Thursday, October 3, 2013

PROLAPSE, DAN DORPER

PROLAPSE, DAN DORPER


Terima kasih aku nak ucapkan kepada semua geng pengkomen facebook yang komen panjang lebar pada post aku semalam.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada geng pembiak muda bebiri, Isal Keratong Agrofarm (ahli Persatuan Pembiak) dan Naxz Telaga Emas Agrofarm.

Terima kasih kepada tuan Es Emdi dari Lalah River Goat Farm (ahli Persatuan Pembiak) yang berkongsi kes dan gambar prolapse di ladangnya.

Terima kasih kepada tuan haji Mohd Nasir Samat dari Sumobek Negeri Sembilan (ahli Persatuan Pembiak, dan pengerusi protem IGFA) yang sekarang menternak Dorper dan DorperSumo. Banyak betul tips Dorper yang dikongsi bersama.

Terima kasih kepada Fakhrul Azman Mohamad, Anthony Taurindicus, Rassuria Agro, dan Mohd Faisal Basri atas komen komen anda.
_______________________

Terima kasih juga kepada tuan Yusof Ishak, Pengurus Projek Boer Nasional Pondok Tanjung yang cepat beri respon, dan telepon aku pada post ARB 3rd Visit.

Terima kasih kepada ARB (ahli Persatuan Pembiak) yang share post aku.

Terima kasih juga kepada semua yang share post aku sebelum ini, misalnya Penternak Tegar (ahli Persatuan Pembiak) dan lain lain pekongsi.

Terima kasih kepada Puan NoorAini Nasir (ahli Persatuan Pembiak) yang sering beri komen di blog aku, dan Don Jenal (ahli Persatuan Pembiak), dan Zulkifli Muhammad (ahli Persatuan Pembiak), dan Rizal Affendy dari RDS Farm di Kg Gajah, Perak yang juga ahli awal Persatuan Pembiak, dan tuan Ahmad Zaki Shaari dari Nurternak di Kedah (ahli Persatuan Pembiak).

Terima kasih kepada Khairie Aziz, Al Insan, dan semua pengkomen, dan semua pembaca blog dan facebook aku.
________________________

Awat panjang sangat terima kasih aku ni? Macam dapat award je? Padahal tulis post aje . Ok ok ok masuk cerita prolapse dan dorper.

Aku tak pernah bela bebiri, jadi ini adalah pandangan semata mata tanpa pengalaman. Kena tanya geng pembiak bebiri. Diorang jelas lebih arif daripada aku.

Contoh prolapse, atau rahim terkeluar. Ihsan tuan  Es Emdi dari Lalah River Goat Farm. Errr... aku takde mintak kebenaran pun nak publish gambar ni. Jangan marah, jangan saman saya tuan ye!

Berdasarkan gambar yang tuan Es Emdi kepilkan, itu memang prolapse atau rahim terkeluar. Dan tak nampak serius macam lain lain kes prolapse - ada yang habis jatuh terkeluar rahim.

Menurut Tn Hj Nasir Sumobek, minor prolapse macam itu boleh dipulihkan kembali. Tolak balik ke tempat asalnya, jahit elok elok, dan.... jangan bagi bebiri itu bersin atau batuk. Kita kena cepat cepat rawat penyakit batuk selsema bebiri tersebut.

Opps.. jangan bagi bersin atau batuk? Aiseymannn... sensitif betul ni..

Kalau tuan puan tanya aku, apa yang aku akan buat kalau kena kes prolapse - sebagai pengamal low input husbandry, aku tak akan penat penat nak rawat kembali. Aku bukan macam tuan haji Rahim dan isteri dari RZ BerkatJaya (ahli Persatuan Pembiak, dan ajk protem IGFA) yang memiliki daya juang tinggi dalam memastikan survival setiap kambing.

Ye aku nampak brutal. Nampak macam tak sayang kambing, atau bebiri. Tetapi pengalaman mengajar aku kalau kita sembelih sekarang, itu akan menyelamatkan kita dari situasi cemas dan kerugian akan datang.

Aku fikir kalau kambing dan bebiri dah kena prolapse, maka kemungkinan sangat tinggi, yang kes prolapse akan berlaku sekali lagi. Kita kena habiskan banyak masa berjaga jaga masa bebiri tu nak beranak.

Aku tak nak cemas masa musim beranak. Aku 'adopt relax attitude'.

Haaa.... kalau kita biak pedaging, tak kisahlah kambing atau bebiri, lebih baik kita mudahkan operasi kita. Kita tumpu pada survival majoriti, bukannya survival minoriti.

Lebih baik habiskan 80% masa untuk 80% kawanan, daripada 80% masa untuk 20% kawanan - which makes more sense.

Tetapi ini kalau biak pedaging. Kalau biak baka, di mana satu induk harganya cecah empat lima dinar, ini adalah alasan baik untuk 'selamatkan' bebiri tersebut. Takpe lah high input, kalau pasaran baka terjamin di mana output kita akan dibeli pada harga tinggi sebegitu.

Berkenaan Dorper, si bebiri yang memiliki ekor panjang. Kita tahu kambing yang berekor pendek dan ke atas memudahkan 'mating'. Tetapi bebiri ekor panjang, dan ini menutup vagina, justeru sukar pejantan nak 'target' sebaik baiknya. Dan ini menyebabkan ekor Dorper perlu dipotong.

Menurut tuan haji Nasir Sumobek, pemotongan ekor yang tidak betul menyebabkan mudah jadi kes prolapse. Ekor jangan dipotong menjadi terlalu pendek. Baru kurang kes prolpase.

Pelik juga ni ye... aku musykil betul ni. Ekor punya hal boleh jadi penentu kekuatan rahim.

Kenapa pembiak baka bebiri Dorper kat australia tu tak pikir 'kelemahan' ini. Apa yang aku nampak buat masa ini, ialah Dorper memiliki kesuburan rendah melainkan kita potong ekornya untuk memudahkan 'mating', tapi dalam masa yang sama, pemotongan ekor tidak betul meningkatkan risiko prolapse.

Betullah Dorper memiliki nilai karkas yang outstanding, tetapi pintu kelemahan ni yang buat aku jadi saspen sekiranya buat keputusan biakkan bebiri Dorper.

High input - that is what I see of Dorper right now. Tapi kalau sasarkan pasaran baka di mana boleh jual mahal mahal - takde masalahlah kita buat high input.

Hmmm... adakah ekor Dorper termasuk dalam pengiraan karkas? Dan... bagaimana dari segi distribusi lemak : daging dalam ekor Dorper, dan juga nisbah lemak : daging dalam karkas Dorper?

Mohon penjelasan dari pembiak dan penyelidik bebiri berpengalaman.

*Segala pandangan di atas adalah pandangan awal seorang pembiak kambing semata mata. Beliau bukan vet, bukan penyelidik, bukan pembiak bebiri. Adalah lebih baik bagi tuan puan pembaca untuk selidik lebih lanjut dengan geng pembiak dan penyelidik bebiri. Mereka lebih arif. Mereka lebih pengalaman.


Terima kasih!

2 comments:

  1. ....Keratong Agrofarm kena jawab ni.

    ReplyDelete
  2. Jrg dh komen kt blog prof alwi sbb beliau skrg dh pndi ber fb.jd komen di fb shja.hehe..den stkat ni xprnh alami kes prolapse sma ada utk kmbg dan biri.baka kacukn kmpung kedua2 mgkin jrg brlaku mslh prolapse ni..Dorper mmg baka pdaging trbaik ktegori biri ibrat Boer utk kmbing.jd kkurangn n klebihn bg den lbih kurg sama..sbb tu den guna pejntan Dorper shj utk program breeding.nk tgk ank dia cmna..pejntan saiz sderhana shj..akn diajar utk hdup scra semi-Spartan xleh mnja2 sgt.hehe..

    ReplyDelete