Kids. Don't do this at your kandang.
Apa yang aku silap. Tuan puan jangan ikut.
Thursday, October 31, 2013
SEDANG TERLEBIH KAFEIN DI PAGI HARI
Tuan
Es Emdi dalam blog Lalah River Goat Farm kata elok skim pawah kambing
diberhentikan. Diganti dengan skim kandang kontrak atau skim jualan
kambing kepada FAMA. Jadi wujud jaminan pasaran kepada penternak atau
pembiak kambing.
Now,
secara peribadinya aku bersetuju skim pawah kambing diberhentikan
terus (Pandangan peribadi ye, bukan pandangan persatuan). Skim ini
banyak sangat ketirisan.
Dulu
skim pawah ni semuanya guna kambing yang dibekalkan oleh pembiak
tempatan. Maknanya JPV beli kambing biakan penternak tempatan,
kemudian diagihkan atau dipawahkan kepada lain lain penternak.
Kiranya semua local source local expertise. Betul betul 'absolutely
high local content, and absolutely high multiplier effect'.
Terbaik
dari segi kesan ekonomi. Percaya pada darah sendiri. Percaya pada
kemampuan diri sendiri. Semangat nasionalis membara. Sebab tu dulu
dulu self sufficient produksi kambing ni.
Takde
cemas macam sekarang rendah sangat kelam kabut. Pasalnya sekarang
skim pawah ni punca bekalan kambingnya ialah kambing import. Pembekal
kambing ialah importer. Bukan lagi penternak tempatan. Jadi yang
untung besar ialah importer.
Pulak
tu kambing yang dimport besar besaran ni; tak kisahlah guna kapal
laut atau kapal terbang; tak kisahlah oleh Kamrita Kapal Kaur, atau
Pamelo 'Baywatch' Anderson, atau si Magic Carpet, atau sapa sapa
importer pun lah yang dah menjadi sejarah atau sedang menempa
sejarah; - tidak menepati piawaian 'breeder protocol', dan tidak
melalui tapisan tapisan kesihatan yang sepatutnya.
Bila
kambing berpenyakit diagihkan kepada penternak tempatan, alamatnya
merebaklah penyakit. Asalnya penternak yang makmur sedang meningkat
naik, dapat pula hadiah kambing berpenyakit - apalagi berdebuk jatuh
lah kambing dengan tuannya sekali. Berderet deret penternak
terjelepuk. Punah industri pembiakan. Makin jatuh tahap sara diri.
Importer?
Hooray! Tepuk tangan. Penternak semua mati. Kambing tak jadi jadi
membiak. Kita akan terus mengimport...
Industri
penternakan di malaysia akan terus diperhambakan, dan para importer
kekal menjadi master. Lording all over the industry. Diangkat,
dijulang dan disorak sebagai penyelamat industri. Heroes...
Sedangkan
hero sebenar sedang berjuang berhempas pulas mengikat perut berjerih
payah bertangis duka. Itulah kita golongan petani. Itulah kita
golongan penternak. Itulah kita golongan pembiak.
We
are the real silent heroes. And we... are being killed.
Hmmm...
memang elok sangat kalau diberhentikan terus skim pawah ni. Baik
federal level mahupun state level. Terus tutup ruang untuk
eksploitasi.
Akan
ada yang membalas pandangan aku dengan berkata kita kena bantu
penternak utamanya penternak baru. Bila dapat kambing bantuan, cepat
sikit membiak. Lagi pun bumiputera kan?
Well,
bagi aku sebenarnya aku tak nak menggunakan alasan bumiputera untuk
mendapatkan bantuan sana sini. Kalau asyik bertongkat, memang kita
tak akan merdeka tak akan bebas sampai bila bila.
Sebenarnya
para penternak boleh makmur dengan kerja sendiri tanpa bantuan mana
mana agensi. Lebih baik dari sibukkan diri dengan bantuan, agensi
agensi yang kawal selia kita ni, sibukkan diri dengan fine tuning
polisi penternakan yang mencipta suasana kondusif untuk pembiakan
tempatan.
Hentikan
import. Ikut jejak langkah semua negara pengeksport ternakan. Dulu
diorang ni semua kaki import juga. Bila dah sedar, dan fokus kepada
usaha pembiakan tempatan, tu diaa boleh capai tahap penuh sara diri
siap eksport lagi.
Lagi
pun local produce is the best. Tastier, and much less carbon
footprint. Everybody on this planet is going local when it comes to
food. Yang kita terbalik pula, sibuk mengagungkan barang import.
Apa
apa pun sebarang usaha pembangunan makanan tempatan, walau nampak
sukar macam mana sekali pun, akan berbaloi juga akhirnya. Kalau
perang meletus, pelabuhan kita kena kepung, sumber makanan import
semuanya terhenti, aaa masa tu baru kita betul betul nampak peri
pentingnya makanan tempatan.
.....
err aku ni terlebih kafein sangat dah ni. Main tulis aje ni. Dah tak
ingat tajuk asal, atau isi, atau penutup. Oklah nanti sambung
baliklah. Aku kena pegi tadika anak aku, hantar kek, dan hadiah untuk
kawan kawannya.
Bye!
Wednesday, October 30, 2013
KIDS
Anak Kambing
Mak kambing keluar meragut. Perut semua kempis kempis. Pukul 9 pagi beb! Embun masih menimbun bawah sawit. Jangan risau, darah pribumi memang mantap lagi 'reliable'. |
Bila mak kambing dah keluar, tinggallah anak anak kambing di kandang. Ada 150 lebih anak anak kambing di kandang. |
Tuesday, October 29, 2013
MISTERI TESTOSTERON
MISTERI TESTOSTERON
Penghidup
jantan. Pembunuh jantan.
Ada
sebuah kajian dilakukan ke atas gorilla gorilla di Afrika. Dan
gorilla adalah ruminan sama seperti kambing. Kajian ini melihat apa
yang terjadi kepada fisiologi tubuh gorilla jantan semasa musim
mengawan, semasa mereka semua gila mengawan, semasa tubuh mereka
semua disarati dengan hormon testosteron.
Para
saintis ini membuat Fecal Egg Count (FEC), atau pengiraan telur
cacing terhadap semua jantan jantan gorilla semasa mereka semua
tengah 'naik syeikh'. Aaaa... saintis saintis ni nak tengok setakat
mana beban cacing (tahap infeksi cacing) dalam tubuh gorilla jantan
semasa wujud limpahan hormon testosteron.
Surprise!
Surprise! Surprise!
Semua
jantan gorilla naik FECnya semasa musim mengawan. Maknanya semua
jantan jantan ini mengalami beban cacing yang tinggi. Lagi tinggi
testosteron dalam darah, lagi tinggi beban cacing.
Hmmm....
testosteron menghidupkan sifat kejantanan tetapi dalam masa yang sama
membuka pintu kepada kebanjiran parasit dan cacing untuk menyerang
tubuh. Didapati tahap imun menurun dan konsentrasi cacing meningkat
ketika tahap testosteron meninggi.
Testosteron
meningkatkan risiko kematian jantan dengan drastik. Oppss....
Ok.
Itu satu observation yang dibuat. Ada satu lagi pemerhatian yang
menarik. Didapati semua betina gorilla adalah 'receptive', atau
memilih, atau 'syok' dengan jantan yang paling tinggi testosteron
DAN paling tinggi Fecal Egg Count (paling tinggi beban cacing).
Waaaaaa.....
this is very surprising.
Rupanya,
dalam saat saat mengawan, para betina memilih jantan yang paling
'resilient' terhadap cacing (yang memiliki daya tahan tinggi terhadap
kewujudan tinggi cacing dalam badan). Hmmm pelik banget ni....
Ok
cerita kejap pasal konsep resistance dan resilience. Dalam cerita
ketahanan semulajadi organisma terhadap serangan cacing dan parasit,
ada dua konsep - resistance (daya rintang), dan resilience (daya
tahan).
Resistance
ni lebih kurang macam konsep kubu atau fortress. Lagi tinggi
resistance maknanya lagi tebal dinding kubu, lagi susah cacing nak
masuk. Resilience pula second level defense. Bila dinding kubu dah
pecah, dia pula ambik alih penentangan terhadap cacing. Resilience
yang tinggi membolehkan kebanjiran besar besaran cacing ke dalam
tubuh tetapi tidak mendatangkan kesan mudarat kepada tubuh perumah.
Aaaa... dua dua fasa pertahanan penting. Mungkin resilience lebih
penting daripada resistance. Yep I think so..
So,
sekarang kita tahu saat saat mengawan menjadikan jantan dipenuhi
testosteron, beban cacing meningkat mendadak, DAN jantan yang paling
tahan terhadap beban cacing tinggi akan dipilih sebagai pejantan atau
bapak oleh para betina. Yaa inilah cara alami dalam pemilihan dan
pewarisan genetik tahan parasit.
Aaa
sekarang tuan puan tahu kenapa aku tak deworm pejantan pejantan aku.
Aku mencari yang paling 'resilient' agar sifat itu diwariskan kepada
keturunan kambing seterusnya. Pejantan yang rendah resilience nya
sepatutnya mati, atau pun koman koman kita reject lah jangan jadi
pejantan.
Kalau
kita sibuk deworm pejantan kita, ia akan berlawan dengan apa yang
Tuhan telah tentukan atau reka kan. Itu yang jadi makin lembik makin
manja kambing kambing kita. Kejap kejap ubat. Kejap kejap botol susu.
Kejap kejap suntik. Pehh pening kita dibuatnya.
Adalah
sangat baik bagi para pembiak ruminan untuk melihat atau observe
sebaik baiknya cara kehidupan ruminan liar. Ada banyak lagi 'benda
benda kecil' tetapi mendatangkan impak besar di kemudian hari, yang
kita masih tak nampak dan belum dikaji.
Dan
kepada semua pembiak kambing, kini adalah masa untuk masukkan
pejantan dan bakal pejantan ke dalam ujian sparta. Punish them, and
kill them. (orait orait not kill them, just make life harder for
them).
Biar
kita seleksi yang benar benar mantap. Yang paling tinggi testosteron,
dan yang paling tinggi daya tahannya.
This
is the way.
Forward.
Salam!
Dua testosteron sedang beramah mesra. Tapi tak lama lepas tu.... |
bergaduh sakan. Selalu macam ni. Kejap 'at peace', kejap lagi 'at war'. Musim mengawan kedua duanya aku pasti tinggi beban cacing. |
Monday, October 28, 2013
477 : THE REAL DADDY
Itu 477. Pejantan alpha kawanan kambing aku. Susah betul nak tangkap gambar dia sebaik baiknya. Photophobia dia ni.
Lebih kecil dan lebih ringan daripada seekor lagi pejantan aku, Thor. Tapi 477 ni dari segi libido memang superior. Tahap testosteron tinggi. Dari jauh boleh bau kehamisannya. Dan kekuatannya melebihi Thor. Dia akan sentiasa menang setiap kali beradu tenaga dengan Thor. Memang Thor ni perlukan tukul ajaibnya Mjolnir baru boleh kalahkan 477.
477 aku pilih berdasarkan tahap libido dia masa kecik. Umur baru dua tiga minggu dah sibuk bising nak mengawan. Selain tu tumbesarannya yang baik, dan maknya tak perlukan makanan tambahan sepanjang proses menyusukan dia.
Aku fikir libido tinggi memainkan peranan sangat penting dalam aspek pembiakan ruminan. Kalau kita perhatikan kehidupan ruminan liar, pejantan yang dapat hak mengawan adalah pejantan yang paling kuat paling cergas paling lasak. The strongest and the fittest. Not the heaviest.
Yang paling kuat, yang paling lasak, yang paling stamina. Bukannya yang paling berat.
Dan testosteron, sebagai hormon kejantanan, menganugerahkan keagresifan, kekuatan, dan stamina.
Sebagaimana yang dibuktikan 477. Kekuatannya melebihi kekuatan Thor.
Dan 477 adalah bapak sebenar bagi kambing kambing aku. The Real Daddy.
Salam!
Sunday, October 27, 2013
BOER MARDI KAKI KEBAS!
Kambing Boer ARB suka curi dedak Diego.
Tengok!
Dia mai dah. Tak takut dengan Diego. Yang besar tu selalu kebas. Yang
kecik sikit ikut aje apa yang besar buat.
Lepas kena sergah dengan Diego. Yang kecik lari, yang besar buat tak tahu aje bila Diego marah |
Boer yang besar tu datang balik. Memang dapat curi makan dedak Diego. Aiii... |
Aku
dah mula lepas meragut kambing pejantan boer dua ekor yang ARB bagi
tu. Nampak ok. Dan diorang tak pegi jauh, cuma berhampiran kandang.
Belum bergaul sepenuhnya dengan geng betina kandang depan.
Dan
aku perhatikan boer ni memang 'hantu' bila bab makan. Mencekik aje
kerjanya. Bersemangat betul. Memang macam ni lah sifat boer. Tekun
bila bab makan. Lama sikit diorang berhenti dan meragut di sesuatu
kawasan.
Tak
berapa memilih macam kambing kampung. Laju betul berjalan bila lepas
meragut. Kejap kejap pindah. Kejap kejap jalan. Awal awal lepas ragut
kambing kampung ni, sang gembala kena 'alert'. Benar benar awas.
Kalau tidak, sedar sedar dah sampai rumah Bedah Tong Gas kat hujung
kampung. Habih makan cucu cicit tok nenek pokok bunga yang dia tanam.
_____________________
Buat
masa ini, boer ARB masih dalam kuarantin. Aku belum campurkan dengan
grup core breeder aku kat kandang utama.
Pasal
ada satu lagi tahap diorang kena lalu.
The
Sparta Test.
Ujian
kelasakan di mana tiada dewormer akan diberikan, sedangkan kambing
akan dibawa masuk meragut ketika musim parasit banyak, dan masuk ke
dalam kawasan tinggi kepekatan parasit. Stamina dan kekuatan akan
diuji dengan membawa kambing meragut sejauh mungkin setiap hari. Dan
akan beradu tenaga dengan pejantan sedia ada - Thor dan 477.
Kalau
lepas ujian ni, diorang akan jadi pejantan. Kalau tidak... well, jadi
jantan sembelihan. Sepertimana yang terjadi kepada semua pejantan
pejantan asing atau baru yang aku bawa masuk sebelum ini.
Semuanya....
akhirnya.... mati.
Sebab
itu aku masih gunakan pejantan yang 'internally generated'. Aku dok
buru pejantan dari luar yang benar benar lasak tapi belum ketemu
lagi.
Aku
bukan cari pejantan nampak sihat dan gemuk besar besar. Aku bukan
cari yang menang award menang pertandingan kambing sana sini.
Tetapi
aku buru yang hardcore, libido tinggi, superb conditioning macam
tahap Spartiates. Tak manja, tak mengada ngada, nak kena bagi makan
itu bagi makan ini suntik sana suntik sini deworm bagai. NO NO NO.
I
just want... a brutally tough, superbly conditioned... buck.
Dan
rupanya susah juga nak cari.
Aku
harap pejantan boer ARB ni akan lepas ujian sparta. Sekarang masih
dalam zon selesa, dia boleh rilek rilek main main lagi. Nanti masuk
ujian ni, mau tertonggeng dunia yang dia nampak hehehe...
Into
Sparta!!!
Saturday, October 26, 2013
RAHSIA BUAH SAWIT RELAI
RAHSIA KAMBING (DAN KARKASNYA) MUDA REMAJA
Sebelum
ni aku guna terma biji sawit. Tapi buah sawit atau sawit relai
rasanya lebih tepat definisinya. Kalau nak lebih tepat, tanyalah
orang sawit, sahih diorang lagi expert terma terma sawit daripada aku
ni.
Ok.
Aku cerita dalam post sebelum ini di mana kambing aku tak pernah kena
kurap semenjak bebas meragut bawah pokok sawit. Kambing kambing ni
ada makan buah sawit, dan sawit relai lebih digemari mereka. Rupanya
ia sungguh baik untuk kesihatan kulit (dan libido, dan lain lain)
disebabkan kandungan tinggi vitamin A dan E larut lemak.
Perhatikan
di mana aku sebut vitamin A dan E larut lemak (fat soluble), bukannya
vitamin A dan E semata mata. Watch out!
Anyway,
ada satu lagi manfaat yang kita penternak kambing semua boleh kongsi
bersama. Jeng jeng jeng....
Sawit
relai adalah agen penambah kualiti karkas yang berkuasa. It is a
powerful booster for carcass quality.
Damn
powerful.
Baiklah.
Penternak ruminan berpengalaman akan masukkan ternakan mereka ke
dalam fasa 'finishing' atau penggemukan sebelum dijual demi
meningkatkan kualiti dan berat karkas. Jadi nilai karkas naik, dan
boleh dijual pada harga lebih tinggi.
Salah
satu kriteria kualiti karkas yang tinggi ialah kemampuan daging
mengekalkan warna kemerahan, atau bahasa sainsnya tinggi rintangan
terhadap oksidasi (high resistance to oxidation). Biasanya warna
daging yang merah pekat memikat kalbu (atau menyebabkan air liur
bakal pengguna meleleh) cuma bertahan 2-3 hari walau pun disejukkan.
Jadi
teknik yang digunakan untuk memanjangkan kemerahan karkas itu ialah
dengan menyuntik vitamin E pada selang masa tertentu semasa kambing
digemukkan. Aaaa biar tahap vitamin E dalam darah tinggi dan
meninggi sebelum disembelih.
Ini
kerana tahap vitamin E yang tinggi dalam sel akan menyebabkan
oksidasi atau pereputan jadi lambat. Jadi kemerahan itu kekal lama
sehingga sekurang kurangnya dua minggu. Bila nampak segar walaupun
dah lama usia daging - pastinya nilai karkas itu meningkat.
Yep.
Ini cara yang alami. Tak perlu guna dadah atau kimia untuk
mencantikkan karkas.
TETAPI
tak cukup alami. Vitamin E sintetik bagi aku adalah.... low class low
standard.
Yang
lebih alami lebih organik lebih mantap lebih berkuasa lebih
oooommphhhh ialah ..... sawit relai. Ye tuan puan, buah sawit relai
yang dok terbuang merata rata bawah pokok sawit tu sebenarnya
antioksidan high class untuk kambing kita.
Peningkat
kualiti karkas yang sangat baik lagi natural. Ianya kaya bukan sahaja
vitamin E organik, tetapi juga vitamin vitamin dan enzim enzim yang
sinergistik. Jauh melebihi kualiti vitamin E sintetik ciptaan
manusia.
Aku
sangat pasti kambing yang dapat makan buah sawit secara regular, akan
tinggi tahap serum vitamin ADEK. Bila disembelih dan dilapah,
karkasnya lambat mereput lambat oksidasi lambat luntur warna
kemerahannya. Haaa memang baik betullah manfaat buah sawit ni kepada
kambing kita.
Dan....
aku tak kata pkc atau pke ye. Aku kata buah sawit, utamanya yang
relai lah. Yang merah merah kuning, yang bahagian luar tu, yang
tinggi serabut. Bukannya 'kacang' kat dalam buah sawit tu ye.
Yang
'kacang' atau benih tu la yang diproses diperah dapat palm kernel oil
dan sisanya ialah palm kernel cake atau palm kernel expeller. Dak dak
bukan ni yang aku cerita. Tapi yang kat luar tu. Yang diperah dapat
palm oil. Haaa...
Bahagian
yang tinggi lemak tepu, dan sarat dengan vitamin ADEK.
It's
organic. It's nourishing. It is a supercharged food for ruminants.
It's
damn good.
Syukur
kepada Tuhan kerana menganugerahkan pokok sawit untuk hidup subur di
tanah air kita! Salam pembiak!
*Soalan
untuk zulkifli muhammad di sabah - yang biasa proses sawit ni.
Extraction palm oil atau extraction palm kernel oil yang temperature
lebih tinggi? Berapa suhu untuk kedua dua proses tersebut?
Friday, October 25, 2013
SAWIT WARS : ATTACK ON THE CLONES
Kambing aku suka makan biji sawit. Suka betul diorang kerepak kerepuk mengunyah biji sawit. Mungkin sebab itu kambing aku tak pernah kena kurap, alhamdulillah. Ada sumber lemak yang bagus. Penuh vitamin A dan E, serta alpha tocopherol dan alpha tocotrienol.
Emm... ye lah, bagi kambing terkena kurap, cuba bagi biji sawit, kalau ada. Marjerin gaul dengan dedak boleh juga, tapi aku rasa lagi senang kutip biji sawit, lepas tu bagi kambing tu makan sendiri.
Emm... ye lah, bagi kambing terkena kurap, cuba bagi biji sawit, kalau ada. Marjerin gaul dengan dedak boleh juga, tapi aku rasa lagi senang kutip biji sawit, lepas tu bagi kambing tu makan sendiri.
Bila pekerja potong buah sawit, aku takeover kerja gembala. Ni buah sawit aku, bukan orang lain punya ye. Tapi kambing pun makan sikit je. Sekor kambing adalah makan 1-3 biji. |
Kambing baru sangat keluar kandang. Misi meragut baru bermula. Dah ada sekor tengah seronok kunyah biji sawit. |
Kenduri! Attack the clones! Keropok kerepek kerepak kerepuk! |
Thursday, October 24, 2013
PEJANTAN SEMASA : THOR
PEJANTAN KAMBING SEKARANG : THOR
Thor
ni fotogenik sikit. Pandai dia berposing untuk gambar. Lagi sekor tu
very camera shy. Berdesup lari kalau aku datang dekat.
_______________________
Before
I proceed, I would like to touch a bit on my apparent lack of social
skills which has baffled a great many of my friends. I would describe
my social.... life...as..
Absolutely
Titanic. Sunk so deep into the ocean floor that recovery is not an
option. Or...
Frozen
in time. Entombed far deep in the icyness, and coldness of
loneliness. And the isolation I experienced during the early years of
goat breeding only enforces my overwhelming need for solitude.
I
am comfortable with loneliness. And I doubt anyone can pull me out of
this. Even my wife has trouble understanding the loner in me. And I
do pity her.
_______________________
Ok.
Masuk cerita utama. Aku sekarang ada dua pejantan atau bapak kambing.
Servis 100 lebih induk atau kambing betina. Melebihi nisbah 1:20 yang
biasa dicadangkan. Yep nisbah aku ialah 1:55. Dan tiada masa rehat
yang diberikan. Juga tiada makanan special.
Jadi
semua pejantan aku tak boleh lembik manja mengada ngada. Kena fit,
cergas, dan superb conditioning. Betul betul macam Spartiates zaman
Yunani dahulu kala.
Ada
beberapa kriteria yang aku gunakan sebelum aku jadikan kambing jantan
sebagai pejantan. Aku tak akan cerita semua. Sikit aje.
First,
dari segi keperluan deworming. Semua anak kambing, biasanya aku akan
deworm masa cerai susu. Sekali dalam tahun pertama umur mereka. Bagi
pejantan, sekali itu ajelah. Kalau ada lagi deworming kena buat
selepas itu - aku terus downgrade. Tak layak jadi pejantan untuk
kawanan kambing aku. Jadi jantan boleh.
Walaupun
herbal dewormer yang digunakan.
Yep
kriteria pejantan aku, ialah dia mesti mampu hidup subur tanpa perlu
bantuan dewormer. Mesti ada tahap rintang (resistance) dan daya tahan
(resilience) yang tinggi. Brutal tak brutal, aku takde kompromi dalam
hal ini.
Peduli
apa jantan fullblood, high value, ada sijil bagai, mahal macam mana
sekali pun. Aku cari yang lasak, yang mantap, yang boleh hidup subur
tanpa campurtangan mendalam manusia.
Itu
satu. Yang keduanya faktor libido. Mana mana anak jantan yang dah
sibuk nak mengawan masa kecik kecik lagi aku akan kenalpasti. Masuk
dalam senarai bakal pejantan.
Berat
masa cerai susu? Tapisan kedua.
Berat
masa lahir? I don't give a damn.
Geng
geng penyelidik kambing yang buat kajian kat ladang aku semuanya
pening kepala bila aku kata aku tak ambik tahu berat lahir.
Hmmm,
kriteria aku berbeza dengan penternak (pembiak pedaging) lain. Dan
apa yang aku buat - has served me well. Aku memang consider libido
dulu, kemudian berat cerai susu, lepas tu baru berat lahir.
Mestilah.
Kita kan membiak. Libido kena tinggi. Takde libido, takde nafsu nak
mengawan, takde nafsu nak membiak - apa cerita operasi pembiakan kita
ye tak? Berat kambing ni patutnya secondary consideration.
Cuaca
tropika macam kita ni dah menganugerahkan suatu kelebihan kepada umat
tropika - libido tinggi, pantas membiak, dan kadar kelahiran tinggi.
Sepanjang tahun. Jadi kita patut eksploit kelebihan ini semahu
mahunya.
Jangan
ikut amalan umat zon panas kering atau zon temperate atau zon artik.
Setiap umat berbeza kelebihan dan kekurangan. Jadi jangan asyik
membebel tentang kekurangan kita. Sibuklah nak import besar besaran
kambing luar dok kata kambing sendiri takde kualiti. Padahal
kelebihan depan mata yang besar bagaikan gajah tak nampak nampak.
Pelik
kan?
So
itu sajelah aku berkongsi pandangan buat masa ini.
Dan
Thor bukanlah pejantan primer aku. Nope he is not. Dia ni pejantan
sekunder. Bukan alpha male.
hmmm...........
MCKK
Malay
College Kuala Kangsar. 1991-1995.
I
was one of them. Yet I have been deep in isolation.
Now
I have been discovered.
So
guys, thanks for all those beautiful memories. Brilliance and
foolishness, happiness and sadness, joy and sorrow.
Each
one of us has morphed into someone unrecognizable from the days of
old. How time (and excess food) changes our appearance.
___________________
Aku
nak mintak maaf kepada semua rakan rakan sekolah, especially yang
duduk di asrama pavillion tahun 1995. Masa bulan puasa. Sepanjang
ramadan. Malam lepas tarawih. Mana mana student yang dok guna jamban
untuk melepaskan hajat akan disambut dengan letupan kuat mercun bola.
Habih
tersentak sistem perkumuhan, dan hasil hasil perkumuhan. Semua yang
tengah berkumuh berteriak bersumpah seranah.
Well,
itulah kerja aku. Kacau orang tengah khayal mahsyuk buang air besar
dengan letupan mercun bola tiba tiba. Oh I am bad. Too bad. Nampak
sangat banyak lagi wayar wayar neuron neuron otak aku belum
bersambung sepenuhnya.
Aku
rasa bersalah. Tapikan ada dua budak lagi yang buat kerja ni dengan
aku. Tak tahulah diorang mengaku atau tidak.
Apa
apa pun aku mintak maaflah banyak banyak mengganggu ketenteraman
awam.
Thanks
everybody for the calls and the likes. Thank you my dear old friends!
Wednesday, October 23, 2013
DIEGO SANG TERRORIS
Terroris kepada kambing kambing.
Diego kuda aku. Manja dan mengada ngada. Dah lapan tahun umurnya.
Sekarang dia menggunakan taktik terroris untuk mendapatkan dedak tambahan. Dia akan tunggu dan mengawal jalan masuk ke kandang. Bila kawanan kambing balik, Diego tak akan bagi kambing lalu jalan tersebut. Dan semua kambing takut kepada Diego.
Habih lari berterabur bila dikejar Diego. Jadi aku terpaksa tambah ration dedak untuk Diego (bayar duit kopi, atau duit 'dedak' hehehe). Barulah dia benarkan kambing balik ke kandang. Aiiii Diego Diego.... awat tiba tiba jadi terroris ni?
Tengok tu.. panik kambing dibuatnya bila Diego kejar |
Selagi tak dapat dedak (dan dedak akan diberi kat pondok kuda sebelah kanan tu), selagi tu lah Diego jadi pengawal tegar jalan atau gatekeeper tak bagi kambing balik. Mana ntah dia belajar taktik terroris ni..
Anyway, purata belanja sebulan untuk Diego buat masa ini ialah $100 - sekiranya aku lepaskan dia kat luar untuk grazing. Dedak tetap kena bagi sebagai umpan balik kandang setiap hari. Kalau grazing kat dalam kawasan ladang aje - belanja terus melompat jadi $200-$300 sebulan pasal kena bagi dedak lebih.
Yang peliknya, bila input rendah - kuda jadi sihat, ceria, takde penurunan tahap kesihatan. Bila input tinggi ( bila dikurung), kuda jadi kurus, kurang ceria, kuku merekah, banyak songehnya.
Hmmm low input (semi intensive system) memang baik sangat untuk ruminan. Ye tak?
|
Tuesday, October 22, 2013
GEAR PENGEMBALA
Apa yang aku bawa dalam beg gembala semalam.
Pertama sekali, air minum. Wajib bawa ni. Biasa 1.5 liter. Kalau musim panas, memang habis aku teguk. Tapi semalam banyak mendung, jadi tak panas, so aku minum suku aje.
Kedua, bekal makanan tengahari. Aku prefer high fat diet bila sampai masanya aku mengembala. Pagi semalam dah makan 2 bungkus nasi lemak, dan 2 biji telur goreng. Tapi tengahari dah lapar. Aku sebat bekal nasi lemak sebungkus sebelum amik gambar ni. Tinggal lagi sebungkus.
Ketiga, belimbing buluh yang aku jumpa masa gembala. Pokok belimbing yang tumbuh meliar. Buat makanan pengunyah.
Keempat topi cap Mardi kesayangan aku. Hadiah dari encik Yunus yang dah pencen dari Mardi Kuala Kangsar. Errmm ARB takde buat topi khas pengembala ke hehehe. Topi ni penting utamanya masa hujan. Aku ni kan pakai cermin mata, susah jadinya kalau takde topi yang melindungi.
Kelima pemetik api. Khas bila sampai mood nak jadi penyumbang global warming. Tapi biasanya tak datang datang pun mood tu.
Keenam bedak nyaman. Saja je bawak, mana tahu terkena ulat bulu yang memang suka bergantung celah celah sawit. 'Berapi' kalau tersentuh ulat bulu ni. Bubuh bedak lega sikit.
Ketujuh suratkhabar. Wajib bawak ni. High priority item. Tak kisahlah tahun sudah punya pun. Janji boleh baca bila kambing dah rilek rilek masa meragut - dua jam selepas turun kandang.
Kelapan pisau. Biasanya pisau aku sangkut kat pinggang. Tapi semalam terlupa pakai tali pinggang. Jadi masuk dalam beg aje.
Kesembilan handphone murah. Paling murah. Paling lasak. Tak berani nak guna smartphone yang canggih manggih tapi sensitif. Gembala ni kerja lasak. Berpanas berhujan. Aku tukar handphone setiap tahun pasal cepat rosak.
Kesepuluh tasbih. Baru lagi bawak ni. Semenjak berhadapan kematian orang yang rapat, ada terbit rasa keinsafan. Aku takut mati. Aku belum bersedia untuk mati. Jadi buat sedikit persediaan dan bekalan sebelum menghadap Tuhan. Wonderful item. Gives me peace. Inner peace. Dan kurangkan masa aku berangan angan jadi Ironman.
Haaa inilah benda benda yang aku selalu bawak masa gembala. Banyak juga ye. Buat berat ajo.
Salam pengembala!
Haa nasi lemak sebelum dia jadi arwah. ada satu makcik yang pandai buat, pekat sikit santannya. Baru lah betul betul nasi lemak ye tak?
|
GAMBAR KAMBING BALIK MERAGUT
Di facebook, aku ada upload video kambing balik meragut. Cuba upload pada blog ni, tapi error memanjang. Sebagai gantinya, gambar gambar ketika kambing baru habis meragut dan nak balik ke kandang.
Kawasan ragut terjauh yang diorang pergi meragut semalam. 1.5km dari kandang. Nampak macam luas kawasan ragut aku, tapi sebenarnya banyak kawasan kena racun. Banyak berjalan dari makan sebenarnya hehehe. Aku rasa ada dalam 5 kilometer aku berjalan kehulu kehilir gembala kambing ni. |
On the way home |
Dah hampir dengan kandang. Lagi 300 meter. Semua ni adalah kambing betina induk, ada 100 ekor lebih. Pejantan ada dua ekor, ikut sekali meragut. Bagi fit dan cergas semuanya, agar tinggi breeding vitality.
Happy time!
|
Monday, October 21, 2013
GAMBAR KAMBING LEPAS MERAGUT
Gambar di atas diambil ketika kambing baru turun sejam dari kandang, dan meragut di kebun sawit bersebelahan. Sebahagian kambing, ada lagi yang tak nampak. Lebih 100 ekor kambing turun meragut. Ada lebih 150 anak anak kambing tinggal di kandang. Dulu nisbah 100 ibu : 200 anak, sekarang 100 ibu : 150 anak pasalnya semua anak anak cecah umur 5-6 bulan aku dah jual. Tak sempat nak buat penggemukan.
Jarak antara sang gembala (aku) dengan kambing terjauh ialah 150-200 meter. Aku tengah duduk melepak sambil baca suratkhabar hehehe (warning : semua gembala baru jangan ikut style malas aku ni). Ada anjing gembala jaga nun di kejauhan (jaga lah sangat, sibuk kejar tupai aje).
Semua yang turun meragut adalah ibu veteran. Kadang kadang terlepas juga anak baru cerai susu, atau belum cerai susu. Ini tak pasal pasal menambahkan kerja pemantauan aku. Sebab tu aku suka aje biarkan anak anak kat kandang. Tak payah dah risau sangat masa gembala. Boleh rilek sikit masa gembala baca suratkhabar, atau berangan angan jadi Ironman pakai sut armor Mark 42.
Aku pernah cuba bela boer tulen dan jamna tulen ikut style gembala. Memang gemuk bulat jadinya. Boer jadi bulat sebulat bulatnya. Baru beranak hari ni, pelawat kata mengandung lagi ke kambing boer ni. Haa sampai macam itu punya bulat. Jamna juga naik body score, tak nampak pipihnya. Memang nampak berisi betul.
Tapikan darah pribumi atau kacukan darah pribumi tetap menawarkan kadar pembiakan terpantas, dan penjagaan termudah. Betul betul low input high output. Dan kepercayaan aku pada darah pribumi, dan sunnah nabi mengembala - adalah 'unshakeable'. Tidak goyah sedikit pun, walau pun banyak penternak utamanya penternak baru dan intermediate seringkali cuba mencampakkan benih keraguan.
Bagi baka asing, sistem semi intensif boleh menggemukkan mereka, tetapi input tinggi perlu dikeluarkan untuk memperbaiki kadar pembiakan. Tetapi.... masih tidak mampu mencapai tahap pembiakan darah peribumi, darah anak anak tempatan, darah anak melayu.
Semenjak aku terbitkan rekod kadar pembiakan di ladang aku, ada penternak yang 'claim' bukan bukan dasat dasat, ambil kesempatan atas apa yang aku kongsikan, dan dia pusing balik cuba mengelirukan penternak baru demi keuntungan diri sendiri - tetapi aku tahu realiti sebenarnya, dan aku sedang memerhatikan. Jadi kepada semua bakal pembiak kambing, dan pembiak baru, berhati hati dengan pemilihan mentor pembiak.
Anyway, ada lagi gambar akan menyusul. Buat sekeping keping, pasal facebook leceh la bab masuk masuk gambar ni. Ke aku yang tak pandai hahaha. Salahkan facebook plak, padahal diri sendiri enggak ngerti pak.
Ok ok selamat menternak semua!
Sunday, October 20, 2013
ORANG PEREMPUAN KUAT SEMANGAT
Dan penyelamat masa depan industri ternakan kambing di Malaysia.
_________________________
Bila
aku buat keputusan untuk terjun dalam industri ternakan dan memilih
jalan seorang pembiak dan pengembala kambing, aku tahu aku akan
berdepan kesukaran. Aku tahu aku kena lalu kesusahan sebelum dapat
merasa kesenangan.
Dan
sepertimana lain lain usahawan dengan bisnes pertama mereka, wujud
rasa sangsi dan hampir saja putus asa.
Sebenarnya
banyak kali juga rasa hilang semangat. Terasa diri sudah gagal, dan
tidak mampu meneruskan. Kadang kadang menangis sendirian dan sering
sangat tidur dalam kerisauan yang membukit.
Tapi
apa yang membuatkan aku terus kuat semangat bila bangun tidur setiap
hari ialah mengenangkan rakan rakan ternak yang perempuan masih tabah
menternak kambing. Mereka berdepan cabaran yang lebih sukar
berbanding aku.
Ada
anak dara, ada mak dara, ada nenek dara.
Semua
penternak perempuan yang melakukan kerja menternak sendirian semuanya
mendatangkan inspirasi buat aku. Kesusahan yang mereka lalui, dan
ketabahan yang mereka tunjukkan ketika mengharunginya, menyebabkan
aku terfikir alangkah malunya kalau aku menyerah diri tatkala mereka
semua masih mampu tersenyum ceria.
Aku
terfikir betapa kuatnya orang perempuan dalam situasi sukar. Dari
mana mereka mendapat kekuatan tersebut?
Barangkali
sebab mereka sudah biasa kerja dua kali ganda (atau berganda ganda)
untuk membuktikan diri mereka setanding atau lebih baik dari lelaki.
Apa
apa pun, aku berterima kasih kepada semua penternak perempuan yang
menjadi contoh dan pendorong semangat buat penternak lain. Terima
kasih banyak banyak.
Dan...
aku fikir kita semua patut menggalakkan penyertaan orang perempuan ke
dalam industri ternakan sebanyak banyaknya. Kita patut memudahkan
penyertaan mereka. Kita patut menggunakan dan adaptasi kekuatan dan
kelemahan orang perempuan untuk menyemarakkan hijrah mereka ke dalam
industri.
Contohnya,
saiz guni dedak yang 50kg yang membebankan tu patut dikecikkan jadi
25kg atau 10kg. Biar senang orang pompuan angkat.
Saiz
kambing juga patutnya kecil dan kiut miut. Senang orang pompuan
menguruskan.
Mesin
mesin macam mesin chopper juga biarlah lebih ringan dan kecil. Mudah
orang pompuan operate.
Dan...
apa apa lagilah yang memudahkan mereka (aku tak boleh pikir lah lain
lain contoh sekarang ni, sorry.)
Ye
lah, penyertaan orang perempuan akan menyelamatkan masa depan
industri kambing di Malaysia. Kalau kita tengok skim mikrokredit di
negara negara dunia ketiga, pinjaman kecil yang diberikan untuk orang
perempuan memulakan bisnes, memiliki kadar bayaran balik pinjaman
yang sangat tinggi.
Maknanya
orang perempuan sangat tekun meniaga, dan kadar kejayaan mereka
sangat tinggi.
Haaa
pasal tu kita kena galakkan sangat orang perempuan masuk industri
ternakan ni. Pasti wujud perubahan drastik nanti.
Kalau
kita tengok di afrika, di mana wujud skim pinjaman mikrokredit untuk
penternakan yang diberi kepada orang perempuan, didapati lembu atau
kambing yang mereka usahakan sangat mendatangkan hasil. Bukan sahaja
kepada diri mereka, tetapi juga mendatangkan manfaat besar kepada
anak anak mereka. Mengubah suasana kampung dari penuh anak anak kurus
kelaparan kepada anak anak sihat yang berlari sekitar kampung.
Bukannya
besar pun dana yang diperlukan. Langsung tak perlu dana taraf NFC.
Dana besar besar ni semua mengarut aje yang banyak. Merosakkan negara
ada, bukannya menyuburkan negara.
Lebih
baik kita buat skim mikrokredit ternakan, dan yang diberi khusus
untuk orang perempuan sahaja. Aku pasti, sangat pasti, mereka
golongan hawa sangat berdaya saing, dan mampu membawa industri ke
masa depan yang lebih cerah.
Tabik
dengan penternak perempuan!
Saturday, October 19, 2013
PARIS HILTON KENA KUTU BABI !!
Ini Hilton. Paris Hilton. Gambar dia masa baru terkena kutu babi. Infection in progress. Halus tak nampak lagi kutunya. Beberapa hari kemudian, ada banyak kutu babi besar besar bergantungan pada celah celah bulunya. Sekejap aje dari badan bulat terus jadi kurus.
Paris Hilton ni anjing ketujuh. Jumpa dalam parit. Masa tu anak kecik lagi. Kesian. Tak tahu lah kena buang atau terbuang. Pekerja aku kutip bawa balik rumah kasi makan.
Semua tujuh anjing dari dulu sampai sekarang adalah terjumpa. Dan empat ekor jumpa dalam parit. Semua stok gelandangan punya ni.
Yang bagusnya Paris Hilton ni takdak pilih makanan. Semua dia bantai.
Anyway jangkitan kutu babi adalah serius. Dan boleh bawa mati. Biasanya aku mandikan dengan campuran air dan malathion. Tapi aku terlupa mana pula aku letak si malathion ni.
Aku guna cydectin pour on. Tuang aje kat belakang badan tak yah cucuk cucuk. 6 tahun dulu aku beli. Cydectin ni dewormer kambing atau rusa. Jenis tiga serangkai. Aku beli dulu saiz 2 liter $700. Tak guna pun untuk kambing ;) ;) melainkan untuk anak anak kambing dan mak kambing yang jenis susah nak handle masa bagi deworming.
Peh 6 tahun punya ubat tak habis habis lagi. Dah lama expired. Tapi sebab dalam bentuk minyak, aku rasa masih ada keaktifannya. Sekarang ni cydectin dah diharamkan dibawa masuk. Kalau ada lagi dijual itu dikira bahan seludup.
Anyway aku harap Paris Hilton akan kembali pulih setelah diberi cydectin semalam. Kalau tak lari juga kutu babinya, aku kena mandikan juga lah budak ni.
Itu saja!