Wednesday, October 2, 2013

MUSYKIL SIKIT DENGAN DORPER

BEBIRI DORPER


Aku pembiak kambing pedaging. Dan aku biak kambing kacukan tempatan sejak sekian lama. Kadar kelahiran baik, input rendah (senang jaga weh!), dan purata karkas jantan sembelihan sekitar 51.5%.

Mana jantan yang mantap sikit, purata karkas 55%. Samalah dengan boer, walau pun aku cuma guna kacukan tempatan.

Dengar cerita, karkas bebiri dorper jantan fullblood cecah 60%. Huihhh lagi mantop nih.

Tapi dengar cerita juga, bebiri dorper fullblood, susah sikit dibiakkan. Kidding rate rendah, dan ibu beranak senang kena kes prolapse atau rahim terkeluar. Macam jamnapari tulen. Dan nubian tulen. Kalau ada kes prolapse ni, kena terus sembelih la jawabnya. Tak guna penat penat tolak masuk rahim ke dalam guna ais bagai. Sembelih lagi baik.

Boer takde pula aku dengar kes prolapse ni. Ke ada sapa sapa pembiak boer yang terkena?

Setakat aku biak kambing kacukan tempatan saiz sederhana selama lapan tahun ni, takde kes rahim terkeluar. Ibu sederhana 30-40kg. Pejantan tak pernah lebih 70kg.


Mohon pembiak boer, dan dorper berkongsi cerita, boleh?

1 comment:

  1. apa yg hebat, mesti ada yg tak hebat.

    Hukum alam.

    Saudara Alwi dah banyak kali bagi tau dalam post post yang lepas.

    Dalam industri sawit, ada klon dinamakan

    REMAX.

    kadar perahan boleh pergi kepada 25% banding dengan DxP sebanyak maksimun 23%..

    tetapi seperti hukum di atas..mana yg besar ada titik kelemahannya
    iaitu

    Yeild per Ha lebih rendah berbanding DxP.

    So..it up to you which one your focus?

    ReplyDelete