Saturday, April 5, 2014

BAKAR KALORI TANPA SENAMAN

Tengok tv. Cerita seram. Betul betul seram. Betul betul saspen.

Kaedah ini tidak direkemen sebagai cara hidup, tetapi ianya berkesan untuk 'couch potatoes'.
______________________

Sebuah kajian saintifik di US menemukan kesimpulan yang unik, dimana mereka dapati cerita seram membantu membakar kalori penontonnya tanpa perlu bersusah payah bersenam. Mereka mengukur kadar denyut jantung, ambilan oksigen, dan output karbon dioksida para penonton pelbagai genre filem. Jadi penggunaan tenaga atau kalori boleh diukur.

Didapati cerita seram meningkatkan kadar degupan jantung, dan meledakkan tahap hormon adrenalin dalam badan. Kedua dua perkara ini meningkatkan kadar metabolisme badan. Justeru banyak kalori dibakar.

Penyelidik juga mendapati tahap keseraman filem mempengaruhi tahap pembakaran kalori. Lebih seram, lebih banyak kalori dibakar.

Filem paling seram ialah The Shining yang membakar 184 kalori, bersamaan dengan sebatang besar coklat. Jaws membakar 161 kalori. The Exorcist membakar 158 kalori.

Kalau kita marathon tengok 3 filem ini berturutan, confirm kita akan bakar kalori sebanyak 550 kalori - bersamaan sebiji Big Mac McDonald.

Alien - 152 kalori. A Nightmare on Elm Street - 118 kalori. Saw - 133 kalori.

Tapikan, aku pikir cerita seram omputih adalah tak cukup seram bagi kita penonton Melayu. Kita punya pontianak, langsuir, hantu penanggal, pocong, lagi kaw kaw punya seram. World class punya hantu. Patutnya saintis US ni kaji pulak kemampuan cerita seram Melayu membakar kalori. Mau terkejut beruk diorang kalau dapat hasil kajian.

Rasa rasa aku mau ribu ribu kalori terbakar setiap filem buahaha.


*Aku tak suka cerita seram. Paling seram pernah aku tengok Prebet Badul, dan, Hantu Kak Limah Balik Rumah. 

No comments:

Post a Comment