Saturday, October 12, 2013

AGENDA

Kambing Punya Agenda


Skim pawah kambing persekutuan (TRUST) buat masa ini tergantung atas desakan Persatuan Pembiak Kambing Malaysia dengan kerjasama EPU. Skim lumayan ini sebelumnya dimonopoli oleh apex importers - tak kisahlah bangsa India atau Melayu atau lain lain.

Skim Trust ini adalah federally funded - dari Economic Planning Unit, sebuah unit yang sangat berpengaruh dalam pelaksanaan dasar negara. Bila EPU tiba tiba memberhentikan dana skim Trust, ramai pihak terkejut kerusi yang diorang duduk tiba tiba jadi panas berasap.

La ni, EPU kata dana akan diberi semula dengan syarat..... bekalan kambing untuk skim pawah seluruh Malaysia dibeli daripada ahli ahli persatuan pembiak. Punca dalam negara akan diberi keutamaan, bukan lagi import melulu membuta tuli dari australia.

Aku harap semua pihak dapat nampak kenyataan ini, dan impaknya di kemudian hari. Jangan kata Persatuan Pembiak Kambing Malaysia tidak mampu berbuat apa apa pada peringkat polisi negara. We walk the talk. Silently.

Kami telah menyentuh soal polisi yang memberi manfaat jelas kepada semua peserta industri tanpa perlu keluar suratkhabar atau mana mana media massa heboh bingit sana sini.

Of course, para importer yang sebelum ini begitu selesa berlindung di bawah 'payung' mereka saat semua penternak dan pembiak tempatan kepanasan, tergamam dengan keupayaan Persatuan Pembiak Kambing Malaysia mencabar hegemoni mereka. They suddenly realized there is a new.... sexy... kid on the block.

Now, para apex importers dan importers yang sememangnya pantas menyambar peluang, tidak akan berhadapan atau berperang dengan persatuan pembiak. Strategi mereka bertukar.

Mereka akan turut membiak kambing walau pun sedikit, dan atau menyelinap masuk ke dalam mana mana persatuan pembiak kambing. Samada mengasaskan (tapi ni menjadikan diri mereka mudah sangat dilihat), atau jadi ahli/ajk persatuan (stay low but have some power).

Konsep penting ialah menampakkan diri mereka sebagai pembiak kambing demi menyambar peluang yang terbuka bila skim TRUST disambung kembali. Lumayan kalau dapat jadi pembekal kambing baka ke seluruh Malaysia, ye tak?

Dan aku fikir, akan terus wujud persatuan baru pembiak pembiak kambing tetapi semuanya bakal didalangi oleh para importer yang mahu mengambil kesempatan. Bakal penternak dan penternak baru akan menjadi kuda tunggangan atau topeng yang melindungi hasrat sebenar mereka.

Ahhh convenient right? Bagi importer takpe kalau dah tak boleh sambar kontrak kerajaan persekutuan bekalkan kambing import, kita cuba pula sambar kontrak bekalkan kambing kelahiran tempatan (aku tak kata kambing tempatan atau baka kacukan tempatan) untuk skim pawah persekutuan... hmmm... memang pantas ambil kesempatan bagaikan lipas kudung.

So aku dah cerita apa yang akan terjadi dalam masa yang terdekat. Harap kita semua bersedia dan berhati hati.

Apa pun, bagi penternak kambing yang menurut jalan para anbiya', mereka tidak akan terkesan dengan ribut yang bakal ditimbulkan oleh campurtangan puak importer yang cuba, atau telah, menyelinap masuk ke dalam mana mana persatuan pembiak kambing.

Masa akan menentukan siapa yang sebenarnya memegang bendera kebenaran.

* JPV sendiri ada banyak 'camp' atau pemikiran. Ada yang condong importer, ada yang condong pembiak. Yang condong pembiak pula, ada yang prefer high input high tech. Ada pula prefer low input low tech. Yang condong importer pula - ada yang nak importer ni, ada yang nak naikkan importer tu. Banyak agenda weh..

Importer pun sama ada banyak 'camp'. Apex importer yang bersaing hebat sesama mereka, dan importer yang berhasrat memecahkan hegemoni apex importer sedia ada. Pun banyak agenda weh..

Penternak dan pembiak pun ada agenda masing masing. Ada yang nak selamatkan diri daripada kelemasan, ada yang tak nak lagi kebergantungan kepada orang luar apalagi orang kafir, dan macam macam.

Kita semua ada agenda.

Dan kita semua akan berjuang untuk memenangkan agenda masing masing.

Salam!




No comments:

Post a Comment