Wednesday, October 16, 2013

RADIKAL DENGAN KOLESTEROL

Kambing, Kolesterol, dan Lemak Tepu


Aku berpandangan radikal berkenaan lemak tepu dan kolesterol. Berlawanan dengan pandangan arus perdana. Bagi aku kolesterol adalah kawan, bukannya lawan yang perlu ditakuti.

Semua haiwan berdarah keluarkan kolesterol dalam sistem darah secara alami. Tak boleh ditahan tahan. Badan akan sentiasa merembeskan kolesterol.

Kolesterol ni kita boleh anggap 'repairman', atau 'serviceman', sentiasa beredar dalam darah mencari lubang lubang pada salur darah untuk ditampal, mencuci karat karat dalam salur darah, dan menyejukkan salur darah yang mengalami keradangan.

Dan kolesterol itu adalah lemak tepu. Strukturnya penuh dengan molekul lemak tepu.

Dan sejajar dengan peningkatan usia, tahap kolesterol dalam darah juga meningkat. Menunjukkan semakin banyak paip darah yang sudah usang perlu dicuci, dibaiki dan diservis. Alami. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Bagi seorang bayi, makanan penghidupnya atau makanan penyuburnya adalah susu ibu. Dan susu ibu adalah 80% kolesterol atau 80% lemak tepu. Lagi 20% baru karbohidrat dan protein. Nampak tak? Kolesterol adalah sangat penting dalam kehidupan awal seorang manusia.

Otak kita juga adalah 'fully loaded' dengan kolesterol, atau bahasa lainnya penuh dengan lemak tepu. Proses berfikir memerlukan banyak tenaga, dan manusia yang memiliki saiz relatif otak lebih besar berbanding haiwan atau hominid, sangat sangat memerlukan bekalan tenaga yang tinggi untuk membolehkannya berfikir dengan baik. Sesungguhnya kolesterol (lemak tepu) membolehkan neuron neuron dan myelin mendapat bekalan tenaga mencukupi bagi berfungsi sebaiknya.

Takde kolesterol, tak jalan otak, tak jadi manusia, tiada peradaban.

Jantung kita yang menjadi simbol hayat kita juga disaluti lemak tepu yang tebal sebagai sumber tenaga. Haaa ni ramai yang tak perasan dan dikelirukan. Jantung yang baik semuanya penuh dengan lemak tepu, manakala jantung bermasalah nipis salutan lemak tepunya dan tinggi kandungan lemak politaktepu.

Lemak tepu adalah sumber tenaga pantas dan tinggi konsentrasi tenaga untuk membolehkan jantung berdegup. Sepantas glukosa... hmmm...bah kan lebih baik.

Semua atlit terbaik dunia didapati sel sel badan mereka ditepukan dengan lemak tepu, dan jantung diselaputi lemak tepu pada kadar lebih dari biasa - sebagai sumber pantas tenaga.

Dan kalau kita perhatikan nenek moyang kita, bermula Adam turun ke Habil hinggalah sekarang, semuanya makan makanan yang tinggi kolesterol dan lemak tepu sebagai makanan harian - daging susu ikan telur.

Kita sebagai monogastrik memang dicipta sebaik baiknya untuk hidup subur dengan diet tinggi lemak dan protein. Manakala ruminan dicipta sebaik baiknya untuk hidup subur dengan diet tinggi serat.

Kita monogastrik tidak akan mampu ambil alih fungsi ruminan, manakala ruminan tidak akan menjadi bila diberi makan serupa diet kita si monogastrik.

Ohh satu lagi. Hormon pembiakan manusia - testosteron bagi lelaki, dan estrogen bagi perempuan, semuanya perlukan kolesterol untuk disintesis seoptimumnya. Kalau kolesterol dalam badan tak cukup, dan intake kolesterol dalam diet pun tak cukup - keinginan dan kemampuan membiak berkurang drastik. Kesuburan pun menurun. Senang cerita, mamalia besar tak boleh lari dari kolesterol dan lemak tepu.

It's simply too vital for us. For strength, for mind, and for fertility.

So sejarah bermulanya ketakutan pada kolesterol dan lemak tepu bermula di Barat - Framingham Heart Study (1950an) yang terlepas pandang dalam parameter kajiannya. Sumber lemak dalam diet tidak dibezakan antara lemak tepu, monotaktepu, dan politaktepu. Dilonggokkan aje sebagai lemak.

Bila dijumpa aje perkaitan sakit jantung dengan pengambilan lemak yang tinggi - terus disalahkan lemak. Lemak tepu pula tu dipersalahkan habis habisan. Padahal intake lemak politaktepu yang tinggi pada semua pesakit jantung ini tidak pula nampak perkaitannya.

Yang buat kacau bilau sebenarnya ialah lemak politaktepu. Ye ye ye lemak yang kita disuruh makan banyak banyak sekarang ini. Kononnya baik untuk turunkan kolesterol dan dipenuhi omega 3.

Masalahnya lemak politaktepu mudah rosak, mudah hancur, sebaik terdedah kepada haba. Contoh lemak tinggi politaktepu ialah lemak biji flax. Bunga matahari. Haa sekejap aje jadi 'rancid' kalau terkena cahaya matahari. Kena simpan sejuk.

Kalau dimasak, habih bertukar jadi lemak bahaya. Lemak yang akan menimbun pada permukaan salur darah, dan menimbulkan keradangan. Lemak rosak inilah yang patut dianggap lawan kita.

Yep ini masalah lemak politaktepu yang tidak digambarkan sebaik baiknya. Rahsia hitam yang cuba disorokkan.... oleh pembuat ubat kolesterol. Drugmakers.

Ubat anti kolesterol ni sebenarnya ubat paling menguntungkan dalam dunia sekarang. Dan semua syarikat farmaseutikal bergabung tenaga dan wang bagi mengiklankan ubat anti kolesterol ini. Mereka juga membayar wang yang besar demi mengupah saintis saintis untuk menghasilkan kajian yang menyebelahi mereka. Mereka juga membayar wang (komisyen) yang besar kepada doktor doktor, dan iklan iklan dalam suratkhabar arus perdana.

Kita tak boleh bergantung kepada artikel artikel kesihatan dalam majalah dan suratkhabar arus perdana. Mereka semua cenderung kepada syarikat farma yang berbelanja besar untuk iklan justeru survival syarikat penerbitan. Lagipun semua cerita kesihatan ini adalah cerita lapuk sangat ketinggalan. Diulang ulang agar melekat dalam kepala pembaca. Akhirnya kita percaya bulat bulat.

Kita kena baca artikel dalam jurnal kesihatan atau perubatan. Ini lebih terkini dan membuka minda.

Dan lebih baik membaca AlQuran. Sudah jelas dalam kitab suci kita mengatakan betapa baiknya betapa bermanfaatnya binatang ternakan untuk kita umat manusia. Dan AlQuran mengingatkan kita agar berhati hati jangan terikut jejak langkah syaitan yang senantiasa berhasrat merosakkan manusia.

Tuhan suruh kita makan daging, dan berkorban menggunakan haiwan ternakan daging merah. Dan kita semua tahu daging merah tinggi kolesterol dan lemak tepu.

Kenapa kita nak takut? Adakah kita meragui kebenaran ayat ayat Tuhan? Takkan kita nak percaya syarikat farma dan doktor yang bersekongkol, lebih daripada kita percaya Tuhan kita?

Sempena AidilAdha yang mulia ini, aku mengajak semua pembaca umat Islam melihat signifikan perayaan ini dari sudut baru - sudut kesihatan. Apa yang tersurat, dan apa yang tersirat. Semoga kita semua beroleh kebaikan. Wallahu'alam .

*Ternakan (dan telur, atau susu yang dihasilkan) yang digemukkan secara membuta tuli akan menghasilkan nisbah lemak yang tidak seimbang dan bakal mengundang penyakit kepada pelanggan yang makan jangkamasa panjang. Kita sebagai penternak kena menilai kembali praktis ternakan kita sekiranya kita benar benar mahu menghasilkan daging berkualiti tinggi penuh nilai kesihatan untuk umat manusia.

Salam Aidil Adha!






1 comment:

  1. Terbaik prof! Memantapkan lagi previous post saya pasal susu kambing high in fats. Tq.

    ReplyDelete