Wednesday, October 23, 2013

DIEGO SANG TERRORIS


Terroris kepada kambing kambing.


Diego kuda aku. Manja dan mengada ngada. Dah lapan tahun umurnya. 

Sekarang dia menggunakan taktik terroris untuk mendapatkan dedak tambahan. Dia akan tunggu dan mengawal jalan masuk ke kandang. Bila kawanan kambing balik, Diego tak akan bagi kambing lalu jalan tersebut. Dan semua kambing takut kepada Diego. 

Habih lari berterabur bila dikejar Diego. Jadi aku terpaksa tambah ration dedak untuk Diego (bayar duit kopi, atau duit 'dedak' hehehe). Barulah dia benarkan kambing balik ke kandang. Aiiii Diego Diego.... awat tiba tiba jadi terroris ni?

Tengok tu.. panik kambing dibuatnya bila Diego kejar
Selagi tak dapat dedak (dan dedak akan diberi kat pondok kuda sebelah kanan tu), selagi tu lah Diego jadi pengawal tegar jalan atau gatekeeper tak bagi kambing balik. Mana ntah dia belajar taktik terroris ni..


Anyway, purata belanja sebulan untuk Diego buat masa ini ialah $100 - sekiranya aku lepaskan dia kat luar untuk grazing. Dedak tetap kena bagi sebagai umpan balik kandang setiap hari. Kalau grazing kat dalam kawasan ladang aje - belanja terus melompat jadi $200-$300 sebulan pasal kena bagi dedak lebih. 

Yang peliknya, bila input rendah - kuda jadi sihat, ceria, takde penurunan tahap kesihatan. Bila input tinggi ( bila dikurung), kuda jadi kurus, kurang ceria, kuku merekah, banyak songehnya.

Hmmm low input (semi intensive system) memang baik sangat untuk ruminan. Ye tak?

4 comments:

  1. Diego nie jantan ke betina yob...? dia nak kawan kot, yg ada kat kandang tue semua size kecik dari dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jantan castrated. Tak nampak dia nak berteman. Yang nampak sangat, dia nak makan dedakkkk ajo ;) :)

      Delete
    2. hehehehe...yob p mengembala naek kuda lah...?

      Delete
    3. dak aih.. kuda lumba tak sesuai buat kuda gembala. elok kuda padi. lebih elok sang keldai. senang masuk sawit rendah.

      Delete