Friday, April 4, 2014

MEMUDAKAN PPK

Dato' Menteri Pertanian kita la ni, Dato' Seri Sabri, memang agresif dan banyak idea dalam bidang pertanian, walau pun budget tak berapa nak cukup. Salah satu usaha dia yang aku nampak ialah cuba melibatkan lebih ramai tenaga muda dalam pertanian. Dan.... merenovasi (mereformasi? belum sampai ke tahap itu) pertubuhan peladang bermula dari NAFAS, LPP, dan PPK.

Beliau mahu petani muda turut terlibat dalam membuat keputusan polisi pertanian yang memberi impak kepada masyarakat setempat, bermula dengan Pertubuhan Peladang Kawasan masing masing.

Tak mudah, kerana realitinya PPK masih dicengkam ahli, dan pemikiran veteran. Seluruh Malaysia kalau kita perhatikan jawatan dalam PPK, utamanya Jemaah Pengarah, semuanya dihuni oleh mereka mereka yang berumur 60-70 tahun. Yang umur 50 tahun, ada juga, tapi terlalu sedikit. Yang muda muda, yilekk...

Salah satu usaha Dato Sabri dalam memecahkan hegemoni ini, ialah dengan mengaktifkan jawatan Ketua Peladang Muda, yang selama ini adalah jawatan 'tidur', dengan cara mewajibkan semua ketua peladang muda unit masing masing (biasanya setiap ppk kawasan ada 9-12 unit) untuk memilih seorang ketua mewakili suara mereka dalam Jemaah Pengarah.

Ketua kepada ketua peladang muda. Yang akan hadir bermesyuarat dengan Jemaah Pengarah PPK kawasan setiap sebulan sekali. Menjadi ahli tetap, atau komponen, Jemaah Pengarah.

Maknanya bermula tahun ini, peladang muda memiliki suara yang lebih kuat dalam menentukan aktiviti dan halatuju PPK kawasan. Berbeza dengan tahun tahun sebelum ini.

Apa yang aku nampak, ketua peladang muda kena seorang yang berani bertelagah, dan menongkah arus, dalam usaha mengetengahkan pemikiran orang muda yang pastinya berbeza dengan pemikiran peladang veteran. Kena berani berhadapan dengan renungan dan serangan berapi para peladang veteran yang membentuk seluruh Jemaah pengarah. Dan ketua peladang muda kena buat semua ini bersendirian, kerana dia satu satunya peladang muda dalam Jemaah Pengarah.

It is a tall order for a lonely, one man job.

Good luck kepada semua ketua kepada ketua peladang muda di PPK seluruh Malaysia.

Selamat berjuang!



1 comment:

  1. Eden dah umur veteran. Anyway, gud luck and the very best pada Peladang dan petani muda!! (Es Emdi).

    ReplyDelete