Thursday, September 26, 2013

BOER MALAYSIA - MASALAH AKU

Aku ada masalah. Besar juga skalanya ni. Aku rasa ARB nanti pening juga dengan aku ni.
___________________________

Dah ramai penternak yang berhasrat membangunkan Boer Malaysia, tapi semuanya sekerat jalan. Kegagalan adalah samada disebabkan skil pembiakan yang terlalu rendah, atau masa panjang yang diperlukan.

La ni aku ladang pengganda ARB yang terbaru. Aku paling kecik, paling muda. Dan misi aku adalah jauh berbeza dengan misi 7 lagi lain lain ladang pengganda.

Dan misi yang diberikan kepada aku ialah ... To Boldly Go Where No Mankind Has Gone Before.... errr salah misi.

Misi sebenar ialah memekatkan darah boer ke dalam kawanan kambing aku. Maksud lain, jadikan Boer Malaysia. Dan ini adalah sama maksud dengan - To Boldly (Maybe Reluctantly) Go Where I Have Never Gone Before.

7 multiplier yang lain misinya ialah membiakkan fullblood boer.

Aku kena pekatkan darah boer bermula F1 hingga F4, dan sekiranya boleh, F5 sampai F8. Tapi sebenarnya bagi aku F4 dah kira cukup piau, dah cukup pure, dah boleh kira status Boer Malaysia. F5 sampai F8 ni kira masuk 'hukum pulangan berkurangan'. Tak padan dengan usaha yang kita curahkan.

Tapi tulah gedebak gedebuk kira kira koman koman 8 tahun baru dapat F4 kan semua kawanan kambing aku. Baru seragam. Fuh paling cepat 8 tahun. Pehhh seksa ni. Sebab tu ramai yang kempunan kalau ikut jalan ni.

Ishhh... aku ni sebenarnya pembiak pedaging. Aku bukan pembiak baka. Cerita F1 F2 bukannya kepakaran aku. Yang aku tahu - janji cross. Senang punya cerita, senang punya stail bela kambing.

Dan aku tahu ARB mahu 'set up' aku kepada status pembiak baka, walau tak diberitahu. Tapi tu lah aku kena keluar zon selesa. Dan zon selesa aku ialah pembiak pedaging. Game aku ialah game 1 dinar.

Kalau aku bergerak ke atas, maknanya padang aku akan banyak berubah. Game aku bukan lagi game 1 dinar, tapi 2-4 dinar. Aku kena rombak banyak sistem, dan kandang aku. Weeee kos kos kos.... banyaknya investment kena buat. Dan pemasaran aku kena lebih agresif, dan aku kena tukar tajuk blog lagi.

Well, aku rasa aku belum bersedia. Aku belum berkemampuan.

Selain itu, permintaan pasaran pedaging hidup yang tinggi menyebabkan aku tak boleh fokus pada pembakaan. La ni aku masih fokus kuantiti yang aku boleh hasilkan. Aku belum terfikir, dan aku tahu aku akan pening kalau fikir bab nak breed jantan ni dengan betina tu, atau jantan tu dengan betina ni.

.... yeah I think I am not ready

I am going to make a total mess of myself if I ever try this..

Nasib baik ARB takde paksa paksa. Memberikan aku ruang untuk bergerak sendiri.

Kepada rakan rakan penternak yang menyahut cabaran menghasilkan Boer Malaysia (janganlah 10 ekor je - semua kambing dalam ladanglah baru betul boleh claim) - Selamat Menternak!


*Prime Directive, atau Grand Vision aku masih sama iaitu sebarkan fahaman low input husbandry untuk pembiakan kambing pedaging. Aku masih seronok bergerak atas landasan ini. Salam!

3 comments:

  1. kalo semua F4, habis terus rumput kt ladang sawit tu. hahaha

    ReplyDelete
  2. kalo semua F4, habis terus rumput kt ladang sawit tu. hahaha

    ReplyDelete
  3. boer memang ragut lagi slow dari kacang. boer betul betul makan.

    ReplyDelete