Friday, October 4, 2013

UM ?th VISIT

RESEARCH KAMBING UNIVERSITI MALAYA


Diluar kiraan. Banyak kali dah geng penyelidik UM datang ladang aku buat kajian. Pasukan Dr Noraida dan Dr K.

Kepada sesiapa yang tak tahu, Dr Noraida adalah pakar bebiri dan ahli pasukan asal pembangun baka Jermasia. Dan Dr K ialah pakar baka Mardi, ketua ARB sebelum Dr Jo, konsultan kepada UM, dan research partner Dr Noraida.

Yang datang semalam ni graduate student merangkap penolong penyelidik Dr Noraida, dan tiga undergrad yang pertama kali datang ladang aku. Semuanya sangkut dengan Dr Noraida, Institut Sains Biologi Universiti Malaya.

Lama juga dah ladang aku dalam kajian diorang ni. Rasanya dalam dua tahun dah. Tak habih habih lagi. Pasal penyelidikan akan di perluaskan, ada banyak benda akan dibuat kajian lanjut. Aku pun tak tahu bila nak habis.

Hmm... ladang low tech yang dikaji. Err sebenarnya takde tech pun. Backward farm ladang aku ni. Well, harapnya kajian diorang akan berhasil bertemu objektifnya.

Thanks for the ?th visit!

Dari kanan : Nizal, Shafiq, Hadi, Wong, dan Farah


RA atau geng master student yang selalu datang ladang, Shafiq dan Nizal. Si Ubai atau Chan dah selamat mendarat di London.

First timer ladang aku : Hadi, Farah, dan Wong. Undergrads. Ada juga kajian diorang ke atas ladang dan kambing aku.

No comments:

Post a Comment