Tuesday, April 1, 2014

KEMBARA MASA TIDAK MUSTAHIL

Ke masa hadapan. Boleh.

Ke masa silam? Setakat ini tiada bukti.

Salah satu sifat black hole dan event horizon yang sangat unik ialah kuasa menakjubkan tarikan gravitinya. Kuasa tarikan graviti dalam blackhole dan event horizon membolehkan fabrik ruang-masa dibengkokkan ke tahap ekstrem.

Menurut kajian saintis, sesiapa yang berdiri di sempadan event horizon Sagittarius A* - supermassive black hole di tengah tengah galaksi Bimasakti kita, setiap minit di situ adalah bersamaan 1000 tahun di bumi.

Jadi, kembara masa ke hadapan sememangnya tidak mustahil. Ada fakta sains yang menyokong.

Dalam Alquran juga ada disebutkan cerita Ashabul Kahfi dimana penghuni gua tersebut rasa mereka cuma tidur satu malam tetapi bila mereka celikkan mata, rupa rupanya 300 tahun telah berlalu.

Time traveller into the future.... exist. Theoretically possible.

Sekiranya dibenarkan Tuhan.

Dan fenomena graviti memperlahankan masa ini adalah suatu bukti yang menyokong cerita Ashabul kahfi, seterusnya membenarkan AlQuran.

Kita patut korek lebih dalam sains dalam AlQuran.

Salam!



2 comments:

  1. masa bergerak perlahan apabila sesuatu objek mencapai hampir kelajuan cahaya (seperti bergerak menghampiri black hole).
    Kuasa graviti wujud tapi dari mana*? *kekuasaan Allah SWT. setakat ini blum ada teori fizik dpt menjelaskan dgn lengkap.

    ReplyDelete
  2. ya masa menjadi semakin perlahan bagi objek yang semakin cepat menghampiri kelajuan cahaya, dan anehnya graviti asebagai daya fizik yang paling lemah apabila tertumpu, mampu menjadi daya fizik yang paling kuat sehingga mempengaruhi pergerakan masa

    ReplyDelete