Sunday, October 20, 2013

ORANG PEREMPUAN KUAT SEMANGAT



Dan penyelamat masa depan industri ternakan kambing di Malaysia.

_________________________

Bila aku buat keputusan untuk terjun dalam industri ternakan dan memilih jalan seorang pembiak dan pengembala kambing, aku tahu aku akan berdepan kesukaran. Aku tahu aku kena lalu kesusahan sebelum dapat merasa kesenangan.

Dan sepertimana lain lain usahawan dengan bisnes pertama mereka, wujud rasa sangsi dan hampir saja putus asa.

Sebenarnya banyak kali juga rasa hilang semangat. Terasa diri sudah gagal, dan tidak mampu meneruskan. Kadang kadang menangis sendirian dan sering sangat tidur dalam kerisauan yang membukit.

Tapi apa yang membuatkan aku terus kuat semangat bila bangun tidur setiap hari ialah mengenangkan rakan rakan ternak yang perempuan masih tabah menternak kambing. Mereka berdepan cabaran yang lebih sukar berbanding aku.

Ada anak dara, ada mak dara, ada nenek dara.

Semua penternak perempuan yang melakukan kerja menternak sendirian semuanya mendatangkan inspirasi buat aku. Kesusahan yang mereka lalui, dan ketabahan yang mereka tunjukkan ketika mengharunginya, menyebabkan aku terfikir alangkah malunya kalau aku menyerah diri tatkala mereka semua masih mampu tersenyum ceria.

Aku terfikir betapa kuatnya orang perempuan dalam situasi sukar. Dari mana mereka mendapat kekuatan tersebut?

Barangkali sebab mereka sudah biasa kerja dua kali ganda (atau berganda ganda) untuk membuktikan diri mereka setanding atau lebih baik dari lelaki.

Apa apa pun, aku berterima kasih kepada semua penternak perempuan yang menjadi contoh dan pendorong semangat buat penternak lain. Terima kasih banyak banyak.

Dan... aku fikir kita semua patut menggalakkan penyertaan orang perempuan ke dalam industri ternakan sebanyak banyaknya. Kita patut memudahkan penyertaan mereka. Kita patut menggunakan dan adaptasi kekuatan dan kelemahan orang perempuan untuk menyemarakkan hijrah mereka ke dalam industri.

Contohnya, saiz guni dedak yang 50kg yang membebankan tu patut dikecikkan jadi 25kg atau 10kg. Biar senang orang pompuan angkat.

Saiz kambing juga patutnya kecil dan kiut miut. Senang orang pompuan menguruskan.

Mesin mesin macam mesin chopper juga biarlah lebih ringan dan kecil. Mudah orang pompuan operate.

Dan... apa apa lagilah yang memudahkan mereka (aku tak boleh pikir lah lain lain contoh sekarang ni, sorry.)

Ye lah, penyertaan orang perempuan akan menyelamatkan masa depan industri kambing di Malaysia. Kalau kita tengok skim mikrokredit di negara negara dunia ketiga, pinjaman kecil yang diberikan untuk orang perempuan memulakan bisnes, memiliki kadar bayaran balik pinjaman yang sangat tinggi.

Maknanya orang perempuan sangat tekun meniaga, dan kadar kejayaan mereka sangat tinggi.

Haaa pasal tu kita kena galakkan sangat orang perempuan masuk industri ternakan ni. Pasti wujud perubahan drastik nanti.

Kalau kita tengok di afrika, di mana wujud skim pinjaman mikrokredit untuk penternakan yang diberi kepada orang perempuan, didapati lembu atau kambing yang mereka usahakan sangat mendatangkan hasil. Bukan sahaja kepada diri mereka, tetapi juga mendatangkan manfaat besar kepada anak anak mereka. Mengubah suasana kampung dari penuh anak anak kurus kelaparan kepada anak anak sihat yang berlari sekitar kampung.

Bukannya besar pun dana yang diperlukan. Langsung tak perlu dana taraf NFC. Dana besar besar ni semua mengarut aje yang banyak. Merosakkan negara ada, bukannya menyuburkan negara.

Lebih baik kita buat skim mikrokredit ternakan, dan yang diberi khusus untuk orang perempuan sahaja. Aku pasti, sangat pasti, mereka golongan hawa sangat berdaya saing, dan mampu membawa industri ke masa depan yang lebih cerah.


Tabik dengan penternak perempuan!

3 comments:

  1. bos.post cmni pn ade yek.tp btul pn.isteri sy dh start pg kandang.g cuci kandang.pstu ckp nk ikut gmbala.haha

    ReplyDelete
  2. haha hari pertama ikut gembala kambing, mesti demam. physical shock hehe. bini aku sama, semua pekerja aku pun sama.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju wife saya bersemangat lebih..masa saya tak de dia jaga time saya ada pun nak ikut gembala gak..mmg kuat semangat tak sudah2 suruh tambah induk..hahaha

    ReplyDelete