Friday, October 18, 2013

BILA SEMUANYA FREE

Kambing percuma, makanan percuma, buruh percuma, ubat percuma..


Aku dalam kemusykilan.

Kelmarin, sebuah institusi datang melawat dan meminta khidmat nasihat memperbaiki program pembiakan kambing di ladang mereka. Projek mereka tak lah besar. Bukannya commercial scale. Kiranya small scale aje. Dan sekarang makin mengecil disebabkan kegagalan pembiakan.

Ada dekat dua tahun rasanya umur operasi kambing diorang ni. Asalnya beli kambing eksotik lagi eksklusif dari pembiak baka yang selalu menang pertandingan kambing - selalu menang dan sangat agresif dalam pemasaran dan selalu dapat bantuan agensi.

Sekarang diorang datang kat aku seorang pembiak pedaging, yang menggunakan baka biasa biasa, dan bela cara cincai tunggang langgang, dengan harapan dapat 'turnaround' projek mereka.

Apa yang aku 'dish out' semuanya free. Berbuih buih sampai jadi giant bubbles putrajaya jugalah mulut aku ni bercerita.

Dan ianya lari dari kefahaman dan kepercayaan asal mereka berkenaan kambing. Menyebabkan mereka semua sangat terkejut dengan betapa mudahnya prinsip bela kambing yang aku utarakan.

Banyak sangat mitos dan pantang yang menyelubungi praktis mereka sebelum ini. Menjadikan bela kambing itu benda yang sukar, berinput tinggi, tapi hasil tiada.

Ok cuba kita bayangkan. Kambing dah lepas meragut dari awal pagi sampai lewat petang - kawasan ragut memang lebih dari cukup untuk bilangan kambing sedia ada. Kambing balik kandang, topup lagi dengan napier. Topup lagi dengan dedak. Mahal pula jenis dedaknya tu. Tapi diorang takde masalah dengan kos makanan yang tinggi sebab kerajaan tanggung - so ianya free.

Ubat cacing guna generasi terkini mahal punya. Buat style mass deworming. Dan takde masalah guna ubat ubatan mahal sebab kos ubat adalah free - kerajaan tanggung.

Buruh pun free. Bukannya cheap labor ye. Tapi free labor weh.

Tetapi kambing masih seriously underperforming. Pembiakan slow, anak banyak mati, dan jarak kelahiran terlalu lama.

Hmmm... selalu benda yang free free ni banyak masalah, banyak tak menjadi, banyak terbengkalai. Kalau kita ladang komersial dapat salah satu input percuma (tak kisahlah makanan percuma, atau buruh percuma, atau ubat percuma) huiii seronok sangatlah kita dibuatnya.

Tapi itulah kan, bila semuanya free, semua input percuma - ada aje yang tak kena. Musykil aku dibuatnya.

So diorang jemput aku datang ladang mereka. Aku tak pernah sampai, dan in sha allah aku akan melawat. Nak sangat tengok projek free input ni.


Selangkah ke alam misteri...

4 comments:

  1. Bro,anak kambing dia orang tu mati kerana penyakit atau mati misteri????

    ReplyDelete
  2. ni firasat aku la prof..tapi mungkin aku salah..commercial ka tak commercial ka atau free atau tak free sebenarnya tidak akan 'mencermin' kan sama ada gagal atau sebaliknya.
    yg penting;
    pengurusan dan attitute ('perangai' dalam ertikata berkaitan perniagaan la).. kalau dua perkara tu dah ok, kita tengok plak environment atau surrounding atau persekitaran..

    ini tentu ada yg tak kena dgn persekitaran..pengalaman sy menternak dalam 'environment yg tidak kondusif' mengajar sy banyak perkara..terlalu panjang untuk nak diceritakan..
    so, aku setuju dgn pendapat 'expert' yg menyatakan lebih kurang 'our tropical environment is too harsh for sheeps if we were to follow European way of breeding or used methods'
    mungkin betul jugak pd kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. En.Ahmad Zaki, enviroment yg tak kondusif tu bagaimana, tolong jelaskan.....sebagai panduan.

      Delete
    2. En.Ahmad Zaki, enviroment yg tak kondusif tu bagaimana, tolong jelaskan.....sebagai panduan.

      Delete