Wednesday, October 9, 2013

KEMBALI

Kembali sebagai pembiak kambing.


Aku masih menangis.

Siti Juwariyah bertemu Sang Pencipta pada hari Ahad lalu. Semalam, hari Rabu, jenazahnya selamat tiba di kampung halaman suaminya. Kediri, Jawa Timur Indonesia. Suaminya turut mengiringi sepanjang perjalanan.

Garuda Airlines. Penerbangan bermula di KLIA pukul 8 pagi, transit di Jakarta, dan tiba di lapangan terbang Surabaya pukul 3 petang. Dari airport ke kampung halaman, menaiki ambulans airport lebih kurang 4 jam.

Aku doakan Siti Juwariyah dapat bersemadi setenang tenangnya di tanah tumpah darahnya.

Aku disini masih sebak dengan pemergian mengejutnya. Kala aku buat kerja rutinnya memberi makan kepada anak anak kambing di kandang, aku boleh tertangis sendirian.

Sebenarnya inilah kali pertama aku kehilangan seseorang yang aku biasa berjumpa setiap hari. Inilah juga kali pertama aku menyaksikan saat bertemu Pencipta di hadapan mataku sendiri. Inilah juga kali pertama aku menguruskan soal kematian dan jenazah, sendirian.

Pemergian Siti Juwariyah banyak terkesan pada hatiku. Sesungguhnya aku jadi sakit dengan kehilangannya. Aku bagaikan tiada upaya untuk melakukan sebarang kerja. Tetapi aku tahu, dan aku sedar, yang aku memiliki kambing untuk diuruskan dan diberi makan. Mahu tidak mahu, aku mesti melakukan.

Kini aku kembali sebagai penternak kambing. Pembiak kambing. Pengembala kambing.

Tuan puan akan lihat alwigoatfarm yang berbeza dengan dahulu. Tuan puan juga akan melihat alwi yang berlainan daripada dahulu.

Alwi yang lebih kurus, dan pandangan baru dalam kehidupan.

AlFatihah kepada mendiang Siti Juwariyah, dan salam kepada semua penternak kambing!

*Buat masa ini, aku sibuk pada sebelah pagi, dan semua bakal pelawat disarankan datang pada sebelah petang, atau lebih baik telefon dulu awal awal. Jangan main terjah aje, nanti memang aku tak boleh layan sebaik baiknya. Aku minta maaf ye atas kesulitan ini.




3 comments:

  1. assalamualikum wt Sahabat Alwi.

    Kematian itu nasihat terbaik buat insan yang masih hidup hatinya. Moga kita semua beroleh rahmat Allah setiap tika dan waktu.

    Tahniah kerana anda selaku Majikan yang perihatin begitu mengambil berat terhadap kebajikan pekerja di bawah.

    Ya Allah, berkatilah kedua insan ini,
    Majikan yang baik terhadap tanggungjawabnya

    dan juga

    pekerja yang jujur dan amanh dalam menjalankan tugasnya.

    kedua - duanya beroleh rahmat, kerana menjalankan tugas hariannya sebagai ibadat.

    Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju Kembara Insan, kita kena muhasabah diri. Hidup didunia nie sekejap saja, Hendaknya pekerjaan (ternak Kambing) kita nie membolehkan lebih mendekati Allah SWT.

      Delete
    2. Terima kasih atas doa dan peringatan tuan puan sekalian.

      Delete