Tuesday, October 8, 2013

SITI JUWARIYAH DALAM KENANGAN

SITI JUWARIYAH DALAM KENANGAN


Aku menangis. Semahu mahunya.

Aku tenggelam dalam kehibaan. Masih kelemasan.

Aku telah kehilangan seorang insan yang telah berkhidmat kepadaku selama 5 tahun. Taat dan jujur dalam menjalankan tugasannya. Senantiasa ceria dalam menjalankan tugasannya. Menjadi sumber keriangan kepada ahli ahli komuniti alwigoatfarm. Menjadi jiran setia saat aku mula hidup bersama isteri di ladang yang penuh sepi.

Pemergian beliau secara mengejut sangat mendukacitakan diriku. Aku merasa sangat terpukul dengan kehilangannya. Beliau adalah faktor penstabil di ladangku. Sentiasa rasa bertanggungjawab ke atas kambing kambing di ladang. Menjaga mereka dengan penuh kasih sayang, melebihi kasihku.

Aku benar benar jadi bingung. Setiap kali melihat suaminya, pintu ladang, kandang kambing, dan kambing kambing yang diuruskannya - aku jadi hiba, dan tumpah air mataku.

Inilah kali pertama aku menitiskan air mata di hadapan semua pekerja pekerjaku. Aku berkongsi kehilangan mereka. Aku merasa derita mereka. Aku turut sakit bersama mereka.

Aku berduka dengan pemergiannya. Aku iringi pemergiannya berjumpa Yang Maha Esa dengan doa dan air mata. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kamu, wahai Siti Juwariyah. Dan semoga kamu bersemadi dengan penuh ketenangan.

AlFatihah..



11 comments:

  1. Innalillahi wainna ilaihi rajiun

    Sakit apa Alwi. Aku ingat lagi, kaka ni yang bagi kambing makan masa aku ambik kambing tu ya.

    Hidup satu perjuangan. Semoga rohnya dikalangan orang orang yang beriman. Amin

    ReplyDelete
  2. trut bersedih.smoga arwah bhgia dsana.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas doa dan keprihatinan tuan tuan sekalian

    ReplyDelete
  4. al-fatihah, semoga ia diletakkan Allah swt dikalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  5. Tazkiah Tuan. ya allah,ampunilah dia dan gantilah bagi kami dengar ganti yang baik

    ReplyDelete
  6. Takziah..semoga rohnya berada dikalangan orang yg beriman..begitulah, yang hidup pasti mati, yang hidup mesti teruskan perjuangan.

    al-Fatihah

    ReplyDelete
  7. Bila sampai masanya, tidak lambat sesaat...tidak cepat sesat.

    Pasti kita pun merasa takdir kita.
    Kematian itu benar2 menginsafkan kita yg masih hidup...

    ReplyDelete