Thursday, October 17, 2013

MULTIPLIER

Kesan Pengganda


Ekonomis kata bila rakyat tempatan belanjakan seringgit, seringgit itu akan membesar dan membesar dengan setiap transaksi selanjutnya. Selagi seringgit itu beredar dalam negara. Ini yang dinamakan kesan pengganda atau multiplier effect.

Tetapi sebaik sahaja seringgit itu dibawa keluar negara (maksudnya beli barang import) - poof! kesan pengganda itu hilang. Pokok seringgit itu juga hilang. Memberi kesan kepada ekonomi domestik. Mengurangkan daya upaya ekonomi tempatan. Menurunkan tahap domestic consumption.

Ekonomi yang betul betul resilient ialah ekonomi negara yang tinggi tahap domestic consumption. Negara yang tinggi tahap pengeluaran domestiknya. Utamanya dari segi pengeluaran makanan. Tak banyak import. Sebaliknya rakyat suka memilih makanan atau barangan tempatan.

Tapi kan dalam masa yang sama, import juga perlu untuk memuaskan hati dan nafsu rakyat. To keep them happy with variety. Kena pula saiz golongan kelas atasan membesar. Sahih kena bekalkan pelbagai jenis barangan. Bila ada banyak pilihan barangan, rakyat susah nak memberontak. Yep, variasi barangan antara faktor menjamin kesinambungan kuasa pemerintah.

Dan dalam pengurusan ekonomi negara, keseimbangan antara tahap import dan eksport perlu dicari. Pemerintah yang bijak akan memastikan domestic consumption negaranya terus tinggi, manakala import berada pada tahap yang sesuai - tidak mengancam suasana pengeluaran domestik. Apalagi kalau soal keselamatan makanan atau food security.

Haa kalau tahap makanan kita adalah 'secure' dan tiada kebergantungan kepada negara luar - barulah status kita betul betul merdeka tak risau lagi melutut menyembah kuasa asing.

Orait orait lari topik dah ni. Balik kepada cerita multiplier.

EPU sedar, sangat sedar dalam membangunkan ekonomi negara, projek yang paling besar manfaatnya ialah 'high multiplier effect, and high local content'. Bila ini dibuat, ia mendatangkan impak besar kepada ekonomi domestik.

Termasuklah projek pertanian. Dan penternakan.

Semua projek penternakan saiz mega yang diluluskan oleh EPU, semuanya adalah berpandukan mantra ini. Mantra 'high multiplier effect, and high local content'. Dan semua projek mega ternakan ini, semuanya ye, adalah berpaksikan pembiakan. Sebab pembiakan akan menjamin mantra tersebut dipenuhi.

Well blueprint memang bagus. Tapi pelaksanaan jadi kacau. Bilamana ahli politik campur tangan untuk mendapatkan sebahagian, atau semua, peruntukan projek mega ini. Dan ahli politik pula lantik importer yang tunggang langgang ilmu membiaknya sebagai konsultan kehormat.

Kita tengok National Feedlot Centre (NFC). Projek lembu mega size 250 juta. Blueprint asalnya ialah melantik pembiak lembu tempatan untuk membangunkan atau memajukan 250 ladang satelit seluruh negara sebagai pembekal lembu untuk NFC. Setiap ladang satelit akan mendapat peruntukan $100,000 - $200,000 untuk program pembangunan. NFC akan menyerahkan urusan membiak lembu kepada 250 ladang satelit ini. Tugas NFC ialah menggemukkan lembu keluaran pembiak tempatan sebelum disembelih.

Apa jadi tuan puan?

Satu ladang satelit pun takde beroperasi. Mana yang diuar uarkan dapat kontrak ladang satelit, sibuklah bina bangunan tapi semuanya tinggal bangkai.

Atas sifat tamak, dan nasihat cemerlang geng importer - projek satelit ditinggalkan. NFC terus direct import australia lembu lembunya. Sampai kat sini terus sembelih.

Huh... bagi aku, pengurusan NFC ketika itu, dan proksi proksinya adalah pengkhianat peribumi dan tanah air. Semuanya sibuk melaungkan diri sebagai ahli parti nasionalis yang paling nasionalis, tetapi kebenarannya tiada lagi ruh nasionalis dalam diri mereka. Anak anak tanah air sendiri dipijak pijak dilemaskan, manakala bangsa asing kafir penjajah diagung agungkan diangkat menjadi tuan.

Jadi NFC ini mengamalkan mantra baru yang berlawanan dengan hasrat asal. Apa yang mereka buat ialah - 'zero multiplier effect, and zero local content'. Meracuni industri tempatan pada kepekatan yang sepekat pekatnya. Inilah bahana mentaliti pengimport. Tiada manfaat kepada industri tempatan sebaliknya kemusnahan besar besaran.

Sudahlah pembiak tempatan diketepikan, tiada pembiak dilantik sebagai konsultan, import pula lembu berpenyakit. Lembu toksik semuanya dari aussie ni. Habih si kafir aussie ni tendang punggung kita sambil ketawa terbahak bahak melihat kebodohan kita, dan kebergantungan kita kepada mereka.

Adakah kita semua anak anak peribumi tanah air yang suci ini akan berterusan membiarkan orang asing apalagi golongan kafir memijak kita membunuh saudara saudara kita?
_____________________________

Projek mega kambing (30-50 juta) yang diluluskan EPU sebelum ini juga berpaksikan mantra 'high multiplier effect, high local content' di mana program pembiakan menggunakan pembiak tempatan menjadi tunjang. Semua projek ini adalah 3 tier dimana wujud ladang nukleus-multiplier-commercial, dan ini menjamin impak tinggi kepada industri tempatan sekiranya dilaksanakan dengan betul.

Sayang sekali, tiada kesabaran dalam mencari baka punca tempatan, dan merekrut dan melatih pembiak tempatan.

It is always this - import je senang. Apa nak susah susah peningkan kepala macam macam urusan. Huh sekali lagi mentaliti import menjelmakan diri. Importer diburu dan dilantik sebagai konsultan. Dan tuan puan sendiri tahu kesudahan projek projek mega kambing ini.

But thank God, we human can learn from disaster.

Setelah asap kemusnahan menipis, dan dari celah celah asap itu, kita dapat melihat ada mentaliti baru dari projek projek kambing mega yang tinggal berdiri. Walau pun terhuyung hayang, dan dalam kesempitan yang mencabar, tetapi pengurusan baru projek projek ini memiliki pandangan yang jauh berbeza dengan pengurusan terdahulu.

Pandangan mereka kini berkiblatkan pembiak, bukan lagi importer.

Mereka kembali kepada hasrat asal - 'high multiplier effect, high local content'. Aku doakan mereka berjaya.

Aku benar benar mahu lihat mereka berjaya.

Menjadi simbol. Menjadi adibahtera. Menjadi pengibar bendera sang pembiak.

Bersama sama kita bebaskan diri dari kebergantungan!

Salam pembiak!







No comments:

Post a Comment