Kadang kadang aku ke ladang kambing dengan anak bini. Dan semalam ada seekor cicak besar jadi arwah kerana tersepit kat pintu rumah. Semasa aku sedang meneliti dan menerangkan anatomi cicak kepada dua anak perempuan aku yang kegelian, aku teringat kembali masa aku mula mula bela kambing dan belum cukup mahir dalam merawat kambing.

Dulu dulu sebelum kahwin, aku ada tinggal serumah dengan budak muda Indonesia, selepas lama bersendirian dalam ladang. Tawir dari Sulawesi, yang kuat melawak, suka kentut kat muka orang (termasuk muka aku cilakak betul!) dan suka ketawa berguling guling; dan Supriyadi dari Lampung, Sumatera yang pandai memasak dan ada satu sifat aneh - suka berak bawah sawit pakai helmet motor, baik siang baik malam. Aku makan bersama diorang, merepek bersama diorang, dan tidur bersama diorang.

Dan bila kambing aku kena sakit kulit yang teruk, Supriyadi rekemen kambing sakit tu diberi makan cicak sepertimana orang orang kampung dia buat. Dia sendiri pun buat. Cicak mengkarung ditangkap, dibuang kulit, dan dibakar. Katanya kalau selalu diamalkan, sakit kulit yang teruk pun boleh baik.

Aku pula bila dengar macam tu, terus tangkap cicak rumah, takde bakar bakar, terus suap bulat bulat ke dalam mulut kambing yang sakit kulit, dengan harapan boleh pulih.

Nampaknya tak berkesan.

Pasal aku sendiri geli teringat cerita drama alien V masa aku kecik kecik dulu. Jadi aku bagi sekali aje. Kesian pun ye kat kambing tu. Terpekik terlolong nak telan cicak hidup hidup.

Crazy idiot aku ni aiiii....

Anyway, kalau kambing sakit kulit, ada ubat moden. Lebih mudah, lebih berkesan. Kumpulan macrocylic lactone. Ivermectin, doramectin, dan moxidectin. Tiga serangkai.

Lebih masuk akal daripada cicak...


Salam!

No comments:

Post a Comment