Sunday, April 6, 2014

SEXUAL CALORIE

Awal bulan sudah, aku jumpa seorang tukang urut. Refleksologis. Jenis yang urut tapak kaki.

Orang kampung. Umurnya 50an. Badan nampak mantap. Tapi matanya ada masalah katarak, dan perlukan pembedahan. Rumahnya nampak sedikit daif. Dapat bantuan pejabat zakat, dan jabatan kebajikan masyarakat.

Bini ada tiga.

Pelik juga aku, dasat juga orang tua ni, nampak je daif dapat bantuan sana sini tapi bini tiga. Sedangkan mamat jutawan yang terlebih mampu pun terkebil kebil takut nak kahwin lebih, inikan pula orang kampung yang daif. Memang respek aah orang tuo ni.

Tapi yang lebih buatkan aku tabik, ialah bilamana orang tuo ni cerita dia mampu buat hubungan kelamin 14 kali sehari setiap hari. Pehhh... biar betul..

Masa aku mula mula dengar cerita orang tuo ni, memang ternganga terlopong aku dibuatnya. Kagum aku jadinya. Melebihi kekaguman aku kepada Mahathir Mohamad dan Nik Aziz buahaha...

Tapi bila difikirkan balik, berdasarkan ilmu sains yang ada sedikit pada aku, agaknya saja saja berlagak orang tuo ni, saja saja nak kenakan aku.

Ok. Setiap perlakuan seks yang normal akan menggunakan purata 700 kalori. Jumlah tenaga yang sama dengan sepinggan nasi + sepotong daging atau ikan + sayur + telur.

Kalau 10 kali seks satu hari, maka kalori atau jumlah tenaga yang diperlukan ialah 7000 kalori. Sebagai perbandingan, kerja buruh binaan perlukan kalori sebanyak 4000 setiap hari. Kiranya seks 10 kali sehari ni kerja yang jauh lebih berat daripada kerja buruh.

Kalau 14 kali seks? 12800 kalori. Ini tenaga yang diperlukan oleh atlit kelas dunia dalam latihan intensif atau pertandingan mereka, atau... jumlah tenaga yang diperlukan oleh seorang askar yang berperang di barisan hadapan sehari suntuk.

It is very tiring. It is very resource intensive. It is ... unmanageable.

Aku tak dapat bayangkan betapa penatnya, dan betapa banyaknya makanan yang perlu dimakan dalam usaha mengekalkan kemampuan seks 14 kali sehari. Bukan itu sahaja, habih kerja lain tak menjadi.

Cerita pasal sumber makanan yang diperlukan aje dah jadi seram. Makanan tak boleh sebarang jenis. Mana boleh nasi 14 pinggan aje. Kena jenis tinggi lemak dan protein agar mampu sintesis kolesterol berterusan. Ini kerana kolesterol adalah komponen penting hormon seks dan sperma/ovum. Jadi kena makan daging merah berkilo kilo setiap hari. Berapa banyak belanja nak keluar?

Nope. Nope. Aku tak percaya cakap orang tuo tu yang dia mampu buat 14 kali setiap hari. 14 kali sehari sekali... boleh caya lagi. Hari hari? I don't think so.

Dan bagi kambing, 14 kali sehari tiap tiap hari ini adalah domain pejantan unggul yang memiliki super stamina. Tetapi ini pun dalam bentuk 'short burst' - bukannya long duration.

Bagi aku, pembiakan sebenarnya adalah memenatkan. Bukannya suatu proses yang rendah input tenaganya. Bukannya rendah keperluan kalori. Jadi makanan kena cukup. Kena status 'secure'. Kalau nak kambing kita pantas membiak, energy intake mesti cukup. Mesti lebih dari cukup.

So, seks adalah baik dan menggembirakan. Tetapi dalam masa yang sama memenatkan.


Kono makan sepinggan nasi berlauk tiap tiap kali buat... kuikui.. 

1 comment:

  1. patut pun daif,abih duit wat beli makanan untuk tambah tenaga,ehehehehe!.IMPOSIBLE

    ReplyDelete