Thursday, October 10, 2013

BILA POLIS DAN USTAZ DATANG

Order Kambing


Hari Rabu kelmarin, aku ada dua kumpulan pelawat. Mujur kedua duanya datang belah petang, ketika keadaan aku kurang sibuk.

Grup pertama, polis. Senior rank dari IPD. Diiringi ketua balai kawasan aku. Aku ingat datang nak soal siasat, atau buat siasatan lanjut. Rupanya cuma nak tahu lokasi ladang aku.

Tuan Ismail. Geng kambing juga rupanya. Dah ada kambing. Adik dia yang jaga. Dah lama berbelas tahun juga adiknya bela kambing. Cuma tidak tergerak untuk upgrade ke tahap komersial.

La ni Tuan Ismail baru je melabur dalam projek kambing adiknya. Dan semangat adiknya tengah tahap top up penuh, sedang merekrut kambing kambing baru untuk dilantik sebagai breeder satu paku dua paku dan tiga paku.

Kebetulan Tuan Ismail datang ladang aku. Dan dia terus booking pejantan dan betina breeder untuk ladang adiknya. Great. Alhamdulillah.
___________________________

Rabu kelmarin juga, Cikgu Suhaimi datang bawak gengnya tiga orang ustaz. Dari sebuah sekolah asrama penuh di Gopeng. Sedang mencari kambing untuk latihan amali pelajar pelajar. Stok sembelih punya, bukan stok baka.

Geng ustaz ni semuanya sebaya aku, dan dah biasa dengan kambing. Ada yang dah biasa bela masa kecik kecik dulu, sama seperti Cikgu Suhaimi.

Aku tahu yang aku pembiak berfahaman radikal. Haluan kiri... atau kanan. Whatever.. Tetapi aku fikir kalau tuan puan jumpa Cikgu Suhaimi ni, tuan puan akan nampak seorang pembiak ultra radikal. Jauh lagi ekstrem dari aku. Kalau dia bukak blog atau facebook, mau 1000 darjah celsius temperature penulisan dia ni. Jangan marah Cikgu. Gurau je. :)

Anyway grup Cikgu Suhaimi ada booking kambing lepas raya korban. Great. Alhamdulillah.

Dan kitorang semua setuju jadi cikgu nak mengembala anak murid lebih payah dari mengembala kambing. Dan aku fikir, dan dah lama aku fikir, penjagaan kambing patut dipertimbangkan sebagai sebahagian kurikulum pelajar sekolah. Bagi diorang ada rasa tanggungjawab. Bila ada rasa kebertanggungjawaban, baru susah nak hanyut ke laut budak budak sekolah ni. Betul tak?

Tapi tulah, kalau kementerian setuju, maka setiap sekolah dalam malaysia ada kandang kambing. Hmmm memang terus mencapai markah maksimum tahap sara diri ni. Tak yah dah import import kambing. Kita pulak eksport. Target si kafir australia ni. Biar kita pulak 'kencing'kan diorang. Asyik kita aje di'kencing'kan sampai habis punah ranap berpenyakit industri ternakan kita ni. 'Athsmatic' jadinya. aiii...

Anyway, terima kasih kepada semua grup pelawat hari Rabu sudah yang booking kambing. Thanks a lot for the visit!
__________________________

Semalam hari Khamis, JPV datang buat soal selidik ladang. Tengahari. Aku fikir ini benda yang baik. Soalannya teliti juga. Aku harap pengkalan data JPV berkenaan penternak di kawasan mereka semakin baik dan mencerminkan situasi semasa.

Cuma nya kan, aku tiba tiba rasa penat dengan penyelidikan. Banyak betul pihak pihak nak buat soal selidik ladang aku sekarang. Rasa nak tenggelam. Sesak nafas pun ye.

Aku nak tumpu kembali kepada production ladang aku. Buat masa ni, aku takde semangat nak layan isu lain.


Salam hormat!

2 comments:

  1. Gembala kambing sbg kokurikulum sekolah..amat setuju.

    Ada seorang teman di selatan thailand, anaknya suka menghabiskan masa kain computer games dekat CC.

    Penyelesaian oleh Abi nya dengan membeli 4 ekor kambing. Diberi tanggungjawab menjaga kambing 4 ekor kpd anaknya yg ketagihan computer games itu. Alhamdulillah ada perubahan, bila diselitkan juga cerita2 para anbiya' ketika menjaga kambing.

    ReplyDelete
  2. setuju IDEA gembala kambing jadi kurikulum sekolah.

    ReplyDelete