Friday, October 11, 2013

KICK ASS, BUKANNYA ASS KICK

Maruah kita sebagai penternak kambing.


Jumaat semalam.

Terima kasih kepada Cikgu Din dari Sungkai yang booking kambing sembelihan selepas raya korban. Cikgu Din ni pelanggan tetap.

Terima kasih juga kepada Pak Lah - versi kecik sebaya aku, bukannya Dolah Badawi weh! - yang booking kambing breeder untuk dibawa ke ladangnya di utara Perak.

Terima kasih kepada tiga orang trader yang sibuk tepon aku tanya pasal stok kambing untuk dijual.

Terima kasih juga kepada sebuah kedai input pertanian yang tepon aku tanya pasal bekalan baja organik tinja kambing. Mana mana penternak kambing di Perak, dan yang memproses tinja kambing jadi baja organik, boleh contact aku. Nanti aku bagi contact no kedai ni. Runding terus dengan diorang.
___________________

Cerita sikit pasal persatuan pembiak kambing malaysia. Aku dengar ada penternak yang mempertikaikan kewujudan persatuan pembiak, macam takde apa apa kesan kepada industri.

Orait aku nak cerita sikit je. Lagi pun aku bukan jurucakap. Yang lebih arif, dan yang selalu dok jumpa agensi pusat dan agensi kerajaan di belakang tabir ialah tuan pengerusi persatuan. Aku tulis ni pun takde authorisation.

Ok. Banyak penternak kambing tidak perasan yang skim Trust kambing telah digantung.

Di.... gantung.

That is not state level. That is federal level. Skim pawah kambing seluruh Malaysia, yang dulunya setiap penternak dapat kambing bantuan betina boer 20-25 ekor dan 2 pejantan boer. 8 digit funding. Very lucrative..

Digantung buat sementara.

Tarik nafas dalam dalam, bayangkan magnitud impaknya kepada ehem ehem ehem dan apex importers.

Kami telah menghentikan skim yang banyak kebocoran dan mencetuskan penyakit demi penyakit kepada industri ternakan kambing.

Apex importers dan sekutu sekutunya memang tak puas hati dengan Persatuan Pembiak. Hmmm... baguslah. Dah lama sangat bermaharajalela bekalkan kambing sampah dari australia.

Patutnya kambing gred terbaik yang dibekalkan kepada penternak kambing seluruh Malaysia untuk dijadikan induk dan pejantan. Breeder protocol. Barulah upgrade genetik. Barulah semakin baik usaha membiak.

Ini yang dibekalkan slaughter protocol. Berpenyakit pula tu. Berapa ramai penternak yang tumbang setelah dapat kambing bantuan punca australia ni? Berderet deret weh.

Bukan terbantut lagi dah usaha pembiakan kambing. Tapi masuk gear reverse, undur ke belakang. Negatif.

Ranap. Macam stadium terengganu runtuh bumbung.

Bila dah sign kontrak dengan australia untuk bekalkan kambing ke malaysia, kita patut tahulah perangai orang kafir ni. Tuhan dan Nabi pun dah bagitahu, orang kafir takkan senang hati, malah sentiasa mencari jalan nak merosakkan menyesatkan umat Islam.

Tapi kita percaya sangat, tunduk sangat, biarkan aje orang kafir australia permainkan kita. Lain kita order, lain yang sampai. Order kambing bentuk badan mr universe, tapi yang sampainya kurus keding terhuyung hayang, jentik sikit dah tumbang. Order kambing yang sihat wal afiat, tapi yang sampai buta lagi tempang.

Patutnya kita sebagai pembeli, super VIP customer pula tu - kick ass tendang punggung si aussie ni. Ni kita pula yang tayang punggung suruh dia tendang ke sana ke sini.

Kita patut Kick Ass, bukannya Ass Kick.

Damn!

Macam ni lah, selagi kita bergantung kepada orang kafir untuk sumber makanan, selagi itu lah kita akan berterusan dipermainkan. Maruah kita akan terus tergadai diperkotak katikkan. Industri kita akan terus lesu tak bermaya.

Kena buat macam Indonesia, dan mana mana negara pengeksport ternakan. Hentikan terus import melainkan genetik gred baik. Barulah semua orang berlumba lumba membiak. Berlumba lumba mencapai tahap sara diri dan akhirnya surplus. Barulah kita umat Islam dapat membebaskan diri kita daripada kebergantungan kepada orang kafir.

Barulah terjaga maruah dan akidah kita dan anak anak kita. Barulah kita terpelihara kebebasan. Merdeka. Betul?


Salam!

2 comments:

  1. Betul tu - hairan juga, pihak berkuasa x periksa ka kualiti kambing2 yg sampai ke Malaysia? x boleh reject ka? Atau minta ganti-rugi - breach of contract, dll? Maaf ya, saya ni bukannya penternak tp saya perasan bbrp tahun lps, ramai org jadi penternak & kmdn terpaksa stop. Sayang ya, skim Trust tu baik tapi implementation lemah.

    ReplyDelete
  2. Kalau dh corruption punya org yg arrnged mmg tkkn brjaya...dia ckp dia import kmbing tp bila pentrrnak dpt...kmbing boer pekak....kambing boer original dorang songlap...lps tu ckp mati....pembohong kuat..

    ReplyDelete